Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Puasa Tapi Tidak Solat

Posted by Hariz on Thursday, August 12, 2010

Puasa Tapi Tidak Solat


Soalan:
Apa hukum puasa bagi seseorang yang meninggalkan solat apakah puasanya sah?
Jawapan:
Pendapat yang rajih (majoriti, utama, berat), orang yang meninggalkan solat secara sengaja, ia menjadi kafir dengan kekufuran yang nyata. Karena itu, puasanya tidak sah, demikian pula ibadah-ibadah lain yang dilakukannya sampai ia bertaubat kepada Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi,
“Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (QS. Al-An`am: 88)
Tetapi ada beberapa ulama` yang mengatakan; bahwa orang yang meninggalkan solat, ia tidak menjadi kafir kerananya, sehingga puasanya tidak batal, demikian pula ibadah-ibadah lainnya. Dengan ketentuan, saat meninggalkannya ia tetap meyakini kewajipan solat tersebut, dan meninggalkannya hanya kerana malas dan meremehkan. Namun, yang benar adalah pendapat pertama, bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, ia menjadi kafir meskipun ia meyakini kewajiban solat tersebut. Pendapat ini berdasar pada banyak dalil, diantaranya sabda nabi yang berbunyi:
“Garis yang memisahkan antara seorang lelaki dengan syirik atau kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Diriwayatkan Imam Muslim dalam sahihnya dari Jabir bin Abdillah)
“Perjanjian antara kita dengan mereka adalah mengerjakan solat. Maka barangsiapa yang meninggalkannya, sungguh ia telah kafir.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ahlus sunan yang empat dengan sanad yang sahih dari Buraidah bin Hushoib Al-Aslami).
More aboutPuasa Tapi Tidak Solat

Bangunlah Sahur Walaupun Seteguk Air

Posted by Hariz on Wednesday, August 11, 2010




Buat Alarm Kejut SAHUR






Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam Hadis Nabi bermaksud:

“Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) 
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa 
walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.


Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: 
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani). 


“Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)


Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda SAW :
Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari


Q: Apakah makanan yang sebaik-baiknya diambil ketika bersahur. Untuk menjawab pertanyaan ini saya bawakan sepotong hadith :

Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:
Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)


“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)


Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. 
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .


Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab).
Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” 


PH : Inilah keindahan Islam sebagai Rahmat sekalian alam.
More aboutBangunlah Sahur Walaupun Seteguk Air

Lafaz Niat Puasa (Video)

Posted by Hariz on Tuesday, August 10, 2010

AHLAN wa sahlan ya Ramadan! 

Lafaz Niat Puasa Ramadhan:



"nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa"

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz Niat berbuka puasa :



"allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"


Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.


Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan.


نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ 


“Nawaitu souma syahri ramadhana hazihissanati kullihi lillahi taala"


Maksudnya :Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala” 






Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja.


bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara whole atau satu pakej, maka boleh diniatkan dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan). 


Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.






Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..

Tapi kena faham konsep niat itu sendiri..walaupun terdetik sedikit pun dalam hati "puasala esok kerana Allah" sudah dikira niat..tak perlu niat panjang-panjang dan terlalu mengikut skrip niat "sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam bulan Ramadhan kerana Allah taala". Simple-simple sempoi jer.





Wallahu A'lam






PH : Islam ni mudah tapi jangan permudahkan Islam
More aboutLafaz Niat Puasa (Video)

Puasa Adat

Posted by Hariz on Monday, August 9, 2010

Puasa Adat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi sesetengah orang, Ramadan dianggap seperti bulan lain, cumanya bulan itu umat Islam berpuasa, jadi mereka pun turut berpuasa.
Perbuatan berpuasa yang mereka lakukan sekadar mengikut orang lain tanpa mahu ambil tahu pahala dan keberkatan berpuasa sepanjang Ramadan.


Bagi golongan ini, berpuasa adalah adat, bukan hukum sedangkan Allah mewajibkan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan.
Kekeliruan itu menyebabkan ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat sebarang pahala puasa, sekadar letih dan dahaga.


