Kanak-Kanak Lima Tahun Dicabul

Posted by Hariz on Monday, August 2, 2010

Sumber Google


KUALA LUMPUR 2 Ogos – Kecurigaan seorang ibu dengan sikap anaknya yang enggan menaiki van yang menghantarnya ke taska terjawab apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu mengadu kemaluannya sakit, dipercayai akibat dicabul.

Semuanya terbongkar Sabtu lepas apabila kanak-kanak itu menangis ketika dimandikan ibunya, dan setelah didesak, beliau memberitahu kemaluannya telah dipegang secara kasar oleh pemandu van yang menghantarnya ke taska.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, kanak-kanak perempuan itu dihantar ke taska oleh pemandu van berkenaan sejak Jun lepas.

Beliau berkata, berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya pada hari yang sama.
"Hasil daripada tindakan pantas pihak polis, lelaki yang berusia 27 tahun itu telah berjaya diberkas di rumahnya yang terletak di Kampung Cheras Baru semalam,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan polis dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. – Bernama

PH : Nafsu Apakah Manusia Seperti Ini? 

{ 11 comments... read them below or add one }

ardinihumaira said...

Astaghfirullahal'azim...


kawen la wahai lelaki yang cemtu... ape nak jadi.. cari bini.. jangan aniaya budak. dushhh :'( sian budak tu... huhu

Cik Yana said...

manusia zmn skrg mmg bhati binatang,,

uwaa~
ade header da,,
hee~
cun2~

Yiedpozi said...

kesian budak tu...

Askar Makan Monyet

senandung semalam said...

subhanallah...
troknye perangai..

Hariz said...

@ardinihumaira itulah dini saya sangat2 sedih =.=

Hariz said...

@Cik Yana binatang tidak macam tuh cik yana =.=

hehe saja cuba2 :P

ISZA said...

rasa nak bunuh2 jer.. nasib baik ibu budak tu prihatin..

akak ada pengalaman dari kawan.. bila ngadu kat ibu dia.. ibu dia tak dapat tangkap.. kesian..

gerammm..

Hariz said...

@Yiedpozi itulah kesian :(

@senandung semalam binatang pnya sikap!

Hariz said...

@cikgu isza akak.. saya sangat sedih dengan manusia mcm nie.
harap saya tidak begitu..

Miss N™ said...

Ya.ALLAH, manusia bertopengkan syaitan saja seperti itu...;)

hukum saja...bukan manusia namanya...

haih..geram...!!

Ckin Kembaq said...

mmg tak patut..kpd ibu bapa,jaga lah anak2 mu naa..

Post a Comment