Showing posts with label Dicabul. Show all posts
Showing posts with label Dicabul. Show all posts

Kanak-Kanak Lima Tahun Dicabul

Posted by Hariz on Monday, August 2, 2010

Sumber Google


KUALA LUMPUR 2 Ogos – Kecurigaan seorang ibu dengan sikap anaknya yang enggan menaiki van yang menghantarnya ke taska terjawab apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu mengadu kemaluannya sakit, dipercayai akibat dicabul.

Semuanya terbongkar Sabtu lepas apabila kanak-kanak itu menangis ketika dimandikan ibunya, dan setelah didesak, beliau memberitahu kemaluannya telah dipegang secara kasar oleh pemandu van yang menghantarnya ke taska.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, kanak-kanak perempuan itu dihantar ke taska oleh pemandu van berkenaan sejak Jun lepas.

Beliau berkata, berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya pada hari yang sama.
"Hasil daripada tindakan pantas pihak polis, lelaki yang berusia 27 tahun itu telah berjaya diberkas di rumahnya yang terletak di Kampung Cheras Baru semalam,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan polis dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. – Bernama

PH : Nafsu Apakah Manusia Seperti Ini? 
More aboutKanak-Kanak Lima Tahun Dicabul