Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Caj RM3 5MB/minggu Hotlink

Posted by Hariz on Friday, August 6, 2010

Internet Mobile


Salam geng!
Korang semua pekabar? harap semuanya baguih-baguih naa.

Caj Mobile Internet Hotlink terbaru.
RM0. Mobile Internet: Caj data kini RM0.10/10KB (7am-2am) & RM0.05/10KB (2am-7am).
Pas BARU! Layari internet utk RM3 (5MB/minggu). Dr 16/8. Dail *100# > Internet
14.18 August 6 2010


Inilah pesanan ringkas yang Hariz terima sebentar tadi.
Berbaloi-baloi tak bagi pendapat korang?


Kalau Hariz Mobile Internet guna hanyalah untuk Facebook dan Blog. Itupun guna opera mini
Kebiasaanya guna wifi bila di rumah dan di tempat yang ada wifi.

PH : RM3 5MB/minggu. Berbaloi? Cukupkah 5MB?
More aboutCaj RM3 5MB/minggu Hotlink

Anda bakal-bakal terkena serangan jantung jika

Posted by Hariz on Tuesday, August 3, 2010

Pedih hulu hati selalunya dirujuk sebagai senak akibat kandungan asid yang mengalir balik dari perut ke bahagian bawah esofagus. Ia dinyatakan sebagai terasa sakit yang amat sangat di bahagian dada, di belakang tulang dada, menjalar ke atas ke bahagian leher dan tekak. Keadaan ini akan berlarutan selama antara 2-3 jam dan menjadi semakin teruk selepas makan. Gejala lain termasuklah terasa pahit dan masam akibat cecair yang naik ke tekak atau ke mulut. Berbaring atau membongkokkan badan juga boleh mencetuskan pedih hulu hati.


Adakah Pedih Hulu Hati Sebagai Tanda Penyakit Jantung?

Kadangkala pedih hulu hati disalahanggapkan sebagai serangan jantung. Walau bagaimanapun, perbezaan utama antara pedih hulu hati dengan serangan jantung ialah pedih hulu hati ini lazimnya tidak ada kaitannya dengan aktiviti fizikal. Manakala serangan jantung bermula dengan peningkatan aktiviti fizikal atau senaman dan akan beransur lega apabila berehat.

Apakah Penyebabnya?

Rasa pedih atau sakit yang amat sangat itu adalah disebabkan oleh pengeluaran asid yang tertolak naik dari perut melalui injap yang lemah (Sfinkter Esophagus) ke atas. Apabila asid ini naik sampai ke tekak, pesakit akan terasa masam dan pahit di dalam mulutnya.

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Pedih 

Hulu Hati

• Kegemukan/obesiti
• Makan terlalu banyak
• Muntah
• Sendawa
• Berbaring
• Mengambil makanan yang melemahkan otot injap atau mengganggu esofagus seperti makanan berlemak dan berempah, meminum alkohol, kopi, coklat, minuman ringan bergas, buah-buahan sitrus dan jus atau produk tomato.
• Mengandung
• Proses penuaan biasa
• Mengambil sesetengah ubat seperti Theophylline, Oral Bronchodilator, penyekat kalsium, diazepam, vitamin C dan aspirin.

Penjagaan Sendiri

• Kurangkan berat badan (bagi mereka yang obes)
• Jangan makan terlalu banyak
• Makan sedikit dan elakkan dari mengambil snek di waktu lewat malam
• Hadkan atau elakkan makanan yang boleh menyebabkan pedih hulu hati seperti coklat, makanan berempah dan berlemak, kafein dan sebagainya.
• Jangan berbaring dalam tempoh 3 jam selepas makan
• Berhenti merokok
• Elakkan pengambilan alkohol
• Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat
• Angkat kepala katil setinggi 6 inci dengan meletakkan buku telefon/apa-apa blok yang tebal di bawah tilam atau meletakkannya di bawah kaki katil.
• Memantau ubat-ubatan yang diambil
• Berjumpalah doktor atau pegawai farmasi berhubung cara penggunaan ubat-ubat yang dibeli di kedai seperti antasid (untuk menawarkan asid dalam perut) atau penyekat asid seperti H2 Receptor Antagonist (mengurangkan pengeluaran asid dalam perut).

Berjumpalah Doktor Sekiranya...