Persoalannya, adakah berpuasa pada bulan Ramadan itu adat atau hukum?
Ramadan semulia-mulia bulan, penuh kerahmatan, keberkatan dan keampunan, malah Allah memberikan ganjaran paling istimewa.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Ahmad)
Ramadan bulan 'festival' bagi umat Islam beramal ibadat. Di samping mengutamakan ibadat fardu, siang berpuasa, malam bersolat sunat Tarawih serta bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah dan iktikaf di masjid.
Pendek kata, manifestasi keberkatan, kemuliaan dan keagungan Ramadan dirasai di setiap penjuru dunia.
"Wahai orang beriman. Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa." (Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 183)

Puasa adalah ibadat yang difardukan ke atas umat Islam sebagaimana umat terdahulu dan ia satu daripada Rukun Islam. 
Ia setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah. Pelaksanaan ibadat itu bukan saja menandakan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhan, malah menguji keikhlasan dalam amalan.
Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, dalam keghairahan beribadat, sesetengah masyarakat Islam keliru di antara hukum, iman dan adat, sehingga Ramadan tidak memberikan sebarang pengertian, datang dan berlalu begitu sahaja.

Pengisian sebulan Ramadan tidak meninggalkan kesan kepada mereka. Berpuasa dan beribadat tidak lebih sekadar mengikut adat masyarakat turun temurun, manakala iman dan hikmah yang ada padanya tidak dicapai.
Nabi Muhammad s.a.w ada mengingatkan persoalan ini dalam sabdanya yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga."
Rugilah mereka yang berlapar dan dahaga sepanjang hari seperti yang lain, tetapi ibadat puasanya itu tidak diberikan ganjaran.

Menyorot pengimarahan Ramadan dalam masyarakat Islam Malaysia, apakah bentuk amal ibadat mereka seperti puasa, solat sunat Tarawih dan budaya berbelanja benar-benar berkonsepkan hukum dan keimanan atau tidak lebih sekadar adat?
Ramai masyarakat Islam di Malaysia berpuasa mengikut adat, bukannya keimanan.
Buktinya, fasa pertama Ramadan mereka memenuhi masjid dan surau tetapi menjelang pertengahan bulan, ia berkurangan jemaah, sehinggalah minggu terakhir, jumlahnya amat ketara.

"Contoh puasa adat lagi ialah berlakunya pembaziran, sedangkan perbuatan membazir itu dilarang dan dikira amalan syaitan.
"Tetapi yang kita lihat, ramai menyerbu bazar Ramadan membeli beraneka jenis juadah, sedangkan isteri di rumah menyediakan menu, tidak habis dimakan.


Orang yang berpuasa mengikut adat tidak sabar menanti 1 Syawal untuk bergembira, malah dada menjadi lapang apabila berakhirnya Ramadan, sedangkan orang beriman menangisi pemergian Ramadan.

Pada akhir Ramadan, banyak berlaku kes maut kemalangan jalan raya kerana masing-masing sibuk balik kampung, seolah-olah kena mati dahulu sebelum beraya.
"Mengapa berebut balik beraya, sampai masing-masing tinggalkan masjid dan surau, malah tinggal puasa.
"Sepatutnya, pada akhir Ramadan, umat Islam digalakkan kerap meluangkan waktu di masjid dengan iktikaf,"

Berbuka puasa pula, ada sesetengah yang tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w, iaitu tidak memulakan dengan tamar(kurma), kerana adatnya dengan menu lain yang lebih mengenyangkan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka puasa dengan beberapa biji buah tamar. Jika kamu tidak mendapat buah tamar, hendaklah berbuka dengan air."
Tamar walaupun buahnya tidak setanding dengan yang lain dari segi saiz, khasiatnya dipersetujui pengkaji Timur dan Barat, malah dengan kadar magnesium yang tinggi mampu mencegah kanser. 
Di sini, terserlah rahsia kebaikan amalan sunnah itu.


