Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Hampa Ingat Depa Tu Hamba Ka?

Posted by Hariz on Friday, August 6, 2010

Pekerja Indonesia Petang Tadi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri kali ini Hariz akan gunakan bahasa logjhat utara naa..
Harap-harap semua pembaca dapat faham.
Jika tak faham tnya ye.

Hariz nak luahkan perasaan dan nak bagi peringatan kat semua
majikan-majikan di Malaysia ini. Hampa ingat! Hampa banyak duit
Hampa kaya. Hampalah Raja? Nieee.. Ceq habaq kat hampa.
Kalau peqangai hampa lagu tuh tak senang aih.

Depa cuma pembantu rumah dan pekerja hampa saja.
Hampa dok buat depa mcm binantang! Bodoh!
Aku memang bengang bab-bab dok perhamba orang ni.
Walaupun depa warga luar ka? Tak Kesahlah depa
mai dari mana pun. Bangla? Burma? Indon? Myammar? 
dan sewaktu dengannya. Depa tuh manusia macam hampa!
Macam anak-anak hampa! macam adik abang hampa!

Kalau hampa nak nasihat depa ka. apa ka. Hampa tak boleh tegoq elok-elok ka?
Hampa boleh tampaq kepala depalah apalah. Maki depan orang lah.
Mana maruah depa? hampa layan depa macam anjing kurap! hampa paham dak?
Hidup nak peguna orang ja!
Hampa ingat hampa bayaq gaji sebulan RM600~RM1000.
Hampa boleh perhamba orang?

Kepada majikan yang bukan beragama islam. 
tak bolehkah hampa bagi masa pada pekerja-pekerja hampa itu
masa nak solat? hampa kena hormati depa! hormati agama depa!
jangan suruh kerja pagi-pagi buta sampai kemalam.

Hariz cukup sedih tgk apa yang berlaku dan diceritakan oleh
seorang pekerja car wash petang tadi. 
Benda ni sudah lama Hariz tengok rasa macam nak p
penerajang ja majikan-majikan depa tuh.
Mana sifat kemanusian hampa weh majikan-majikan?

Setiap Perbuatan Akan Ada Pembalasannya!

PH : Pikiaq-pikiaq dan renungkanlah. Sekadar Luahan perasaan


More aboutHampa Ingat Depa Tu Hamba Ka?

Yang Hidup Pasti Akan Pergi

Posted by Hariz on Sunday, August 1, 2010

Gambar Google

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, tak kira lah muda, tua, cantik dan lain-lain. 
Yang pasti! kematian pasti akan menjelma apabila tiba masa dan ketikanya..

Pada pukul 5.00pm tadi  1 Ogos 2010 Hariz digemparkan dengan kehilangan Ustaz Othman 
iaitu bapa kepada seorang sahabat baik Hariz namanya Syukri Othman.
Hariz sedih kerana Hariz dapat tahu berita ini amat lewat
kerana jenazah bapanya berada di masjid baru Hariz tahu.
Minta maaf Syukri kerana Hariz dapat tahu berita ini amat lewat
mungkin Hariz tidak alert terhadap penduduk kampung?

Takziah pada keluarga Syukri Othman Semoga tabah hadapi musibah ini. 
Semoga roh Bapanya ditempatkan dikalangan para suhada dan solihin Amin

Yang hidup pasti akan mati. Giliran kita entahkan bila mungkin esok mungkin lusa hanya Allah swt yang tahu. Sekadar untuk peringatan untuk diri ku.

Ingat! setiap hari 5 kali kubur menyeru kita

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran,
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam,
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan,
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar dan
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Minta pendapat patutkah Hariz pergi malam ni kerumah Syukri? ucap takziah 
pada keluarganya? Hariz takut malam macam tidak sesuai kan? Jenazah telah dikebumikan


PH : Al-Fatihah. 
More aboutYang Hidup Pasti Akan Pergi

Dara Demi Cinta

Posted by Hariz on Saturday, July 31, 2010







Wah Romantiknya Budak-Budak Zaman Sekarang Bercinta kan?


Ramai remaja perempuan dikesan dengan "trend" mengelar tangan hingga
berdarah bagi menulis nama kekasih mereka(pakwe).. Kononya atas dasar cinta.


Mereka melakukakn perbuatan itu dengan pisau kecil atau dengan mencucuk lengan 
menggunakan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.


Perbuatan menoreh lengan itu membuktikan cintanya si gadis terhadap kekasihnya
itulah pengakuan mereka.




Melakukan tatu itu dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. 
Ia adalah haram ke atas orang yang minta dibuatkan tatu dan orang yang membuatkan tatu dan ia tergolong 
dalam dosa-dosa besar.