• Terasa sakit dan sesak nafas dalam satu masa atau gejala-gejala lain yang mirip kepada masalah jantung
• Anda mengesyaki ubat yang diambil menyebabkan pedih hulu hati
• Pedih hulu hati yang berlarutan lebih dari 2 minggu (sejak mulanya serangan) setelah mengambil ubat yang dibeli.
Sumber
More aboutAnda bakal-bakal terkena serangan jantung jika

Mengapa doa seseorang yang beragama islam itu...

Posted by Hariz


Bila الله Cepat Makbulkan Doamu, Maka الله Menyayangimu,
Bila الله Lambat Makbulkan Doamu, Maka الله Ingin Mengujimu,
Bila الله Tidak Makbulkan Doamu, Maka الله Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh Itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada الله Dalam Apa Jua Keadaan Pun... 
Kerana Kasih Sayang الله Itu Mendahului KemurkaanNya.
More aboutMengapa doa seseorang yang beragama islam itu...

Kalau dah tahu miskin, kenapa mengaji lagi?

Posted by Hariz


"Kalau dah tahu tak mampu nak tanggung, buat apa datang mengaji kat sini.." Kata Zulkifili bin Din.


Agak sopan lah jugak ek kata-kata dia. 



Amacam? Ada tak yang "tak rasa marah" apabila mendengar ayat ini? Selamba gila.. Sebelum tu, ada sorang hamba Allah ini berkata kepada audience, "kami kat sini bukan semua kaya.. ada yang miskin.."

Saya masih lagi memikirkan. Kenapa begitu sombong si Zul ni berkata demikian? Adakah dia tidak memahami mahasiswa di sini? Maksud lain kata-kata beliau ialah, "kalau dah tahu miskin, ngaji Malaysia je la.."

Eh, ngaji Malaysia lagi mahal. Setahun sampai puluhan ribu ringgit. Tak botak kepala ke gitu? Atau beliau cuba maksudkan "kalau dah tahu miskin, buat apa ngaji.." Beliau cuba menyuruh semua mahasiswa yang miskin-miskin ini tak perlu mengaji langsung.

Perghh.. keras betul ayat dia ni. Maka, saya menjawab dengan nada lembut "Kalau Pegawai JPMK nak makan gaji buta, baik balik Malaysia je..., lagi banyak gaji buta boleh hangpa telan!"..

Kami datang jauh-jauh, sehingga habis ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan didikan al Azhar, dan ilmu yang terdapat di bumi Mesir. Malangnya, JPMK menyusahkan pelajar dengan melengah-lengahkan urusan kenaikan nama.

Kemudian menganggap kita ni seperti bola, tendang sana sini. Buat kerja malas. Sibuk dengan politik. Pastu makan gaji.. Hak mahasiswa mereka abaikan. Inikah pegawai JPMK? Kesal! Saya harap, pihak KPT boleh menukarkan mereka kepada pegawai yang bersifat "akademik".

Sumber
More aboutKalau dah tahu miskin, kenapa mengaji lagi?

Jom heboh haram?

Posted by Hariz



A : Hangpa pi Jom Heboh ?

B : Aku pi, hang tak pi ke, rugi macam-macam ada. Swiss Roll Erra Fazira tu pun adaaa..

A : Aku tak pi, pasal Harussani kata haram!

B : Ehhhh.. habih, kalau pi kenapa ? Bukan pi tengok konsert, round pameran saja, itu pun tak boleh ke?

A : Setahu aku dah Mufti kata haram tu, haramlah!

B : Ehh.. pandai-pandailah engkau!

A : Itulah sebab aku tak teringin nak ke sana.

B : Habis ramai orang pegi? Pak Aji pun ada!

A : Macam ni lah. Ayam yang sembelih tu halal makan tak?

B : Laaa.. halallah! Dah sembelih bolehlah makan.

A : Ok, ayam sembelih halal makan, tapi halal tak ayam sembelih tu kalau letak satu freezer dengan babi?

B : Err.. Errr... Aaa.. Uuuu.. Aaa..

A : Halal ke haram?

B : Haramlah tapi itu ayam, ini Jom Heboh.

A : Ok, masa hang kat sana, hang perasan tak keliling hang, kiri kanan, depan belakang hang yang bersesak-sesak semua tu.. Bangsa apa? Melayu, Cina, India, omputeh..??

B : Aaa laa, Melayu yang ramai.

A : Haaa.. kalau Jom Heboh tu tempat yang elok untuk bawak anak bini jalan, beli belah, tengok pameran dan lain-lain, mengapa bangsa yang maju seperti Cina yang kaya, banyak duit.. tak pi beli belah kat sana, mengapa tak ramai bangsa lain yang ke sana, mengapa bangsa Melayu saja yang ramai hadir?

