Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

Menutup Aurat Mengikut Syariat

Posted by Hariz on Saturday, July 24, 2010




KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?



Kerana ia termaktubh di dalam Al-quran, Surah Al Azhab Ayat 59
yang bermaksud:
"Hendakalah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh
mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang kerana itu,
mereka tidak diganggu."


1. Lengan Baju Panjang Sehingga ke pergelangan tangan
2. Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang
3. Baju mestilah labuh dan longgar
4. Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali
5. Baju mestilah labuh dan longgar
6. Mesti memakai sarung kaki
7. Kasut tinggi yang tidak berbunyi(Ingin pakai kasut tinggi?
pastikan tumitnya diperbuat daripd getah)


Bahagian Manakah Yang Boleh Diperhatikan?


Rasullulah S.A.W telah bersabda :
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka
tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak
tangannya hingga pergelangan."(H.R Abu Daud)


Muka Dan Tangan
  Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah S.A.W dengan
  memakai pakaian yang nipis.
  Sabda Rasullulah S.A.W
  "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang yang telah berhaidh,
    tidak boleh baginya mengzahirkan anggota badan kecuali
      pergelangan tangan dan wajah sahaja."
        (Riwayat Muslim dan Bukhari)


Muka dan Leher
  "Dan tinggallah kamu(perempuan) di rumah kamu dan janganlah
   kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu"
   a) Bersolek (Make-up
   b) Menurut Miqtil : Sengaja membiarkan ikatan
      tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah


Dada
  "Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup 
   dada-dada mereka."


Wangian
  "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
   kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap
   melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."
   Riwayat Nasa'i, Ibn Khuzaimah Dan Hibban


Kaki (Tumit Kaki)
  "Dan janganlah mereka(perempuan) membentakkan kaki (atau
   mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
   An Nur : 31
   a) Menampakkan Kaki
   b) Menghayunkan/melenggokan mengukut hentaakan kaki


Kepada Siapa Aurat Boleh Diperlihatkan


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, 
dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) 
nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah 
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, 
atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, 
atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau 
wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang 
tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” 
(An-Nur:31).

PH : Semoga Bermanfaat. Bukan hanya memakai tudung tapi menutup aurat mengikut syariat islam
More aboutMenutup Aurat Mengikut Syariat

Wanita Melayu

Posted by Hariz on Friday, July 2, 2010




Tutup aurat satu tuntutan, 
Dalam keluarga 
wajib tekankan, 
Kalau keras hati gunalah rotan, 
Demi 
melaksanakan perintah Tuhan. 

Aurat ditutup mestilah lengkap, 
Tudung
litup termasuk skap, 
Mini telekong pun orang cakap, 
Elok 
dipandang tak payah pun 'make up'. 

Berbaju kurung bukanlah 
mengurung 
Lebih elok jubah jika direnung, 
Kaki pula eloklah 
bersarung, 
Agar syaitan susah nak bertarung. 

Kalau wanita 
menutup aurat, 
Orang jahat tak berani ngorat, 
Bahkan boleh 
menjadi ubat, 
Orang memandang boleh bertaubat. 

Pakaian moden
memanglah hebat, 
Harganya mahal walaupun ketat, 
Walaupun cantik
tetapi singkat, 
Orang memakai pun nampak pusat. 

Berseluar 
ketat baju pun ketat, 
Jarangnya pulak boleh dilihat, 
Orang yang 
memakai memanglah dipandang jahat, 
Dimurka oleh Allah, Rasul dan 
para malaikat. 

Apa yang aneh bila dipandang, 
Lengan pendek 
tapi bertudung, 
Nampak seperti orang yang kudung, 
Mata memandang
ketiak seperti ikan lolong 


Lagilah aneh bila di fikir, 
Baju
kebaya tudung berukir, 
Nampak dada iman terjungkir, 
Kain 
terbelah peha terukir. 

Bila ditanya kenapa begitu, 
Dia kata 
fesyennya dah macam tu, 
Di dalam hati niat tertentu, 
Menggoda 
jantan sudahlah tentu. 

Menutup aurat boleh berfesyen, 
Tetapi
jangan menunjuk eksyen, 
Sesuaikan diri ikut profesyen, 
Kalau 
dilaknat tak guna sesen. 

Kalau nak "Make Up" biarlah padan, 
Jangan
terlebih bila berdandan, 
Minyak wangi juga fikirkan, 
Bedak dan 
gincu sekadar keperluan. 

Kasut tinggi cuba jauhi, 
Kerana ia 
melahirkan bunyi, 
Boleh menarik perhatian lelaki, 
Perbuatan ini 
dibenci Ilahi. 

Apatah lagi menghentakkan kaki, 
Menarik 
perhatian orang laki-laki, 
Melenggok punggung membinasakan diri, 
Ustaz
melihat pun separuh mati. 

Buat apa nak tayang jambul, 
Kecantikan
tak usah ditonjol-tonjol, 
Mahkota disimpan tak jadi bisol, 
Memakai
tudung Islam tersimbol. 

Selokaku ini bukanlah jahat, 
Cuma 
saja mahu peringat, 
Kepada semua para sahabat, 
Terutama sekali 
rakan sejawat. 

Kalau nak ikut nasihat ini, 
Jangan bertangguh
ubahlah diri, 
Benda yang baik tak payah diuji, 
Akan terserlah 
akhlak terpuji. 

Kepada semua kawan lelaki, 
Jangan tergelak 
wanita diperli, 
Keluarga kita tak terkecuali, 
Terutama sekali 
anak dan bini. 

Sudahkah kita tanamkan iman, 
Menutup aurat 
sepanjang badan, 
Ke sana sini dilindungi Tuhan, 
Keluarga menjadi
contoh teladan. 

Setakat ini seloka kami, 
Harap dapat 
menghibur hati, 
Apa yang baik hendaklah ikuti, 
kalau boleh 
seikhlas hati…
More aboutWanita Melayu