Pos Kad Raya Hanya 50 Sen

Posted by Hariz on Wednesday, August 18, 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Kad Raya. Sudah sinonim bagi setiap musim perayaan. Tidak Kira Musim Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. 
Sebut sahaja perayaan pasti akan ada Kad.
Kad Raya untuk apa? Sudah Pastinya ia adalah untuk ucapan sempena perayaan.
Walaupun dunia sudah maju dengan pelbagai inisiatif untuk beri ucapan kepada keluarga dan sahabat handai kita.
Lebih indah orang cakap guna kad macam surat kan? 
Kena beli kad, kemudian kena tulis dan pergi ke pejabat pos.
Biar rumit baru bermakna kan?

Sebenarnya Hariz nak kongsi dengan rakan-rakan semua.
Pejabat Pos Malaysia buat promosi sebanyak 25 % bermula 1 Ogos lalu hingga 28 Februari tahun depan itu adalah bagi mana-mana destinasi di seluruh negara.

KUALA LUMPUR – Hanya 50 sen dikenakan bagi orang ramai menghantar kad ucapan perayaan dalam pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50 gram.
Harga biasa yang dikenakan adalah 70 sen.
Kadar promosi 25 peratus oleh Pos Malaysia yang bermula 1 Ogos lalu hingga 28 Februari tahun depan itu adalah bagi mana-mana destinasi di seluruh negara.
Ia meliputi empat perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.
Ketua Sokongan Operasi Pos Mel, Zaidi Hussain berkata, promosi satu kadar rata yang julung kali diadakan itu dijangka dapat menggalakkan orang ramai khususnya generasi muda untuk menghantar kad ucapan.
“Penghantaran kad ucapan pada masa ini semakin berkurangan berikutan perkembangan teknologi Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Kita yakin dengan promosi hebat ini, lebih banyak kad ucapan perayaan kepada rakan dan keluarga akan dihantar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
PH : Jadi Tunggu Apa Lagi? Meriahkan Ucapan Dengan Kad Raya

{ 6 comments... read them below or add one }

nabilah_2908 said...

kurang 10 sen...ok la tu kot..

tp kalau beli stem dulu...bila nk post masuk dlm post box jer..tk boleh ke..?

jom ke APA KATA HATI pulak,
HEADER IMPIAN

Hasrol Nizam said...

sekarang ni org guna kad raya lagi ke..hmm..mcm tak je kan..

susah sangat ke nak berblog ni?

senandung semalam said...

ade mase teringin gak
;)

Hariz said...

@nabilah_2908 kurang 20sen cik nabilah :) wallahualam sy tak tahu lak :P

Hariz said...

@Hasrol Nizam mmg tak guna.. ramai dah gunA sms, mms dan semua perkara yang canggih :)

Hariz said...

@senandung semalam hehe jom kita gunA kad raYA :P

Post a Comment