Showing posts with label harapan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label harapan ramadhan. Show all posts

Adab-adab puasa

Posted by Hariz on Thursday, August 12, 2010



Adab-adab Berpuasa
Para pembaca rahimakumullah, semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala memudahkan kita semua dalam melaksanakan semua perintah-perintah-Nya, termasuk dalam menunaikan ibadah puasa Ramadhan tahun ini.
a- Menjauhi daripada mengumpat, mengadu (menghasut) dan lainnya daripada perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Setiap muslim mesti menjaga lidahnya daripada menyebut perkataan yang haram serta memeliharanya daripada bercakap mengenai hal orang lain. Sabda Nabi yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta bahkan terus melakukannya maka Allah tidak berhajat kepadanya untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (H.R. Al-Bukhari).
b- Jangan meninggalkan makan sahur, kerana sahur boleh membantu orang yang berpuasa untuk menyempurnakan ibadat puasanya, agar dia dapat melalui siang harinya dalam keadaan rehat dan dapat menjalankan kerja-kerjanya dengan baik. Rasulullah r telah menggalakkan umatnya bersahur dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sahur adalah makanan yang diberkati. Jangan kamu tinggalkannya walaupun dengan meminum seteguk air, kerana Allah I dan para malaikat-Nya mendoakan (memberi rahmat) kepada orang yang bersahur”. (H.R.Ahmad).
c- Segera berbuka puasa apabila telah pasti terbenam matahari (maghrib). Sabda Nabi yang bermaksud:
“Manusia sentiasa berada dalam keadaan baik sekiranya mereka segera berbuka puasa”. (Muttafaq ‘alaih).
d- Seboleh-bolehnya berbuka dengan ruthab (tamar separuh masak) atau tamar kering, kerana berbuka dengannya adalah sunnah. Kata Anas yang bermaksud:
“Rasulullah r berbuka puasa sebelum menunaikan solat dengan ruthab, jika tiada ruthab Baginda berbuka dengan tamar, jika tiada tamar dengan beberapa teguk air”. (H.R. Abu Daud).
e- Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, memuji dan memuja Allah, bersedekah, membuat kebajikan, melakukan amalan sunat dan lainnya daripada amalan yang soleh.
Kata Abdullah bin ‘Abbas yang bermaksud:
“Rasulullah r adalah seorang yang sangat pemurah dan suka melakukan kebaikan. Kemurahannya semakin bertambah di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibrail. Jibrail datang bertemu dengannya setiap malam di bulan Ramadhan untuk mengulang al-Quran. Keadaan Rasulullah r ketika bertemu Jibrail adalah sangat pemurah dalam melakukan kebajikan, lebih cepat daripada angin yang bertiup kencang”. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).
f- Menjaga lisan.


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Nabi s.a.w bersabda:
إِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفَثْ وَلاَ يَصْخَبْ. إِذَا شَاتَمَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ
“Jika itu pada hari berpuasa salah seorang di antara kalian maka janganlah dia berbuat keji dan jangan pula berteriak. Jika ada seseorang yang mencelanya atau memukulnya maka hendaknya dia mengatakan: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.”
More about → Adab-adab puasa

Hari Pertama Berpuasa

Posted by Hariz on Wednesday, August 11, 2010

Hari Pertama Berpuasa


Assalamualaikum,
Alhamdullilah Segala puji-pujian bagi Allah.
Kita telah pun berjaya berpuasa 1 hari. InsyaAllah masih tinggal lagi 29 hari.
Hariz bersahur seawal 5pagi dan berbuka 7.33PM.
Walaupun agak mencabar permulaan puasa ini.. Amat dahaga siang tadi tekak ya Allah
punyalah kering. Sebaik berbuka Hariz dengan penuh nafsu meminum 4gelas air.(bukan berturut-turut)
Nasi pun tidak jalan.. Hahaha. Sekarang perut terasa mengah dengan kandungan air 
yang banyak. Bagaimana pula dengan hari pertama berpuasa korang?

Tahukah korang
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:
"Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang 
seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. 

Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :
" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan 
meninggalkan makan kerana Aku" 

Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan 
gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu 
lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

PH : Jom Tarawih. InsyaAllah nanti kita BW naa :)
More about → Hari Pertama Berpuasa