Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Proses Penghasilan Blog Blogger Malaysia

Posted by Hariz on Thursday, February 7, 2013

Sayang benar saya pada blog ini, jika dibiarkan begitu sahaja rasa macam "alahhh ruginya blog yang mempunyai kuasa dalam seo" jadi saya telah berbincang dengan kawan baik saya dari negara jiran supaya saya meneruskan menulis di blog Blogger Malaysia ini supaya tidak dibiarkan begitu sahaja. Saya sebenarnya dalam proses untuk mengedit-edit blog ini supaya lebih mesra seo dan tampak kemas. Bila nak baca tidak sakit mata. InshaAllah

Di dalam blog Blogger Malaysia ini apa yang saya mahu kongsikan adalah segala-galanya berkaitan dunia blog iaitu dari segi penulisan, etika, tutorial, seo, contest dan sebagainya. Niche utama saya adalah blog. Jika ia melibatkan peribadi inshaAllah saya akan berkongsi di blog ProfHariz kerana di sana saya mahu mengfokuskan kepada peribadi. Untuk menjadi blogger yang berjaya salah satunya adalah tahu apa tujuan kita menghasilkan blog. Apakah Niche kita. itu yang penting.

InshaAllah Proses Penghasilan Blog Blogger Malaysia ini akan diusahakan sedikit demi sedikit. Kerana sekarang saya pun sibuk dengan semester akhir dan bakal berhadapan dengan Final Projek. Jika ada umur yang panjang kita bertemu lagi dengan penulisan yang baru.
More aboutProses Penghasilan Blog Blogger Malaysia

Tentang Bersama Blog

Posted by Hariz on Monday, August 16, 2010


Tentang Blog Bagi Aku

Dulu aku faham blog itu adalah? Blog aku fikir adalah tempat untuk menaip mengenai isu semasa
mengenai politik dan peribadi. Kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang terfikir dek fikiran.


Setelah hampir 3 tahun bulan aku bersama dengan dunia blog. Update entri tanpa jemu
sehinggakan aku ketandusan idea. Membuatkan aku terpaksa kuar dari rumah dan
pergi ke sawah padi untuk memikirkan apakah yang akan aku ciptakan entri untuk esok?
Adakah akan ada pembaca? akan ada pengkomen?


Semenjak mengenal erti blog ini. Aku merasakan bahawa, jika aku terperap dalam rumah ini 
aku tidak akan kuno dengan isu-isu semasa. Banyak perkara yang akan update dalam 
minda aku. Malah, aku boleh belajar apakah itu SEO, SERP apakah itu erti follower,pengkomen
dan rakan. Malah dengan ini aku juga boleh menghasilkan duit bersama nuffnang.
Tidakkah hebat bersama blog?


Dulu aku akui, aku cukup malas nak  membaca, nak tahu tentang isu semasa, tengok berita
jauh sekali. Sejak aku dengan dunia blog ini. Minat aku untuk membaca dan sifat ingin tahu
pun mula memuncak. Untuk apa aku tahu? Untuk hasilkan entrilah.


Sekarang ini penulisan aku sangatlah buruk jika dibandingkan dengan blogger-blogger
yang lebih hebat. Tapi apa-apa pun aku akan cuba untuk menghasilkan penulisan yang baik
walaupun dulu time SPM BM aku tidak memperolehi gred cemerlang.


Tentang Blog membuatkan aku lebih matang? membuatkan sifat aku berubah menjadi 
ulat pc, ulat tv, ulat paper dan semestinya bukan ulat teksi.
Aku berharap aku akan lama dengan dunia blog ini. dan dapat menjalinkan
ukhwah dengan blogger di dunia ini. Menyemai kasih memupuk Ukhwah.


Sekalung penghargaan buat pelawat setia blog aku.
Aku hanyalah insan yang KOSONG. Infinity. EMPTY.

PH : Blog adalah peneman aku dikala aku gundah gulana
More aboutTentang Bersama Blog