Soalan Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN

Posted by Hariz on Sunday, September 17, 2017

Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN ? Tahniah diucapkan sekiranya anda merupakan salah seorang daripada calon yang bakal menduduki peperiksaan online Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  Gred 41. Memandangkan tarikh peperiksaan semakin hampir, tentunya anda sedikit sebanyak ada mengharapkan supaya hadirnya bantuan saat akhir yang boleh anda dapatkan terutamanya bagi membuat ulangkaji atau persediaan menduduki peperiksaan ini.
Suka untuk saya ingatkan bahawa format peperiksaan kali ini agak berbeza daripada peperiksaan lepas. Dengan adanya kewujudan satu seksyen baru dalam format terkini peperiksaan ini, pastinya keupayaan calon akan diduga hebat bagi memastikan hanya yang benar-benar bersedia sahaja berpeluang untuk lulus. Sekiranya anda di sini untuk memanfaatkan masa yang ada bagi membuat persediaan akhir sebelum peperiksaan, tahniah diucapkan kerana anda memang sedang berada di halaman yang sepatutnya!

Kategori Soalan-Soalan Yang Bakal Ditanya Dalam Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN

Dalam peperiksaan kali ini, terdapat beberapa pecahan bahagian soalan yang bakal diajukan kepada para calon. Berikut merupakan penerangan kepada beberapa bahagian berbeza dalam soalan peperiksaan yang bakal anda hadapi, beserta dengan contoh-contoh soalan yang bakal ditanya serta cara-cara bagaimana anda boleh menjawabnya dengan tepat :

Seksyen A : Pengetahuan Am
Tempoh masa : 40 minit
Masa peperiksaan bermula : 8.00pm
Masa peperiksaan tamat : 8.40pm

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Tempoh masa : 50 minit
Masa peperiksaan bermula : 8.55pm
Masa peperiksaan tamat : 9.45pm

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Seksyen terbaru bagi sesi peperiksaan tahun 2017)
Tempoh masa : 20 minit
Masa peperiksaan bermula : 10.00pm
Masa peperiksaan tamat : 10.20pm

Pastikan anda bersedia dengan setiap turutan kategori yang bakal anda hadapi semasa peperiksaan berlangsung nanti. Sekarang mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang format soalan, bentuk soalan dan cara menjawab yang tepat bagi setiap seksyen tersebut. Adalah sangat elok sekiranya anda betul-betul memahami setiap penerangan di bawah supaya tidak timbul perasaan gementar atau kurang keyakinan semasa menjawab peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen A : Pengetahuan Am

Bagi Seksyen A peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN, calon-calon akan diduga dengan bentuk soalan berupa pengetahuan am terhadap negara Malaysia. Soalan-soalan yang bakal diajukan bukan sahaja dalam skala am, malah soalan rumit yang terperinci juga akan akan anda hadapi, selain daripada soalan yang berkisar kepada perihal keadaan sekeliling anda. Format soalan bagi Seksyen A : Pengetahuan Am bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN terdiri dalam bentuk soalan objektif atau multiple choice questions di mana anda akan mempunyai aneka pilihan jawapan dan keupayaan anda akan diuji apabila anda harus bijak memilih jawapan yang paling tepat, sama ada pilihan jawapan A, B, C atau D.

Contoh-contoh soalan dalam Seksyen A : Pengetahuan Am bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN adalah seperti yang tertera di bawah :

1. Cukai kepenggunaan semasa adalah:

i. Cukai jualan
ii. Cukai pintu
iii. Cukai tanah
iv. Cukai perkhidmatan

A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

(jawapannya adalah B. i dan iv)

2. Cukai Jualan diperkenalkan pada

A. 3 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 1 April 2015
D. 29 Februari 1972

(jawapannya ialah: D. 29 Februari 1972)

3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?

A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

(jawapannya ialah: A. Kementerian Kewangan)

4. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?

