Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Hampa Ingat Depa Tu Hamba Ka?

Posted by Hariz on Friday, August 6, 2010

Pekerja Indonesia Petang Tadi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri kali ini Hariz akan gunakan bahasa logjhat utara naa..
Harap-harap semua pembaca dapat faham.
Jika tak faham tnya ye.

Hariz nak luahkan perasaan dan nak bagi peringatan kat semua
majikan-majikan di Malaysia ini. Hampa ingat! Hampa banyak duit
Hampa kaya. Hampalah Raja? Nieee.. Ceq habaq kat hampa.
Kalau peqangai hampa lagu tuh tak senang aih.

Depa cuma pembantu rumah dan pekerja hampa saja.
Hampa dok buat depa mcm binantang! Bodoh!
Aku memang bengang bab-bab dok perhamba orang ni.
Walaupun depa warga luar ka? Tak Kesahlah depa
mai dari mana pun. Bangla? Burma? Indon? Myammar? 
dan sewaktu dengannya. Depa tuh manusia macam hampa!
Macam anak-anak hampa! macam adik abang hampa!

Kalau hampa nak nasihat depa ka. apa ka. Hampa tak boleh tegoq elok-elok ka?
Hampa boleh tampaq kepala depalah apalah. Maki depan orang lah.
Mana maruah depa? hampa layan depa macam anjing kurap! hampa paham dak?
Hidup nak peguna orang ja!
Hampa ingat hampa bayaq gaji sebulan RM600~RM1000.
Hampa boleh perhamba orang?

Kepada majikan yang bukan beragama islam. 
tak bolehkah hampa bagi masa pada pekerja-pekerja hampa itu
masa nak solat? hampa kena hormati depa! hormati agama depa!
jangan suruh kerja pagi-pagi buta sampai kemalam.

Hariz cukup sedih tgk apa yang berlaku dan diceritakan oleh
seorang pekerja car wash petang tadi. 
Benda ni sudah lama Hariz tengok rasa macam nak p
penerajang ja majikan-majikan depa tuh.
Mana sifat kemanusian hampa weh majikan-majikan?

Setiap Perbuatan Akan Ada Pembalasannya!

PH : Pikiaq-pikiaq dan renungkanlah. Sekadar Luahan perasaan


More aboutHampa Ingat Depa Tu Hamba Ka?

Kata Orang

Posted by Hariz on Monday, July 5, 2010





Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula.

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”



Buku: Wasiat Luqman Al-Hakim
Telaga Biru
Cetakan pertama Julai 2009



PH : Maka, dapatlah dilihat bahawa ada manusia-manusia itu tidak akan diam berkata-kata [mengumpat?] apabila melihat orang berbuat baik dan buruk. 
More aboutKata Orang