Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disini Hariz kongsitutorialmacam mana nak buat auto publish Sebab ada seorang blogger tanya pada Hariz. Sebenarnya Hariz x pandai buat tutorial tapi hariz cubalah ye. kepada yang tahu senyap okey. Ini hanya perkongsian kepada orang yang tak tahu.
Auto publish adalah entri yang korang cipta itu akan dipublish sendiri apabila korang tetapkan masa dan tarikh yang korang nak? Jelas di situ?
Korang Tengok Video Di Bawah.
Korang Faham Tak?
1. Cipta Entri 2. Post Options 3. Post date and time (tanda scheduled at) 4. Korang tetapkan Hari dan masa 5. Publish 6. Your Blog Pilih Scheduled 7. Done
PH : Minta Maaf Baru Pertama Kali Buat Video Tutorial :)
Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Antara perkara sunat puasa adalah menyegerakan berbuka setelah yakin masuk waktu maghrib, bersahur dan melewatkannya, berbuka dengan buah kurma atau sesuatu yang manis dan memperbanyakkan sedekah, membaca al-Quran serta beriktikaf.
Antara perkara makruh puasa adalah berbekam, berkumur secara berlebihan, tidur sepanjang hari, mengosok gigi selepas gelincir matahari serta melewatkan berbuka setelah masuk waktunya.
Antara perkara yang membatalkan puasa adalah keluar haid atau nifas, melahirkan anak, bersetubuh pada siang hari, mengeluarkan mani dengan sengaja atau muntah dengan sengaja.
Golongan yang diharuskan berbuka ialah orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa, orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang bermusafir melebihi dua marhalah, perempuan mengandung serta perempuan yang menyusukan anak.
Mereka yang tidak berpuasa dikehendaki qada’ puasa sahaja; atau membayar fidyah sahaja; atau qada dan membayar fidyah; atau qada dan membayar kaffarah.
Soalan 1 :
Apakah maksud puasa?
Jawapan :
Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Soalan 2 :
Sebutkan dua syarat wajib puasa.
Jawapan :
-Islam
-Baligh
-Berakal waras
Mampu berpuasa
Soalan 3 :
Nyatakan dua syarat sah seseorang itu berpuasa.
Jawapan :
-Islam
-Berakal dan mumayyiz
-Suci daripad haid dan nifas
-Berniat waktu malam
-Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa
Berpuasa pada hari-hari yang diharuskan
Soalan 4 :
Senaraikan rukun puasa.
Jawapan :
-Niat
-Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa
Soalan 5 :
Jelaskah dua amalan sunat yang digalakkan ketika berpuasa.
Jawapan :
-Segera berbuka puasa setelah yakin masuk waktu
-Melewatkan makan sahur
-Berbuka dengan benda-benda manis
-Membanyakkan membaca al-Quran dan berzikir
-Mandi junub (hadas besar) sebelum terbit fajar
-Solat sunat Tarawih
Soalan 6 :
Senaraikandua perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa.
Jawapan :
-Mengosok gigi selepas gelincir matahari
-Terlalu kerap atau lama mandi
-Merasa makanan dengan lidah
-Mengambil darah atau berbekam
-Berkumur-kumur berlebih-lebihan
Soalan 7 :
Jelaskan dua perkara yang boleh membatalkan puasa.
Jawapan :
-Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
-Melahirkan anak
-Pengsan sepanjang hari
-Bersetubuh di siang hari
-Muntah dengan sengaja
-Gila
-Keluar darah haid dan nifas
-Mengeluarkan air mani dengan sengaja
-Murtad
Soalan 8 :
Sebutkan empathari yang disunatkan berpuasa dalam Islam.
Jawapan :
-Hari Isnin dan Khamis
-Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
-Puasa hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah
-Nisfu Syaaban iaitu 15 Syaaban
-27 Rejab iaitu hari peristiwa Isra’ dan Mikraj
-Puasa pada setiap 13, 14 dan 15 haribulan Hijriah (Hari putih)
-Puasa pada setiap 28, 29 dan 30 haribulan Hijriah (Hari hitam)
-Puasa 9 dan 10 Muharram
Soalan 9 :
Apakah hari yang diharamkan berpuasa.
Jawapan :
-1 Syawal iaitu Hari Raya Puasa (Idul Fitri)
-Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah
-Hari Syak 30 Sya’ban
Soalan 10 :
Jelaskan dua kelebihan bagi orang yang berpuasa.
Jawapan :
-Melatih diri bersifat jujur dan ikhlas
-Membentuk insan yang bertakwa yang taat perintah Allah
-Melahirkan keinsafan di atas penderitaan fakir miskin
-Mendidik jiwa mengawal nafsu
Soalan 11 :
Terangkan dua akibat jika seorang muslim tidak menunaikan kewajipan berpuasa.
Jawapan :
-Dimurkai Allah
-Kehidupan tidak tenang
-Bersifat riak dan terburu-buru dalam tindakan
-Cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu
-Disisih masyarakat dan dipandang hina
-Mencemarkan maruah Islam
Unit 2 : Golongan yang Harus Berbuka Puasa
Soalan 12 :
Senaraikan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa dalam bulan Ramadhan.