Kerana Cinta Aku Sanggup Korbankan Apa Sahaja.
Tidak Mustahil Selepas Ini "Trend" Dara Demi Cinta?


Dipetik Dari Harian Metro.


PH : Cinta perlukan pengorbanan kan?
More aboutDara Demi Cinta

31 Julai @ Hari Pahlawan

Posted by Hariz

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Bersyukur ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan umur kita.
Selamat berhujung minggu sabtu.
Tahukah anda? 31 Julai merupakan Hari Pahlawan di Malaysia

Hari Pahlawan (Heroes' Day atau Warriors' Day) merupakan satu hari khusus 
untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan mempertahankan tanah air di 
beberapa negara. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang 
pahlawan, atau hari kepahlawanannya.

Pada 31 Mac lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa 
lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai 
akan dipindahkan ke Putrajaya.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh 
Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini 
yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai 
patung menyerupai manusia.

“Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri 
tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, 
Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

“Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan 
disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

PH : Begitu Besar Pengorbanan Pahlawan Kita.
More about31 Julai @ Hari Pahlawan

Panahan Durian Relau

Posted by Hariz on Friday, July 30, 2010

Kuning dan Sangat Tebal
Ini Kegemaran Hariz
Begitu mengancam bukan? Inilah panahan durian relau penang 
yang masih melekat di celah tekak Hariz..
Walaupun harganya sebijik RM10. Memang Berbaloi-Baloi*mcm linda onn ckp*
Tadi Hariz menjamah 2Biji Durian. Alhamdulllilah Hariz dulu amat suka 
durian tapi sekarang nafsu terhadap durian sudah terhakis dek isinya..
Selepas ini jika Hariz nampak durian mungkin akan termuntah..
Huhu. Kerana telah melantak amat banyak tadi..

Selepas ini musim Kuih raya pula..
Tak sabaq menyambut hari raya nie..

Kawan-kawan boleh rekemen durian mana yang sedap-sedap?
Boleh beli untuk tahun hadapan..

PH : Jom Kuar Makan Angin Sampai Perut Buncit~
More aboutPanahan Durian Relau

Rempit Lucah

Posted by Hariz

Sumber Facebook :)

Siapakah yang patut dipersalahkan?
Siapakah yang perlu bertanggungjawab?
Pendapat Anda?


PH : No Komen Dengan Situasi Di Atas. *smbl ketawa guling*
More aboutRempit Lucah

Kenapa Mama Berbohong ?

Posted by Hariz


                                               Gambar Mamaku :)


Di saat ku masih kecil, aku melihat mama berpeluh balik dari sawah...

"Mama penat?" Mama menjawab.."Tak la, Mama belum penat lagi. Nak masak untuk ayah lepas ni..
" Aku tau Mama penat, dari raut wajahnya...Mamaku berbohong..


Kemudian aku lihat adik lahir. Mama tersenyum riang. Aku bertanya, 
"Mama, sakit tak lahirkan adik?"
Mama menjawab, " Tak la, kan Mama tengah senyum ni. Happy adik lahir tau!"
Aku tahu Mama sakit sebelum ke hospital....Tapi Mama berbohong lagi....


Saat aku masuk ke sekolah, aku lihat Mama berada di luar kelas. memerhati aku belajar. 
Maklumlah, hari pertama....Selesai kelas, aku bertanya.."Mama risaukan angah?"
Mama menjawab.."Tak lah...Mama cuma tunggu ayah ambik kita. Dia lewat sikit hari ni.."
Aku tahu Mama berbohong lagi....melihat wajahnya yang sungguh risau...


Hari tu, Mama tak turun ke sawah. Aku pasti dia sedang sakit. Namun ku lihat dia gagahkan jua dirinya 
bangun pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga. "Mama demam?"
"Tidak nak, mama cuma nak kemas rumah hari ni. Takut orang datang..
" wajahnya yang pucat menceritakan segalanya..Mama berbohong lagi....


Hari itu aku menduduki peperiksaan awam. Aku lihat Mama di luar dewan memerhatikan aku dari jauh. 
Berpanas, berhujan. dia sanggup tunggu aku. selesai kertas, aku keluar mendapatkan Mama. 
Mama memberikan aku sebotol air untuk meghilangkan haus....."Mama nak minum?"
"Tak perlu nak. Mama tak haus...." seharian berpanas, berhujan, mustahil Mama tak haus....Mama ku berbohong....


Malam itu, kami makan dengan serba kekurangan. Mungkin tanaman Mama tak menjadi musin ni. Lauk ku sudah habis. 
Namun, aku masih lapar..."nah, ambik lah makanan Mama ni. Mama dah kenyang.." 
kenyang? Mama belum pun menjamah makanan....kenapa Mama? Mama berbohong lagi.....