A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang

(jawapannya ialah: B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara)

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B dalam peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN akan menguji anda dalam aspek memahami permasalahan yang dinyatakan serta seterusnya menduga kebolehan anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Soalan-soalan dalam seksyen kedua ini bertujuan untuk menguji kebolehan analitik para calon dan kemampuan menyelesaikan masalah terutama dalam kekangan masa yang singkat. Kebiasaanya soalan-soalan ini didatangkan dalam bentuk matematik dan juga soalan-soalan berasaskan logik. Seksyen ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kemampuan para calon berfikir secara kreatif dalam menganalisa permasalahan yang dihadapi seterusnya membuat keputusan yang paling tepat bersesuaian dengan kehendak soalan.

Contoh-contoh soalan dalam Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN adalah seperti yang tertera di bawah :

1. Dalam sebuah jabatan yang menpunyai 1,500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setip hari ialah

A. 1.33 %
B. 2.67 %
C. 4.00 %
D. 5.33 %

(jawapannya ialah: A. 1.33%)

2. Susun kembali huruf-huruf di bawah sehingga menjadi perkataan yang mempunyai makna dan pilih kumpulan bagi perkataan tersebut.

MASALAHH

A. Minuman
B. Makanan
C. Bandar
D. Kenderaan

(jawapannya ialah: C. Bandar, kerana MASALAHH sekiranya disusun semula akan jadi SHAH ALAM)

3. Pilih nombor yang terawal daalam susunan di bawah

18   27   36   45   54   63

A. 7
B. 8
C. 9
D. 10
(jawapannya adalah C. 9, kerana nombor-nombor tersebut adalah nombor gandaan 9)

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Kebiasaannya didatangkan dalam bentuk subjektif, Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan seksyen yang akan menguji sejauh mana kebolehan calon untuk memahami situasi yang diberikan dalam kedua-dua bahasa ini. Berdasarkan satu teks yang diberikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, calon akan diajukan soalan-soalan berkisarkan teks tersebut. Di sini, calon hendaklah berupaya memahami konteks teks yang diberikan bagi membolehkan calon menjawab soalan dengan tepat. Berikut merupakan contoh soalan dalam Bahasa Inggeris :

Contoh-contoh soalan dalam Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN adalah seperti yang tertera di bawah :

  1. In your opinion, why do you think that there are individuals in Malaysia do not own a house?
  2. The price of properties in Malaysia is continually growing year by year. What would you do if you have yet to purchase any property or have not owned a property?
  3. What is the highest Base Lending Rate (BLR) ever recorded?
  4. What are the drawbacks or liabilities that you will encounter if you are buying a house?
  5. If you were to buy a house, what sort of house would you prefer as a start, and why?
Kenapa anda wajib lulus peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN?

Sudah tentu anda menduduki peperiksaan dengan niat untuk lulus dengan cemerlang bukan? Sekiranya anda lulus peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini, anda bukan sahaja akan mendapat kenaikan pangkat dan menduduki tangga gaji yang baharu, malah anda juga akan menerima pengiktirafan sebagai Pegawai Eksekutif, di mana jawatan ini bukan sebarangan orang yang mampu mencapainya lebih-lebih lagi di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kejayaan anda dalam peperiksaan ini bukan sahaja bakal menjadi penentu rezeki anda dari segi gaji dan elaun yang lebih mantap, tetapi ia juga menjanjikan anda cabaran kerja yang lebih mendalam serta peluang untuk berkhidmat dengan lebih baik bagi kerajaan Malaysia.
Kenapa anda perlu bekerja dengan Kerajaan Malaysia?

Ini merupakan persoalan lazim yang banyak menghantui minda para penjawat tidak kira awam mahupun swasta. Mengapa perlunya saya berkhidmat dengan kerajaan Malaysia? Adakah tidak cukup apa yang saya perolehi di sektor swasta? Kelebihan apakah yang perlu saya bandingkan antara berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta? Sebenarnya, ramai yang memikirkan bahawa dengan jawatan yang sama di kedua-dua sektor ini, mereka mampu mendapat lebih pendapatan sekiranya berkhidmat dalam sektor swasta kerana gaji yang ditawarkan mungkin lebih tinggi. Walau bagaimanapun, tidak semua tahu dengan mendalam tentang kelebihan berkhidmat dalam sektor awam dan tidak ramai juga yang sedar tentang betapa banyaknya peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan di negara kita.