Jawapan :
-Orang musafir
-Orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa
-Perempuan yang mengandung
-Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan dirinya
-Bekerja berat sepanjang tahun
-Orang tua yang tidak mampu berpuasa
Soalan 13 :
Terangkan tiga hikmah diharuskan berbuka puasa bagi golongan tersebut.
Jawapan :
-Sebagai bukti Islam bertoleransi kepada umatnya.
-Memberikan kemudahan dan kesenangan kepada mereka yang tidak dapat / terdaya mengerjakan puasa
-Menunjukkan bahawa ibadat puasa wajib ditunaikan walaupun pada waktu yang lain
-Menjalankan kehidupan berlandaskan hukum-hukum syarak
Soalan 14 :
Apakah maksud qada’ puasa?
Jawapan :
Qada’ puasa adalah mengerjakan semula ibadah puasa Ramadhan yang ditinggalkan pada hari yang lain (selain bulan Ramadhan)
Soalan 15 :
Bezakan antara fidyah puasa dengan kaffarah puasa.
Jawapan :
-Fidyah puasa adalah menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan membayar secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.
-
-Kaffarah puasa adalah denda memerdekakan hamba, puasa dua bulan atau memberi 60 cupak makanan bagi suami yang melakukan persetubuhan pada siang Ramadhan.
Soalan 16 :
Siapakah yang diwajibkan qada’ berserta membayar fidyah kerana tidak berpuasa.
Jawapan :
-Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
-Perempuan menyusukan anak kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
-Perempuan mengandung atau menyusukan anak kerana bimbang kesihatan anaknya sahaja
-Lewat menqada'kan (mengantikan) puasa hingga tiba Ramadan berikutnya
Soalan 17 :
Nyatakan dua golongan yang wajib qada’ sahaja kerana dibolehkan tidak berpuasa.
Jawapan :
-Musafir yang diharuskan syarak
-Sakit yang memudaratkan jika berpuasa
-Perempuan haid, Wiladah (melahirkan anak) dan nifas
-Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan dirinya
-Perempuan menyusukan anak kerana bimbang kesihatan dirinya
Soalan 18 :
Senaraikan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa, tetapi dikehendaki membayar fidyah.
Jawapan :
-Sakit tenat yang tiada harapan sembuh
-Orang tua yang tidak berdaya untuk berpuasa
-Orang yang bekerja kuat dan berat sepanjang hari
Soalan 19 :
Siapakah yang mesti membayar kaffarah puasa?
Jawapan :
-Suami yang melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari di bulan Ramadan
Soalan 20 :
Penyelesaian Masalah Hukum :
(a) Ramlah berbuka puasa kerana bimbangkan dirinya yang mengandung.
-Qada’ puasa sahaja
(b) Ramli tidak berpuasa kerana terlalu tua dan uzur.
-Membayar fidyah sahaja
(c) Puan Kamariah tidak puasa kerana bimbangkan kesihatan anak yang disusukannya.
-Qada’ puasa dan membayar fidyah
(d) Abu bersetubuh dengan isterinya pada siang hari di bulan Ramadhan.
-Qada’ puasa dan membayar kaffarah
(e) Rosnah tidak berpuasa kerana baru melahirkan anak.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dibawah ini adalah hasil copy paste teknik menghafal al-quran tetapi teknik ini juga boleh digunakan kepada pelajar-pelajar bagi menduduki peperiksaan.
Sebelum menghafal
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal 2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal. 3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal. 4. Berada dalam keadaan tenang. 5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. 6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. 7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal. 8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
Teknik Menghafal
A. Teknik "Chunking" 1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. 2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai. 3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita. 4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya. 5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang 1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya. 2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. 3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua. 4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. 5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat 1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran. 2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. 3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. 4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 1. Pilih seorang teman yang sama minat. 2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. 3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. 4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset 1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. 2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. 3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. 4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. 5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara 1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. 2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis 1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. 2. Kemudian semak semula dengan mashaf. 3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik "Pointers" dan "Keyword" 1. Buat beberapa kotak. 2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. 3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. 4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur 1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. 2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. 3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
J. Teknik "Mindmaping" 1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. 2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'. 3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.
Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. 2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. 3. Kerjakan solat hajat kepada Allah. 4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz. 5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. 6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. 7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. 8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.
Korang semua pekabar? harap semuanya baguih-baguih naa.
Caj Mobile Internet Hotlink terbaru. RM0. Mobile Internet: Caj data kini RM0.10/10KB (7am-2am) & RM0.05/10KB (2am-7am). Pas BARU! Layari internet utk RM3 (5MB/minggu). Dr 16/8. Dail *100# > Internet 14.18 August 6 2010
Inilah pesanan ringkas yang Hariz terima sebentar tadi. Berbaloi-baloi tak bagi pendapat korang?
Kalau Hariz Mobile Internet guna hanyalah untuk Facebook dan Blog. Itupun guna opera mini Kebiasaanya guna wifi bila di rumah dan di tempat yang ada wifi.
Pemilik Blogger Malaysia adalah bernama Hariz salah seorang pemilik blog http://profhariz.com. Blog ini dihasilkan untuk berkongsi tip-tip mengenasi SEO dan penulisan yang bermanfaat untuk pembaca blog malaysia.