Puasa Tapi Tidak Solat |
Soalan:
Apa hukum puasa bagi seseorang yang meninggalkan solat apakah puasanya sah?
Jawapan:
Pendapat yang rajih (majoriti, utama, berat), orang yang meninggalkan solat secara sengaja, ia menjadi kafir dengan kekufuran yang nyata. Karena itu, puasanya tidak sah, demikian pula ibadah-ibadah lain yang dilakukannya sampai ia bertaubat kepada Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi,
“Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (QS. Al-An`am: 88)
Tetapi ada beberapa ulama` yang mengatakan; bahwa orang yang meninggalkan solat, ia tidak menjadi kafir kerananya, sehingga puasanya tidak batal, demikian pula ibadah-ibadah lainnya. Dengan ketentuan, saat meninggalkannya ia tetap meyakini kewajipan solat tersebut, dan meninggalkannya hanya kerana malas dan meremehkan. Namun, yang benar adalah pendapat pertama, bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, ia menjadi kafir meskipun ia meyakini kewajiban solat tersebut. Pendapat ini berdasar pada banyak dalil, diantaranya sabda nabi yang berbunyi:
“Garis yang memisahkan antara seorang lelaki dengan syirik atau kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Diriwayatkan Imam Muslim dalam sahihnya dari Jabir bin Abdillah)
“Perjanjian antara kita dengan mereka adalah mengerjakan solat. Maka barangsiapa yang meninggalkannya, sungguh ia telah kafir.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ahlus sunan yang empat dengan sanad yang sahih dari Buraidah bin Hushoib Al-Aslami).
Credit : http://namanamaislam.com/
{ 19 comments... read them below or add one }
tunaikan kewajipan anda
:)
nice entry
selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bertarawih dan selamat bersahur
P/S : Kalau Hari - Hari Macam Nih Mak Dengan Abah Tak Payah Dok Risau Dah!
solat tiang agama....kalau solat pun tak jaga, apa lah ertinya ibadah lain...
selamat beribadat di bulan yang penuh kemuliaan ini..
~_^
kdg2 beta eh cik Yana pun tfikir org islam skrg ni byk cam tak pernah smayang tp bab pose die pose plak,,
pastu smayang wajib tak pernah buat, tp terawih pegi plak,,
smayang jumaat pergi plak,,
huhuhu~
betol tak prof hariz?
banyak org yg aku jumpe ada camni..
puasa tapi semayang mmg tinggal.
@Kancilbiru ya saya setuju dengan cik kancil
@Cik Yana hahaha betul cik yana itu mmg berlaku. diorg nie lakukakan ikut musim je. tapi yang difardhukan ke atas mereka umm xbuat wallahualam.
perkara sunat yg kejar2
@manggosteen sangat banyak.. puasa dan tarawih siap buat 19 lagi yang wajib x buat.. huhu~
nice...thank
(peringatan untuk diri sendiri juga)
tak yah pose je senang kalo tak solat... pelik manusia skang ni kan. huhu
good one...
atok selalu pesan..kalo xsmyang, sie2 je kite b'lapar.
:)
slalu cmtu kan?asal tiba ramadhan pakat2 nak puasa,tapi solat cmtu jugak...
@Ckin Kembaq pakat2 puasa dan tarawih.. solat tiang agama tidak lakukan ..
yup,,ada tak cara nak tgur?kdg pening gak tgk..any suggestion...?
@Ckin Kembaq cara nak tegur? manusia zaman skrg leh tegur ke?
ntah le..mungkin boleh.act,depa ni nak berubah,tapi malas..cuba pegi letak depa kat skolah agama or tmpt tahfiz and jgn bg duduk ngan kwn2, insyaAllah dpa akan berubah.
mmb ade gak cmni, kdng2 pelik gak, die xd rase pape ker klo tngok owg len solat. haishh~
@CintaNajihah Itulah =.=
Post a Comment