Tahukah anda bahawa kita mempunyai lebih daripada 20 kementerian dalam negara Malaysia, dan kiraan ini belum lagi meliputi sektor badan-badan beruniform seperti polis, tentera dan pertahanan awam. Berbanding sektor awam, memang menjadi kebiasaan bagi sektor swasta dengan menawarkan gaji permulaan yang sedikit tinggi tetapi dari segi kemudahan perubatan yang ditawarkan, pekerja sektor swasta hanya mendapat kemudahan ini bagi diri sendiri sahaja dan ianya mempunyai had tahunan. Begitu juga dengan elaun dan gratuiti di mana tidak semua sektor swasta akan memberikan kelebihan ini kepada pekerja mereka. Kenaikan pangkat juga tidak semudah yang diharapkan bagi pekerja sektor swasta berbanding di sektor kerajaan. Sektor swasta bertindak menggantikan kelebihan-kelebihan ini dengan memberikan gaji permulaan yang lebih tinggi. Jadi, apakah kelebihannya sekiranya anda bekerja dalam sektor kerajaan di negara ini?

Kelebihan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia

Terdapat beberapa kelebihan atau faedah-faedah tertentu yang bakal anda nikmati sekiranya berkhidmat sebagai staf kerajaan Malaysia :

Elaun rumah - sebagai penjawat awam, anda akan menerima elaun rumah setiap bulan bagi membantu meringankan beban membayar ansuran perumahan atau pun sewa rumah kediaman yang anda duduki

Elaun sara hidup atau COLA (Cost of Living Allowance) - sesuai dengan namanya, elaun ini dikhaskan bagi tujuan menyara kehidupan anda dan jumlah yang ditawarkan adalah berbeza mengikut tempat dan lokasi pekerjaan anda. Bertujuan untuk mengurangkan beban taraf hidup, sesetengah kawasan menawarkan elaun COLA yang tinggi bergantung kepada kawasan tempat kerja anda.

Kenaikan gaji secara konsisten - berbanding sektor kerajaan, sekiranya anda berkerja dalam sektor swasta kenaikan gaji anda bergantung kepada keadaan ekonomi, kadar keuntungan yang dinikmati oleh syarikat atau pun berdasarkan penilaian prestasi kerja tahunan anda. Terdapat juga pekerja sektor swasta yang tidak pernah merasa nikmat kenaikan gaji. Akan tetapi, sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, kenaikan gaji adalah secara konsisten setiap tahun bagi membantu anda menghadapi kos sara hidup yang berubah-ubah setiap tahun.

Faedah perubatan - sebagai penjawat awam, anda akan menikmati kemudahan perubatan percuma di semua klinik dan hospital kerajaan. Kemudahan ini bukan sahaja untuk anda seorang tetapi ia juga merangkumi pasangan anda sekiranya anda telah berkahwin, anak-anak anda sekiranya anda telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, dan juga untuk ibu bapa kandung anda. Bagi pekerja sektor swasta, faedah perubatan hanyalah untuk diri sendiri, mempunyai had dari segi peruntukan tahunan (RM) untuk kos rawatan serta kadangkala turut memerlukan pekerja membayar sendiri kos perubatan dan seterusnya membuat tuntutan di kemudian hari.

Simpanan hari tua - penjawat awam mempunyai pilihan sama ada untuk menerima pencen atau menyimpan dalam KWSP. Kebanyakan memilih pencen kerana ia berfungsi sebagai jaminan sumber pendapatan setelah bersara kelak.

Kemudahan pinjaman - penjawat awam diberi kemudahan untuk meminjam wang di bawah kerajaan Malaysia terutamanya bagi pembelian kereta dan rumah. Kelebihan ini merupakan sesuatu yang tidak mudah untuk didapati sekiranya berkhidmat dalam sektor swasta.

