Keretapi Tanah Melayu |
Patutlah Tiket Bas Raya Masih Banyak Sebab tahun ini semua pakat-pakat guna Keretapi Tanah Melayu.
Tiket Keretapi Tanah Melayu habis dijual untuk perjalanan pulang ke pantai timursempena hari raya aidilfitri. Bukan semua tempat ye. Hanya pantai timur.
Catatan Akhbar Utusan Online
KUALA LUMPUR 18 Ogos – Tiket perjalanan pulang ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidilfitri bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad mulai 1 hingga 9 September ini sudah habis dijual.
Pengurus Kanan Pemasaran dan Operasi KTM Antara Bandar, Omar Nazari Othman berkata, tiket perjalanan antara Kuala Lumpur-Tumpat telah habis dijual sejak mula dibuka untuk tempahan pada awal bulan ini.
"Bagaimanapun tiket untuk destinasi itu masih ada bagi tempoh 10 hingga 18 September ini,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini semalam.
Katanya, masih terdapat sejumlah 25,316 tiket untuk perjalanan ke Utara dan Selatan tanah air dari 1 hingga 9 September ini.
Sementara itu, Presiden KTM Bhd., Dr. Aminuddin Adnan berkata, sejumlah 51,400 tiket ditawarkan dari 1 hingga 9 September untuk ke semua destinasi dan daripada jumlah itu, sebanyak 26,084 telah habis dijual.
Beliau berkata, sekiranya tiket tidak mencukupi, tiket perkhidmatan tambahan akan mula dijual dua minggu sebelum sambutan Aidilfitri. – Bernama
PH : Tahun Ini Ramai Suka Naik Keretapi Kot?
{ 9 comments... read them below or add one }
harap semua selamat balik kampung.. bro ade balik mana2 gak ke?.. moga selamat
@AiZ Ye InsyaAllah..
Saya Raya sini je.. kampung pun dkt je :)
hmmmm.... harap2x satu hari nanti KTM kasi upgrade kepada gerabak keretapi elektrik... kasi laju skit...
uishh suspen....baru cadang2 nak menerai KTM..huhuhu
@hazman aka species1980 InsyaAllah. hehehe
@Kancilbiru Hahaha hanya ke pantai timur je :)
kg kemana?
ooo sebab tu rupanya, memang selesa sikti dok dalam train kan
1 Jam=100UV
Salam. Saya rindu betul naik keretapi. Zaman saya kanak2 dulu keretapi amat popular terutama bagi destinasi jauh seperti KL ke Penang. Naik keretapi mmg seronok sbb tak ada jam dsb. Seharusnya lebih byk landasan keretapi dibuat dan org ramai di galakkan menggunakannya.
@Ismail N salam :) hariz pernah naik keretapi sekali sahaja seumur hidup.
ramai pengguna tidak suka keretapi kerana lama sangat perjalanan penang ke kl hanya 4jam jika kereta keretapi mencecah 7 jam
Post a Comment