Credit hmetro

PH : Apakah kita melaksanakan ibadat puasa atau adat puasa?
More aboutPuasa Adat

Ibadat Puasa

Posted by Hariz on Sunday, August 8, 2010

Ibadat Puasa

  1. Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
  2. Antara perkara sunat puasa adalah menyegerakan berbuka setelah yakin masuk waktu maghrib, bersahur dan melewatkannya, berbuka dengan buah kurma atau sesuatu yang manis dan memperbanyakkan sedekah, membaca al-Quran serta beriktikaf.
  3. Antara perkara makruh puasa adalah berbekam, berkumur secara berlebihan, tidur sepanjang hari, mengosok gigi selepas gelincir matahari serta melewatkan berbuka setelah masuk waktunya.
  4. Antara perkara yang membatalkan puasa adalah keluar haid atau nifas, melahirkan anak, bersetubuh pada siang hari, mengeluarkan mani dengan sengaja atau muntah dengan sengaja.
  5. Golongan yang diharuskan berbuka ialah orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa, orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang bermusafir melebihi dua marhalah, perempuan mengandung serta perempuan yang menyusukan anak.
  6. Mereka yang tidak berpuasa dikehendaki qada’ puasa sahaja; atau membayar fidyah sahaja; atau qada dan membayar fidyah; atau  qada dan membayar kaffarah.







Soalan 1 :
Apakah maksud puasa?

Jawapan :
Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.












Soalan 2 :
Sebutkan dua syarat wajib puasa.

Jawapan :
-       Islam
-       Baligh
-       Berakal waras
Mampu berpuasa











Soalan 3 :
Nyatakan dua syarat sah seseorang itu berpuasa.

Jawapan :
-       Islam
-       Berakal dan mumayyiz
-       Suci daripad haid dan  nifas
-       Berniat waktu  malam
-       Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa
Berpuasa pada hari-hari yang  diharuskan









Soalan 4 :
Senaraikan rukun puasa.

Jawapan :
-       Niat
-       Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa


Soalan 5 :
Jelaskah dua amalan sunat yang digalakkan ketika berpuasa.

Jawapan :
-       Segera berbuka puasa setelah yakin masuk waktu
-       Melewatkan makan sahur
-       Berbuka dengan benda-benda manis
-       Membanyakkan membaca al-Quran dan berzikir
-       Mandi junub (hadas besar) sebelum terbit fajar
-       Solat sunat Tarawih


Soalan 6 :
Senaraikan dua perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa.

Jawapan :
-       Mengosok gigi selepas gelincir matahari
-       Terlalu kerap atau lama mandi
-       Merasa makanan dengan lidah
-       Mengambil darah atau berbekam
-       Berkumur-kumur berlebih-lebihan


Soalan 7 :
Jelaskan dua perkara yang boleh membatalkan puasa.

Jawapan :
-       Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
-       Melahirkan anak
-       Pengsan sepanjang hari
-       Bersetubuh di siang hari
-       Muntah dengan sengaja
-       Gila
-       Keluar darah haid dan nifas
-       Mengeluarkan air mani dengan sengaja
-       Murtad


Soalan 8 :
Sebutkan empat hari yang disunatkan berpuasa dalam Islam.

Jawapan :
-       Hari Isnin dan Khamis
-       Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
-       Puasa hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah
-       Nisfu Syaaban iaitu 15 Syaaban
-       27 Rejab iaitu hari peristiwa Isra’ dan Mikraj
-       Puasa pada setiap 13, 14 dan 15 haribulan Hijriah (Hari putih)
-       Puasa pada setiap 28, 29 dan 30 haribulan Hijriah (Hari hitam)
-       Puasa 9 dan 10 Muharram


Soalan 9 :
Apakah hari yang diharamkan berpuasa.

Jawapan :
-       1 Syawal iaitu Hari Raya Puasa (Idul Fitri)
-       Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah
-       Hari Syak 30 Sya’ban


Soalan 10 :
Jelaskan dua kelebihan bagi orang yang berpuasa.