Selain itu, banyak lagi kemudahan yang boleh anda dapati sekiranya berkhidmat dalam sektor awam. Antaranya ialah bonus, peluang melanjutkan pengajian, peluang kenaikan pangkat dan banyak lagi yang tidak senang untuk anda perolehi dalam sektor swasta. Selain itu, berkhidmat dalam sektor awam juga boleh memupuk semangat bangga dan cintakan negara kerana tentunya anda ingin memberi yang terbaik buat Malaysia.

Kelebihan Berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

LHDN bertindak sebagai salah satu lembaga terpenting di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Fungsi utama LHDN adalah sebagai agensi yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.  LHDN merupakan ejen kerajaan yang berkhidmat dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan segala cukai lain yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian, LHDN amat memerlukan barisan penjawat yang berdisiplin dan amanah dalam menjalankan tugas agar misi dan objektifnya tercapai selaras dengan visi LHDN sebagai Pentadbir Cukai Terunggul Yang Menyumbang Kepada Pembangunan Negara.

Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Sebagai calon peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41, tentunya anda berazam untuk membuat persediaan terperinci dan menyeluruh sebelum tibanya hari peperiksaan. Adakah anda bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang format-format, contoh soalan serta tips menjawab peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dengan betul?


Jangan lepaskan peluang akhir untuk anda dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 sekarang! Inilah jalan penyelesaian paling padat dan mudah yang sedang menanti anda, tunggu apa lagi? Rebut peluang ini sementara masa masih menyebelahi anda!
More aboutSoalan Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN

Peperiksaan Penolong Akautan Gred W27

Posted by Hariz on Thursday, October 15, 2015


Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan Gred W27 yang anda cari? Bagus ! Disini adalah platform untuk anda yang bakal menduduki Exam Online Penolong Akautan Gred W27 pada 21 Oktober 2015 nanti. Seperti yang ramai sedia maklum bahawa format bertulis dan online amat berbeza. Tetapi tidak bermakna ia makin sukar untuk anda lulus. Jika ditanya kepada saya, ia sebenar-benarnya lagi mudah untuk anda menjawat jawatan awam ini dengan adanya peperiksaan online.



Bagi anda yang serius nak tahu lebih lanjut mengenai Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27 boleh terus membaca disini. Kerana banyak perkara yang akan didedahkan. Sebelum itu adakah anda maklum bahawa Peperiksaan Penolong Akautan Gred W27 akan dijalankan secara online. Tidak lagi seperti bertulis pada tahun-tahun sebelum ini.


Ramai calon risau berkenaan dengan Peperiksaan Penolong Akautan Gred W27. Saya sedikit hairan kenapa anda perlu risaukan sediakan banyak tips dan trick yang anda boleh gunakan untuk lulus dalam exam ini? Bukankah prof hariz telah kongsikan dengan anda?

Jika anda masih belum tahu bagaimana nak lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Penolong Akautan Gred W27 boleh terus ke http://profhariz.com/contoh-soalan-peperiksaan-online-penolong-akauntan-gred-w27/ inshaAllah jika anda serius pasti kejayaan menanti anda.
More aboutPeperiksaan Penolong Akautan Gred W27

Mencari Homestay Dekat Politeknik Seberang Perai?

Posted by Hariz on Thursday, September 10, 2015

Hydrangea Villa Homestay berhampiran Politeknik Seberang Perai. Menjelang musim konvokesyen, pasti ramai ibu bapa dan keluarga tercari-cari penginapan sementara menghadiri majlis konvokesyen anak kesayangan mereka. Homestay di Bandar Perda menjadi antara lokasi penginapan paling ideal untuk seisi keluarga. Mengapa? Kerana lokasi ini hanya beberapa minit dari Politeknik Seberang Perai.


Kini mencari homestay sekitar Seberang Perai amat mudah dibuat secara online. Terdapat pelbagai pilihan mengikut bajet dan kondisi seisi keluarga dan anatara ciri-ciri paling penting yang sering dicari ialah lokasi yang dekat dengan Politeknik Seberang Perai.


