Adab-adab puasa

Posted by Hariz on Thursday, August 12, 2010



Adab-adab Berpuasa
Para pembaca rahimakumullah, semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala memudahkan kita semua dalam melaksanakan semua perintah-perintah-Nya, termasuk dalam menunaikan ibadah puasa Ramadhan tahun ini.
a- Menjauhi daripada mengumpat, mengadu (menghasut) dan lainnya daripada perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Setiap muslim mesti menjaga lidahnya daripada menyebut perkataan yang haram serta memeliharanya daripada bercakap mengenai hal orang lain. Sabda Nabi yang bermaksud:
Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta bahkan terus melakukannya maka Allah tidak berhajat kepadanya untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (H.R. Al-Bukhari).
b- Jangan meninggalkan makan sahur, kerana sahur boleh membantu orang yang berpuasa untuk menyempurnakan ibadat puasanya, agar dia dapat melalui siang harinya dalam keadaan rehat dan dapat menjalankan kerja-kerjanya dengan baik. Rasulullah r telah menggalakkan umatnya bersahur dengan sabdanya yang bermaksud:
Sahur adalah makanan yang diberkati. Jangan kamu tinggalkannya walaupun dengan meminum seteguk air, kerana Allah I dan para malaikat-Nya mendoakan (memberi rahmat) kepada orang yang bersahur”. (H.R.Ahmad).
c- Segera berbuka puasa apabila telah pasti terbenam matahari (maghrib). Sabda Nabi yang bermaksud:
Manusia sentiasa berada dalam keadaan baik sekiranya mereka segera berbuka puasa”. (Muttafaq ‘alaih).
d- Seboleh-bolehnya berbuka dengan ruthab (tamar separuh masak) atau tamar kering, kerana berbuka dengannya adalah sunnah. Kata Anas yang bermaksud:
Rasulullah r berbuka puasa sebelum menunaikan solat dengan ruthab, jika tiada ruthab Baginda berbuka dengan tamar, jika tiada tamar dengan beberapa teguk air”. (H.R. Abu Daud).
e- Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, memuji dan memuja Allah, bersedekah, membuat kebajikan, melakukan amalan sunat dan lainnya daripada amalan yang soleh.
Kata Abdullah bin ‘Abbas yang bermaksud:
Rasulullah r adalah seorang yang sangat pemurah dan suka melakukan kebaikan. Kemurahannya semakin bertambah di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibrail. Jibrail datang bertemu dengannya setiap malam di bulan Ramadhan untuk mengulang al-Quran. Keadaan Rasulullah r ketika bertemu Jibrail adalah sangat pemurah dalam melakukan kebajikan, lebih cepat daripada angin yang bertiup kencang”. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).
fMenjaga lisan.


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Nabi s.a.w bersabda:
إِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفَثْ وَلاَ يَصْخَبْ. إِذَا شَاتَمَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ
“Jika itu pada hari berpuasa salah seorang di antara kalian maka janganlah dia berbuat keji dan jangan pula berteriak. Jika ada seseorang yang mencelanya atau memukulnya maka hendaknya dia mengatakan: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.”

{ 10 comments... read them below or add one }

cik shabah said...

info besh!you,pasni buat entri pasai prkara2 yg memakruhkan pose bole?cik shabah ade kekeliruan sket dlm prkara2 makruh smasa brpuasa =)

Ckin Kembaq said...

InsyaAllah..

En. Epai said...

yang "a" tu slalu orang terbabas....samada sedar atau tak sedar....

Nur Suaidah Bachok said...

emmmm.. tahun lepas ku tak bersahur. tahun ni, dah dua hari puasa, ku tak sahur gak :(

rahmat allah dan para malaikat..

pasni nak sahur!!! emmm, anda ke yg tanya nk tersenarai dalam link blogku??

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam hariz... bagus N3 ni dan terima kasih mengingatkan .... selamat berpuasa....semoga allah merahmati hariz ya....kalau sudi kita tukar link k... saya dah add hariz...

Hariz said...

@cik shabah InsyaAllah :)

Hariz said...

@e5 ye jika sudah menjadi kebiasaan mmg x dpt lari~

Hariz said...

@molmolla bersahur ye
kerana dalam sahur ada barakahnya :)

senarai dlm bloglist? rasanya tidak.. :)

Mama Zharfan said...

1st time me BW here :)

salam ziarah dari nottingham UK


feel free to visit my lil blog CLICK HERE!

etomyam said...

semoga sentiasa terjaga 'markah' puasa kita semua :D

Post a Comment