Apa lagi yang ingin Mama sembunyikan...semuanya aku sudah nampak ma...
Aku tahu, mama buat semua ini, untuk kami.
Tanda kasih yang tulus dari hati..
Yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi kami....
Mama, aku sayangkan padamu....


PH : Ya Allah kasihanilah mereka keduanya(Ibu Bapaku) sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
More aboutKenapa Mama Berbohong ?

Keajaiban Malam Jumaat

Posted by Hariz on Thursday, July 29, 2010



Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran
paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya
yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
“Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidurkan mereka dulu.”
“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran”
balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan
songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia
untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM”
“Bang…!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa
khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
”SODAQALLAHUL’AZEEM “

Refer :Pssst Pssst Malama Jumaat  

PH : Tu la dahsyatnya malam Jumaat..

More aboutKeajaiban Malam Jumaat

29 July 2010 @ 2 Month

Posted by Hariz

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.
Syukur Alhamdulillah Hariz panjatkan kesyukuran kepada Rabbul 'Izzati
kerana Hariz masih mampu menulis.

29 July 2010 sudah genap 2 bulan hariz dalam dunia BLOG.
Perasaan hariz sangat gembira dengan dunia hariz sekarang
kerana dalam dunia BLOG hariz dapat mengetahui info-info 
dengan kadar lebih cepat dan kawan-kawan BLOG yang sangat
baik hati..

Dalam 2 bulan berblogging ini Hariz sudah nampak yang Hariz
sudah ada pembaca setia dan pengkomen setia
Semoga Allah merahmati anda. Dan terus meneruslah
tinggalkan komen anda.

Baiklah bagi bulan ini Hariz ada 2 matlamat.
Pertama, Hariz target sekurang-kurangnya 150 Statistik Unik Daily
kerana sejak seminggu kebelakangan ini Hariz mempunyai 100 Unik Daily
Paling sikit. InsyaAllah

Kedua pula, Hariz mahukan 300 orang Follower? Mampukah?
Agak-agak bercita-cita tinggi kan?
Ehh Xpe.. Kita perlu ada matlamatkan? dengan apa yang kita lakukan
Baru kerja kita ada hasilnya..

Sekalung penghargaan buat pelawat blog Hariz
dan terima kasih kepada followers dan pengkomen.


PH : Aku Ingin Menghasilkan Penulisan Yang Baik. Ketagih Kritikan Anda.
More about29 July 2010 @ 2 Month

Esok Puasa! ! !

Posted by Hariz on Sunday, July 25, 2010

Dengan ini saya mengistiharkan bahawa esok bermulanya puasa
Assalamualaikum.. *sedutan pada video di bawah*

Korang dah habis ganti puasa ke?
Dijangka 11 Ogos 1 Ramadhan.


Mari Layan Video Upin Dan Ipin Esok Puasa :)




Upin dan Ipin..


Haaaa.. Persoalannya..
Adakah upin dan ipin bakal menggegarkan 
ramadhan di tv9 atau cerita yang baru :p

PH : Tidak sabar menanti bulan ramadhan
More aboutEsok Puasa! ! !

Menutup Aurat Mengikut Syariat

Posted by Hariz on Saturday, July 24, 2010




KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?



Kerana ia termaktubh di dalam Al-quran, Surah Al Azhab Ayat 59
yang bermaksud:
"Hendakalah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh
mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang kerana itu,
mereka tidak diganggu."


1. Lengan Baju Panjang Sehingga ke pergelangan tangan
2. Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang
3. Baju mestilah labuh dan longgar
4. Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali
5. Baju mestilah labuh dan longgar
6. Mesti memakai sarung kaki
7. Kasut tinggi yang tidak berbunyi(Ingin pakai kasut tinggi?
pastikan tumitnya diperbuat daripd getah)


Bahagian Manakah Yang Boleh Diperhatikan?


Rasullulah S.A.W telah bersabda :
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka
tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak
tangannya hingga pergelangan."(H.R Abu Daud)


Muka Dan Tangan
  Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah S.A.W dengan
  memakai pakaian yang nipis.
  Sabda Rasullulah S.A.W
  "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang yang telah berhaidh,
    tidak boleh baginya mengzahirkan anggota badan kecuali
      pergelangan tangan dan wajah sahaja."
        (Riwayat Muslim dan Bukhari)


Muka dan Leher
  "Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah
   kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu"
   a) Bersolek (Make-up
   b) Menurut Miqtil : Sengaja membiarkan ikatan
      tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah


Dada
  "Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup 
   dada-dada mereka."