Salah satu Homestay di Penang yang berdekatan dengan politeknik seberang perai ialah Hydrangea Villa Homestay. Mengambil masa kurang daripada 10 sahaja untuk ke Politeknik Seberang Perai , Homestay ini juga terletak di lokasi yang strategik dan sangat berdekatan dengan tempat-tempat seperti :

·         Perda City Mall
·         KPJ Specialist Hospital
·         Balai Polis & Balai Bomba Bandar Perda
·         Politeknik Seberang Perai
·         McDonald
·         Nasi Briani KAPITAN  (BEST BERIANI!)
·         KLINIK 24 JAM
·         BANK (Maybank, Bank Islam, dll)
·         STESEN MINYAK (PETRONAS, Caltex, dll)
·         Kedai Runcit
·         JAMBATAN PULAU PINANG
·         Mydin (bakal dibuka)

Mengapa Pilih Hydrangea Villa Homestay Bandar Perda, Penang?

Mengapa perlu pilih Hydrangea Villa Homestay Bandar Perda? Homestay ini paling strategick dan ideal dengan menyediakan rumah teres dua tingkat dan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk keluarga atau rakan-rakan yang ramai.  Bukan hanya sebuah penginapan sementara, tetapi sebuah ruang untuk keluarga mengeratkan silaturrahim. 

Ke
mudahan Bilik Tidur Selesa & Luas Di Hydrangea Villa Homestay




  • MASTER BEDROOM dilengkapi katil “Queen” , bilik mandi peribadi dan sebuah balkoni peribadi. Bilik utama ini sangat luas dan boleh menempatkan ramai orang.
  • BEDROOM #2 dilengkapi dengan katil “Quuen” dan bilik air berkongsi untuk kesenangan dan keselesaan pengunjung.
  • Bedroom #3 juga dilengkapi dengan katil “Queen” dan bilik air berkongsi dengan Bedroom #2

Ruang Tamu yang Luas & Pelbagai Fungsi

  1. Set Sofa 
  2. Meja Makan "Bistro" ala paris
  3. TV



Dapur Kering & Basah Di Hydrangea Villa Homestay

Dilengkapi Pinggan Mangkuk, Sudu Garfu, Sinki, Peti Ais, Cerek Elektrik dan Stove Elektrik.


Kadar Sewa Hydrangea Villa Homestay Penang

Berapakah kadar sewa di Homestay Dekat Politeknik Seberang Perai? Pasti anda teruja bila dapat tahu anda boleh dapatkan harga penginapan 1 malam serendah RM280! Harga sangat-sangat berpatutan bagi satu keluarga yang ada lebih daripada 6 orang. Harga sebilik hotel untuk sebuah rumah! Sangat-sangat murah!

Berminat nak tahu lebih lagi atau terus membuat tempahan sempena cuti sekolah atau apa sahaja urusan anda di Pulau Pinang? Hubungi seperti butiran di bawah ini:

Diyana, HYDRANGEA VILLA Homestay Bandar Perda

Tel: +6011 28152711Lorong Perda Timur 13, 44000 Bandar Perda, Pulau Pinang.Facebook: https://www.facebook.com/hydrangeavillaInstagram : http://www.instagram.com/hydrangeavillahomestay/


Dapatkan promosi menarik daripada Hydrangea Villa Homestay Murah & Selesa di Pulau Pinang !

More aboutMencari Homestay Dekat Politeknik Seberang Perai?

Panduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29

Posted by Hariz on Wednesday, September 2, 2015

Ramai yang mencari Panduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29 yang bakal dihadapi pada 14 September 2015 (Isnin) pada jam 10pagi - 11:25pagi di mana-mana sahaja.

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma sengaja disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) secara online supaya semua calon dapat menghadapi peperiksaan hanya mengadap laptop/pc sahaja.