B : !@#$%^&*...

A : Sebab orang melayu leka, suka berhibur, tak tahu membezakan baik buruk suatu perkara pasal tu lah Mufti dah kata haram pun pakat pi jugak.

B : Jadi haramlah aku pi sana?

A : Macam hang kata tadilah, ayam sembelih kalau letak satu freezer dengan babi tetap haram walaupun hang beli balik masak ayam tu saja. Pasal letaknya ayam tu bersama babi-babi yang haram!

B : (Tersenyum kambing)
More aboutJom heboh haram?

Agama Islam itu pengganas?

Posted by Hariz

Apabila seseorang yang beragama islam itu semakin lalai serta sibuk dengan tanggungjawab mereka, serta pentingkan kemewahan dibumi ini sahaja, sudah pasti semakin hari semakin ramai kita dengar dan lihat ada sahaja saudara-saudari kita yang beragama Islam itu bertukar agama.

Sebelum saya ulas lebih lanjut, inilah maksud Murtad atau Riddah
Riddah ialah terputusnya keislaman dengan sebab kekufuran. Riddah terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Riddah Qawliyyah (perkataan) seperti mencaci atau memaki Allah atau para nabi atau Islam meskipun dalam keadaan marah.
2. Riddah Fi^liyyah (perbuatan) seperti melempar mushaf al-Quran ke tempat-tempat yang kotor dan memijak mushaf al-Quran.
3. Riddah Qalbiyyah (hati) seperti beriktikad bahawa Allah itu adalah suatu jisim atau benda atau roh atau bahawa Dia duduk atau bersemayam di atas Arasy atau bahawa Dia mendiami atau berada langit atau di setiap tempat dengan zat-Nya atau berpegang bahawa Dia berada di suatu penjuru atau pihak.

Allah ta^ala berfirman:
وَلَقَدْ قَالُوا كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُوا بَعْدَ إِسْلاَمِهِمْ
Maknanya: “Dan sebenarnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka telah kafir setelah keislaman mereka”. [Surah al-Tawbah: 74]
Allah ta^ala berfirman:
لاَ تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ
Maknanya: "Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan". [Surah Fussilat: 37]
Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَهْوِي بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
Maknanya: “Sesungguhnya boleh terjadi seorang hamba mengucapkan perkataan (yang menghina Allah, para nabi atau syariat-Nya) yang dia tidak menganggapnya sebagai bahaya, (sedangkan perkataan itu) boleh menjerumuskannya ke dalam (dasar) neraka (yang kedalamannya) lebih jauh daripada jarak di antara timur dan barat”. [Diriwayatkan Muslim dan al-Bukhari]



Mengapa ya rakan-rakan? Murtad itu merupakan dosa terbesar dalam agama Islam. Pelbagai helah digunakan orang-orang yang bukan beragama islam untuk menarik kita semua menganut agama mereka. Didalam telefon bimbit yang kita pakai sahaja selama ini, pelbagai mesej yang bukan-bukan boleh kita dapati secara percuma yang dihantar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jikalau saudara rapat anda keluar daripada Islam, apakah yang anda akan buat?
More aboutAgama Islam itu pengganas?

Nuffnang Pilih Kasih

Posted by Hariz on Saturday, July 31, 2010




Gambar Ayie




Gambar Hariz

Korang nampak tak perbezaan nuffnang antara blog ayie dengan blog hariz.
Amat Ketara... Nuffnang Pilih Kasih!

Persoalannya. Kenapa earning di nuffnang Hariz amat sedikit bagaikan 
Anak dara dengan Janda..

Adakah kerana Ayie merupakan blogger johorean blogger? hensem? menawan? tertarik?
ataupun ayie ada scandal dengan pengurus nuffnang?

Adakah aku ini tidak menarik? tidak hensem macam Ayie?
Rasanya hensem dari tok siak surau sebelah..

Jawapanya Aku adalah blogger yang baru 2 bulan dan memerlukan pembelajaran dari mereka yang 
sudah lama dalam earning nuffnang pilih kasih


More aboutNuffnang Pilih Kasih

Rempit Lucah

Posted by Hariz on Friday, July 30, 2010

Sumber Facebook :)

Siapakah yang patut dipersalahkan?
Siapakah yang perlu bertanggungjawab?
Pendapat Anda?


