Tiket bas raya masih banyak

Posted by Hariz on Tuesday, August 17, 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menurut laporan akhbar kosmo. Rakyat Malaysia masih berpeluang
membeli tiket bas untuk Hari Raya Aidilfitri pada bulan september nanti.
Keratan Akhbar Dari Kosmo

KAUNTER tiket di terminal bas sementara Bukit Jalil di Kuala Lumpur semalam lengang dan masih banyak tiket bas hari raya belum terjual.

KUALA LUMPUR - Suasana terminal bas di sini pada tahun ini agak berbeza kerana tiket-tiket bas ekspres untuk warga kota pulang berhari raya masih banyak belum terjual meskipun kaunter jualan dibuka sejak seminggu lalu.
Tinjauan Kosmo! di terminal bas sementara di Bukit Jalil di sini mendapati kaunter jualan tiket untuk hari raya masih lengang.
Seorang kerani kaunter tiket yang mahu dikenali sebagai Fatin berkata, kebanyakan tiket hari raya pada masa ini dibeli oleh pelajar institut pengajian tinggi.
"Golongan pekerja biasanya suka membeli pada saat akhir. Mungkin cara itu lebih mudah bagi mereka. Tarikh balik kampung yang menjadi tumpuan ialah pada 6, 7 dan 8 September," katanya.
Seorang kerani kaunter tiket bas ekspres yang mahu dikenali Rosli berkata, syarikatnya telah menjual tiket bas hari raya bermula 1 Ogos lalu.
"Pada tahun-tahun lepas, sejak 1 dan 2 Ramadan lagi orang sudah berebut-rebut membeli tiket, tetapi tahun ini jualan agak perlahan. Mungkin ramai yang tidak tahu tiket bas hari raya sudah mula dijual," katanya.
Seorang pengurus syarikat swasta, Kamal Sulaiman, 45, pula berkata, cuti persekolahan yang bermula awal memberikannya banyak pilihan masa untuk balik beraya pada tahun ini.
PH : Nampaknya Cik Lyaa Berpeluang Untuk Beraya Di Johor La Yea.. 

{ 8 comments... read them below or add one }

senandung semalam said...

kt sungai petani dengar cita da habis...
xtaw la..

Unknown said...

kat shah alam byk dah abis..nak tau bleh gak ke blog saya..ahaks

Ckin Kembaq said...

tak penah balik umah naik bas walaupun duk kat poli..hehe mak abah tak bagi..n_n

ardinihumaira said...

dni takyah beli tiket tahun ni ;D

hans said...

aku balik naik kereta tahun nih
hohoho

P/S : Sedapnya Wings Madu! Adakah Ini Buffering Terbaru Daripada Nuffnang? Ada Sapa - Sapa Nak Hantar Kad Raya Dekat Gua? Hehehe!

manggosteen said...

aku lom bli tiket lg ni..

Gayahspears said...

hikhik.. rid maceh ats pemberitahuan nih :)

Hariz said...

Xpe2 Asalkan Kita Semua Dapat Beraya Kan?

Post a Comment