Showing posts with label tiket balik kampung. Show all posts
Showing posts with label tiket balik kampung. Show all posts

Tiket KTM habis sempena Aidilfitri

Posted by Hariz on Wednesday, August 18, 2010


Keretapi Tanah Melayu


Patutlah Tiket Bas Raya Masih Banyak Sebab tahun ini semua pakat-pakat guna Keretapi Tanah Melayu.
Tiket Keretapi Tanah Melayu habis dijual untuk perjalanan pulang ke pantai timur
sempena hari raya aidilfitri. Bukan semua tempat ye. Hanya pantai timur. 

Catatan Akhbar Utusan Online

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Tiket perjalanan pulang ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidilfitri bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad mulai 1 hingga 9 September ini sudah habis dijual.
Pengurus Kanan Pemasaran dan Operasi KTM Antara Bandar, Omar Nazari Othman berkata, tiket perjalanan antara Kuala Lumpur-Tumpat telah habis dijual sejak mula dibuka untuk tempahan pada awal bulan ini.
"Bagaimanapun tiket untuk destinasi itu masih ada bagi tempoh 10 hingga 18 September ini,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini semalam.
Katanya, masih terdapat sejumlah 25,316 tiket untuk perjalanan ke Utara dan Selatan tanah air dari 1 hingga 9 September ini.
Sementara itu, Presiden KTM Bhd., Dr. Aminuddin Adnan berkata, sejumlah 51,400 tiket ditawarkan dari 1 hingga 9 September untuk ke semua destinasi dan daripada jumlah itu, sebanyak 26,084 telah habis dijual.
Beliau berkata, sekiranya tiket tidak mencukupi, tiket perkhidmatan tambahan akan mula dijual dua minggu sebelum sambutan Aidilfitri. – Bernama
PH : Tahun Ini Ramai Suka Naik Keretapi Kot?
More aboutTiket KTM habis sempena Aidilfitri