Asas kepada khusyuk

Posted by Hariz on Wednesday, July 21, 2010

Asas kepada khusyuk ialah kebersihan hati. 








Biasa nya hati kita mempunyai kotor dengan terlalu cinta pd dunia yg kuat.Sehingga tatkala kita solat segala urusan dunia akan dibwk masuk @ di ingati dlm kita solat. Bagi seorg Pelajar biasanya fikiran ttg assigment akan terbawa2 ketika solat dan seorg perkerja biasa nya ketika solat terbawa2 fikir mengenai kerja di dlm solat.Dan kita biasa solat secara adat . (Solat yg tiada Roh)

Dan Hal ini boleh di ibarat kan seperti cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dapat dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu. 


Ada pandangan yang agak merangkumi saya tentang khusyuk ialah pandangan sahabat yang bernama Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.” 

Dan menurut Imam Al-Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin, “Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.


Dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam Al-Ghazali berkata, “Pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. 

Selain dari kita usahakan perkara di atas, kita juga usahakan memperbanyak kan Solat2 sunat terutama Solat sunah didlm hari . Insyallah dia akan membantu hari utk bersih dan memberi kita hakikat solat. 


PH: "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya" (QS Al-Mu'minun 23:1-2)

{ 10 comments... read them below or add one }

saya_arief said...

terlalu mengejar keduniaan menyukarkan untuk khusyuk.

----yan azna---- said...

setuju !.. sukar nk khusyuk ngan hal duniawi nih

BeaN MorENo said...

betul ke orang cakap nak dapat khusyuk itu sukar...

Hariz said...

@saya_arief

Ya amat benar :)

Hariz said...

@BeaN MorENo

Kusyuk itu satu rahmat..
memang susah
sedangkan orang dekat dgn nabi pun susah nak kusyuk :)

AIman_De_Cloud said...

kusyuk i need it! =)

Hariz said...

@AIman_De_CloudBanyakkan berdoa :)
InsyaAllah

molmolla said...

prof! saya setuju. banyakkan istighfar untuk mnyucikan hati. berwudhu' juga bukan setakat pada zahir untuk kotoran tetapi juga pada batin iaitu menyucikan hati :)

Hariz said...

@molmolla Ya InsyaAllah Cik molmolla :)

AiN Z said...

setuju sangat lah tu.. hati kena bersih , baru lah ibadah kite di terima dan khusyuk..

Post a Comment