Wangian
  "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
   kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap
   melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."
   Riwayat Nasa'i, Ibn Khuzaimah Dan Hibban


Kaki (Tumit Kaki)
  "Dan janganlah mereka(perempuan) membentakkan kaki (atau
   mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
   An Nur : 31
   a) Menampakkan Kaki
   b) Menghayunkan/melenggokan mengukut hentaakan kaki


Kepada Siapa Aurat Boleh Diperlihatkan


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, 
dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) 
nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah 
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, 
atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, 
atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau 
wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang 
tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” 
(An-Nur:31).

PH : Semoga Bermanfaat. Bukan hanya memakai tudung tapi menutup aurat mengikut syariat islam
More aboutMenutup Aurat Mengikut Syariat

Carah Hisap Comel

Posted by Hariz






















PH : Uwaaa.. Comelnyer.. Geram Hariz Tengok.. (Uwaa Typo)
More aboutCarah Hisap Comel

Gadis Sepi Mahu Suami

Posted by Hariz on Friday, July 23, 2010




Ini adalah gambar gadis sepi mahu suami.
Gadis kaya. Ada tanah lot
dan masih dara. bak kata pepatah
"Masih Bergetah"
Siapa mahu menjadi bakal suaminyer?
Boleh klik laman web ini untuk
Borang Permohonan dan maklumat lanjut
http://bakalsuamikenatipu.com
Cepat sebelum terlambat.


PH : Rezeki jangan ditolak
More aboutGadis Sepi Mahu Suami

Pssst Pssst Malam Jumaat...

Posted by Hariz on Thursday, July 22, 2010

Hanya Sekadar Hiasan


Malam jumaat... 
Malam seribu makna..
Pelbagai kerja perlu dilaksana...
Beribadat untuk mendapat pahala...
Bertahajud mengadap yang Esa...
Berhajat pada Tuhan alam semesta...
Berzikir menghapus mazmumah yang ada...
Agar jiwa terus sempurna...
Agar hati terus ceria...
Agar fikiran lapang segala...
Agar ku nanti malam yang bahagia...
Agar ku tunaikan di malam yang mulia...
Kini... Malam yang ku nanti telah tiba...

PH : Sejahtera lah sesiapa yg memperbanyakkan bacaan alquran...dan sembahyang tengah malam....

More aboutPssst Pssst Malam Jumaat...

Ahhhh!! Seksa Gadis Banyak Air

Posted by Hariz


Sebelum korang jadi cam gini.
Lebih baik pergi jumpa doktor.
Sekarang musim selsema..

PH : Mencegah lebih baik dari merawat.
More aboutAhhhh!! Seksa Gadis Banyak Air

Rahsia Khusyuk dalam Solat

Posted by Hariz on Wednesday, July 21, 2010

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat 
2. menyesali dosa yang dilakukan 
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 
7. meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.



Sumber : www.iLuvislam.com oleh: huda00


PH : SubhanaAllah Indahnya Apabila Kusyuk Dalam Solat
More aboutRahsia Khusyuk dalam Solat

Internet Di Tapis..

Posted by Hariz


KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.
Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.
RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.
Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.
Sumber : Kosmo
PH : Amat bagus dengan mengadakan sekatan sebegini..

More aboutInternet Di Tapis..

Tahukah Anda? Sekarang Virus Menular Di Malaysia

Posted by Hariz on Tuesday, July 20, 2010

Assalamualaikum, dan selamat malam..

Tahukah anda? sekarang virus demam selsema dan batuk
menyerang rakyat malaysia..
Berdasarkan pemerhatian. Purata 2 orang dalam satu keluarga
berjangkit dengan demam selsema dan batuk.


Dengan ini Hariz menasihkatkan anda semua. 
Senantiasalah jaga diri anda daripada virus yang 
boleh mengakitbatkan tidur sepanjang hari
dan sakit-sakit badan akibat demam selsema.

Dalil Hadis
Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.
PH : Jika demam selsema dan batuk cepat-cepatlah bertemu doktor.
Jangan biarkan virus ini terus berjangkit...
More aboutTahukah Anda? Sekarang Virus Menular Di Malaysia

Future Husband! ! !

Posted by Hariz on Monday, July 19, 2010







Do this your future husband?


So hensem once


How lucky anyone own this husband?




Refer : Future Wife! ! !


PH : SURE !! a man can protect woman.. 
More aboutFuture Husband! ! !

Rahsia Rezeki

Posted by Hariz on Sunday, July 18, 2010



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, InsyaAllah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


PH: INGAT!! Raut wajah dan penampilan diri mempengaruhi pemberian rezeki..
More aboutRahsia Rezeki