Pada tahun lepas, peperiksaan online latihan separa perubatan sebanyak 42,876 calon dan tahun 2015 kini dianggarkan lebih 50,000 calon yang akan berjuang bagi mendapat tajaan penuh oleh kerajaan bagi mengisi kekosongan jawatan untuk latihan bagi jawatan 


  1. Jururawat
  2. Penolong Pegawai Perubatan 
  3. Penolong Pegawai Farmasi
  4. Juru XRay
  5. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  6. Pergigian
  7. Jurupulih Perubatan Anggota
  8. Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  9. Juruteknologi Makmal Perubatan
  10. Juruteknologi Pergigian.
Panduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29 Percuma !


Oleh kerana Prof Hariz komited untuk membantu anda lulus dalam Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma . Maka beliau menyediakan nota Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan di link ekslusif berikut secara percuma :

Sebelum anda memilih jawatan kekosongan tersebut haruslah anda menjawat 2 seksyen peperiksaan online pada 14 September yang merangkumi Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik.

Anda hanya perlu mengisi maklumat anda dan boleh terus semak ke email anda. Saya mendoakan semoga anda berjaya memasuki perkhidmatan latihan separa perubatan bertaraf diploma tersebut. Sekiranya ada sebarang soalan dan persoalan boleh terus hubungi Prof Hariz atau Team ArenaKerjaya.

More aboutPanduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29

Biskut Raya Yang Sedap

Posted by Hariz on Tuesday, May 19, 2015

Biskut Raya Yang Sedap sudah mula dicari. Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Moga ramadhan kali ini akan mendatangkan kebaikan dan keinsafan kepada kita semua lebih lebih lagi kepada diri aku sendiri. InsyaALLAH. 

Tak lama lagi dah nak raya. Sudahkan anda membuat persediaan untuk menyambut perayaan? Ada yang nak sambut raya dengan tukar perabot dan langsir baru. ada juga yang cat rumah baru. dan ada juga yang buat dengan menukar bini baru. Eh! Hahaha...



Siapa pernah cerita tentang pengalaman makan biskut raya? Tak ada. dan tak ramai yang buat cerita kerana benda ini tak sepenting lemang, ketupat dan rendang. Kalau diikutkan pengalaman makan biskut raya yang sedap, aku memang sukakan biskut raya. salah satu daripada biskut raya kegemaran aku adalah biskut coklat yang dalamnya ada kacang.

Ada macam-macam biskut raya yang boleh didapati di pasaran. Ada macam-macam resepi biskut raya yang di jual. aku dulu-dulu pun tolong pakcik aku jual biskut raya. Masyuk pun masyuk sedap pun sedap.

Apa yang aku nak ceritakan kali ini adalah tentang pengalaman aku dalam memilih biskut raya. Bagi aku, kesedapan adalah perkara pertama yang ada dalam pemilihan aku. perkara cantik atau tidak adalah perkara kedua yang aku akan letakkan dalam list.

Begitu juga dengan bentuk biskut raya tersebut. Aku tak pentingkan bentuknya. Asalkan sedap. Aku bedal ja. Keh keh keh. Makanya, buatlah biskut raya yang sedap. Confirm aku akan membedal dengan lahap dan kalian akan berasa sangat bersyukur kerana biskut raya kalian berjaya aku bedal  dengan gembiranya. Harus di ingat, menggembirakan tetamu adalah suatu kewajipan. Hahaha...

Kebanyakan orang zaman sekarang hanya membeli biskut raya dari luar. Ada yang buat Tempahan biskut raya 2015. Tetapi lebih ramai yang beli dari jualan bazar. Apa pun pilihan mereka. Biskut raya itu tetap biskut raya. Tak gitu?

Jika ada yang rasa bahawa makan di hari raya adalah sebatas lemang dan rendang, mereka akan tersilap. Kerana tidak semua orang suka makan makanan berat-berat di rumah setiap yang dikunjungi oleh mereka. Jadi biskut raya adalah pilihan mereka yang terbaik. Maka sediakanlah biskut raya yang sedap untuk mereka atau mereka akan pulang dengan perasaan hampa.

Selamat melayan tetamu dan selamat makan kuih rayaaaaaaaa. Keterangan lanjut boleh dapatkan di http://www.anekabiskutraya.my/
More aboutBiskut Raya Yang Sedap