PH : No Komen Dengan Situasi Di Atas. *smbl ketawa guling*
More aboutRempit Lucah

Buku Baru

Posted by Hariz on Monday, July 26, 2010






Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)

Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”
Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….
“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“


Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

PH : Maka Tertutuplah Buku Lama Aku Dan Kembali Dengan Buku Baru. Semoga Diri Aku Lebih-Lebih Dekat Dengan Allah Begitu Juga Kalian. Semoga Nama Tersenarai Dalam Golongan Yang Mati Pada Tahun Ini Jika Mati Itu Lebih Baik Untuk Kita Dan Tersenarailah Kita Dalam Golongan Rezeki Yang Melimpah Ruah. .

More aboutBuku Baru

Rahsia Khusyuk dalam Solat

Posted by Hariz on Wednesday, July 21, 2010

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat 
2. menyesali dosa yang dilakukan 
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 
7. meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.



Sumber : www.iLuvislam.com oleh: huda00


PH : SubhanaAllah Indahnya Apabila Kusyuk Dalam Solat
More aboutRahsia Khusyuk dalam Solat

Internet Di Tapis..

Posted by Hariz


KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.
Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.
RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.
Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.
Sumber : Kosmo
PH : Amat bagus dengan mengadakan sekatan sebegini..

More aboutInternet Di Tapis..

Tahukah Anda? Sekarang Virus Menular Di Malaysia

Posted by Hariz on Tuesday, July 20, 2010

Assalamualaikum, dan selamat malam..

Tahukah anda? sekarang virus demam selsema dan batuk
menyerang rakyat malaysia..
Berdasarkan pemerhatian. Purata 2 orang dalam satu keluarga
berjangkit dengan demam selsema dan batuk.


Dengan ini Hariz menasihkatkan anda semua. 
Senantiasalah jaga diri anda daripada virus yang 
boleh mengakitbatkan tidur sepanjang hari
dan sakit-sakit badan akibat demam selsema.

Dalil Hadis
Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.
PH : Jika demam selsema dan batuk cepat-cepatlah bertemu doktor.
Jangan biarkan virus ini terus berjangkit...
More aboutTahukah Anda? Sekarang Virus Menular Di Malaysia

Hisap... Haram...

Posted by Hariz on Sunday, July 18, 2010


Dalil Al Quran
“Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil 
yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang 
mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik 
dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”  Al A’raaf:157

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah 
kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, 
karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang 
yang berbuat baik.”                              Al Baqarah:195

Dalil Hadis
Dari Sa’id Sa’d bin Malik bin ra, bahwa Rasululloh SAW bersabda, 
“Dilarang segala yang berbahaya dan menimpakan bahaya.” 
(Hadits hasan diriwayatkan Ibnu Majah, Daruquthni, dan Malik dalam Al-Muwatha’)

Merokok haram bukan kerana tidak bermanfaat, tetapi merosakkan
Abu Hurairoh ra berkata: “Rasulullah SAW pernah bersabda: 
“Sebagian tanda dari baiknya keislaman seseorang ialah ia 
meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.” 
(Hadits hasan, diriwayatkan Tirmidzi dan lainnya)

10 SEBAB ISLAM HARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal(mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
9. Rokok membazirkan harta(wang)
10.Rokok sebagai senjata musuh islam untuk melemahkannya



Boleh Refer Link Ini Bahan Dalam Rokok

PH: Semoga Bermanfaat Kepada Pembaca Blog Hariz
More aboutHisap... Haram...

Rahsia Rezeki

Posted by Hariz



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, InsyaAllah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


PH: INGAT!! Raut wajah dan penampilan diri mempengaruhi pemberian rezeki..
More aboutRahsia Rezeki

Ingat !! Guna Sebelum!

Posted by Hariz on Tuesday, July 13, 2010

Entri kali ini Hariz nak berkongsi dengan pembaca...
Haa.. Tadi Hariz pergi ke sebuah supermarket ini..
Agak terkenal lah.. Hariz beli sebotol air minuman.nutrigen LITEYO
perisa MIXED BERRIES.. Kebetulan masa itu terlalu dahaga dan terus
meneguk air itu.. Ya Allah sekali rasa Masam, Masin, Tawar dan 
sewaktu dengannya.. 

