Internet Di Tapis..

Posted by Hariz on Wednesday, July 21, 2010


KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.
Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.
RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.
Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.
Sumber : Kosmo
PH : Amat bagus dengan mengadakan sekatan sebegini..

{ 3 comments... read them below or add one }

Azman Roslan said...

akses kepada bahan lucah mesti disekat 100%.. kalau tak masalah sosial akan terus meningkat..


Azman Roslan telah datang ke blog ini

Hariz said...

@Azman Roslan
saya amat bersetuju. apa2 pun mula dari laman web lucah kan?

hans said...

yups
sokong disekat 100%
bukan ada manfaat apa pun


p/s : Review Film : Inception Memang Terbaik! Aku Sangat Teruju! Kreatif!

Post a Comment