Jawapan :
-       Melatih diri bersifat jujur dan ikhlas
-       Membentuk insan yang bertakwa yang taat perintah Allah
-       Melahirkan keinsafan di atas penderitaan fakir miskin
-       Mendidik jiwa mengawal nafsu


Soalan 11 :
Terangkan dua akibat jika seorang muslim tidak menunaikan kewajipan berpuasa.

Jawapan :
-       Dimurkai Allah
-       Kehidupan tidak tenang
-       Bersifat riak dan terburu-buru dalam tindakan
-       Cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu
-       Disisih masyarakat dan dipandang hina
-       Mencemarkan maruah Islam



Unit 2 : Golongan yang Harus Berbuka Puasa

Soalan 12 :
Senaraikan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa dalam bulan Ramadhan.

Jawapan :
-       Orang musafir
-       Orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa
-       Perempuan yang mengandung
-       Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan dirinya
-       Bekerja berat sepanjang tahun
-       Orang tua yang tidak mampu berpuasa


Soalan 13 :
Terangkan tiga hikmah diharuskan berbuka puasa bagi golongan tersebut.

Jawapan :
-       Sebagai bukti Islam bertoleransi kepada umatnya.
-       Memberikan kemudahan dan kesenangan kepada mereka yang tidak dapat / terdaya mengerjakan puasa
-       Menunjukkan bahawa ibadat puasa wajib ditunaikan walaupun pada waktu yang lain
-       Menjalankan kehidupan berlandaskan hukum-hukum syarak


Soalan 14 :
Apakah maksud qada’ puasa?

Jawapan :
Qada’ puasa adalah mengerjakan semula ibadah puasa Ramadhan yang ditinggalkan pada hari yang lain (selain bulan Ramadhan)


Soalan 15 :
Bezakan antara fidyah puasa dengan kaffarah puasa.

Jawapan :
-       Fidyah puasa adalah menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan membayar secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.
-        
-       Kaffarah puasa adalah denda memerdekakan hamba, puasa dua bulan atau memberi 60 cupak makanan bagi suami yang melakukan persetubuhan pada siang Ramadhan.


Soalan 16 :
Siapakah yang diwajibkan qada’ berserta membayar fidyah kerana tidak berpuasa.

Jawapan :
-       Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
-       Perempuan menyusukan anak  kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
-       Perempuan mengandung atau menyusukan anak kerana bimbang kesihatan anaknya sahaja
-       Lewat menqada'kan (mengantikan) puasa hingga tiba Ramadan berikutnya


Soalan 17 :
Nyatakan dua golongan yang wajib qada’ sahaja kerana dibolehkan tidak berpuasa.

Jawapan :
-       Musafir yang diharuskan syarak
-       Sakit yang memudaratkan jika berpuasa
-       Perempuan haid, Wiladah (melahirkan anak) dan nifas
-       Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan dirinya
-       Perempuan menyusukan anak kerana bimbang kesihatan dirinya


Soalan 18 :
Senaraikan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa, tetapi dikehendaki membayar fidyah.

Jawapan :
-       Sakit tenat yang tiada harapan sembuh
-       Orang tua yang tidak berdaya untuk berpuasa
-       Orang yang bekerja kuat dan berat sepanjang hari


Soalan 19 :
Siapakah yang mesti membayar kaffarah puasa?

Jawapan :
-       Suami yang melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari di bulan Ramadan


Soalan 20 :

Penyelesaian Masalah Hukum :
(a) Ramlah berbuka puasa kerana bimbangkan dirinya yang mengandung.
-       Qada’ puasa sahaja

(b) Ramli tidak berpuasa kerana terlalu tua dan uzur.
-       Membayar fidyah sahaja

(c) Puan Kamariah tidak puasa kerana bimbangkan kesihatan anak yang disusukannya.
-       Qada’ puasa dan membayar fidyah

(d) Abu bersetubuh dengan isterinya pada siang hari di bulan Ramadhan.
-       Qada’ puasa dan membayar kaffarah

(e) Rosnah tidak berpuasa kerana baru melahirkan anak.
-       Qada’ puasa sahaja

PH : Selamat Menjalani Ibadah Puasa
More aboutIbadat Puasa