Cuba semak balik.. dekat sebelah tudung botolnya..
06/07/10 GSB dia.. Lepas itu Hariz terus terbang 
berlari ke cashier... 
Hariz : Hey! Cuba rasa Air Ini..*smbl menghulur botol*
Cashier Awek : Kenapa?
Hariz : Cubalah check GSB dia..
Cashier Awek : Opss minta maaf.. jap saya tukarkan
Hariz : Okey.
Cashier Awek : Minta Maaf okay saya sudah tukarkan ini.
Hariz : Laenkali buat kerja molek2 yea *terus bergegas*
Nasib baik mood okey.. dan tidak mahu besar-besarkan :)

PH : Kesimpulannya Lihatlah Dulu GUNA SEBELUM di Setiap
Barang Yang Kita Beli

More aboutIngat !! Guna Sebelum!

Penyakit Berbahaya!!!

Posted by Hariz

Pukau satu daripada amalan sihir. Perbuatan ini berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya haram.

Mereka yang mengamalkannya dan memudarat pada manusia sebagaimana difatwakan oleh ulama pada 11 Oktober 1993 sebagai berdosa besar dan wajib dihukum.


Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki.


Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir.





Kesimpulannya untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;
1. Baca doa berikut:
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.
Inilah amalan yang diterima oleh syarak.
Waalahu a’lam.
(Petikan dari Harakah Bil.1334)
More aboutPenyakit Berbahaya!!!

Attention Please! ! !

Posted by Hariz

Beri perhatian semua.. Ada perkara penting yang Hariz nak beritahu 
kepada pembaca blog Hariz..

Hariz terima panggilan daripada My Auntie. Dia mengatakan bahawa.
Di Sunway Piramid Subang, Ada seorang lelaki cina bermodalkan
RM10 untuk menukar wang... Hakikatnya,
Seorang lelaki cina ini
Memukau ! ! .. Perkara ini terjadi pada Kawan Auntie Hariz.
2 hari lepas. RM800 diberikan begitu sahaja kepada lelaki cina itu..

Malah setelah buat laporan polis.. Polis mengatakan ramai orang telah
buat laporan mengenai kes PUKAU oleh Lelaki Cina Itu..
Tetapi masih dalam siasatan..

PH : Wahai Semua Kaum Manusia Berhati-Hatilah Anda! 
Dengan Penyakit Pukau!
More aboutAttention Please! ! !

"PAUL MURTAD" Berakhirlah Sudah?

Posted by Hariz on Monday, July 12, 2010


Berakhirlah sudah segala ramalan "Paul MURTAD" yang
segalanya benar belaka....

Nantikan pula kemunculan "Seekor Duyung"untuk ramalan
2014 di Brazil... atau "Paul MURTAD" masih main peranannya?..

Entri Sebelum Ini "Paul" SOTONG KURITA MURTAD!




PH : Pasti PAUL Akan Ditawarkan Dengan Harga Yang Tinggi Oleh ....
More about"PAUL MURTAD" Berakhirlah Sudah?

Congratulation Netherlands Is Winner World Cup 2010

Posted by Hariz

Congratulation to netherland because being a winner of world cup 2010
by getting 8 yellow card and 1 red card from bald referee.

While Spanish only got 5 yellow card..
a string of appreciation make the Netherlands and bald referee..


Netherlands
2 Gregory VAN DER WIEL
3 John HEITINGA
4 Joris MATHIJSEN
5 Giovanni VAN BRONCKHORST
6 Mark VAN BOMMEL
8 Nigel DE JONG
9 Robin VAN PERSIE
11 Arjen ROBBEN

SPAIN
5 Carles PUYOL
6 Andres INIESTA
8 XAVI
11 Joan CAPDEVILA
15 SERGIO RAMOSIN




PH : I Love U Bald Referee..
More aboutCongratulation Netherlands Is Winner World Cup 2010

Menghilangkan Jerawat

Posted by Hariz on Sunday, July 11, 2010



Disini Hariz sediakan petua-petua untuk hilangkan jerawat.. Pilihlah yang mana sesuai dengan diri anda.

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit .
Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .


Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara .
Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda .
Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.


Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.


Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.


Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.


Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.


Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam.
Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.


Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.


Petua 10: Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.


Petua Untuk Hilangkan Kesan Jerawat..

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.


Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.


Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering.
Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya.
Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk
tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.


Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.


Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.


PH : Harap petua ini bermanfaat kepada semua pembaca blog Hariz.. InsyaAllah
Jika Mahu Melabur Duit.. Ibu Hariz Ade Menjual Sabun Pencuci Muka Hanya RM10
Dapat Menghilangkan Jerawat Dan Mencerahkan Kulit Muka :)
More aboutMenghilangkan Jerawat