PH : Airmata Ku Mengalir Melihat Video Di Atas. Bagaimana pula anda?
Showing posts with label buang bayi. Show all posts
Showing posts with label buang bayi. Show all posts
Home » Posts filed under buang bayi
Buang Bayi : Hentikan!
Posted by Hariz on Friday, August 13, 2010
PH : Airmata Ku Mengalir Melihat Video Di Atas. Bagaimana pula anda?
Buang bayi: Hukuman Gantung
Posted by Hariz on Thursday, August 12, 2010
| Buang Bayi |
Assalamualaikum dan salam ramadhan
Alhamdullilah akhirnya kabinet juga memandang serius dalam isu pembuangan bayi marcaparda ini.
Kes pembuangan bayi boleh dianggap sebagai kes cuba membunuh atau bunuh.
Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati
atau penjara 30 tahun.
Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak,
sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.
Disini Merupakan keratan akhabar.
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataannya hari ini berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementerian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.
Menurut kenyataan itu, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya.
Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.
"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi,” kata kenyataan itu.
Menurut kementerian itu lagi, sebagai tindakan susulan, pihak PDRM telah diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu. - Bernama
Selepas ini pasti ramai penzina-penzina akan berfikir panjang dan takut untuk membuang bayi mereka.
PH : InsyaAllah Selepas ini Kes Pembuangan Bayi Dapat Dikurangkan