Buang bayi: Hukuman Gantung

Posted by Hariz on Thursday, August 12, 2010


Buang Bayi

Assalamualaikum dan salam ramadhan
Alhamdullilah akhirnya kabinet juga memandang serius dalam isu pembuangan bayi marcaparda ini.
Kes pembuangan bayi boleh dianggap sebagai kes cuba membunuh atau bunuh.
Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati
atau penjara 30 tahun.

Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, 
sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.

Disini Merupakan keratan akhabar.

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataannya hari ini berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementerian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.
Menurut kenyataan itu, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya.
Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.
"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi,” kata kenyataan itu.
Menurut kementerian itu lagi, sebagai tindakan susulan, pihak PDRM telah diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu. - Bernama


Selepas ini pasti ramai penzina-penzina akan berfikir panjang dan takut untuk membuang bayi mereka.

PH : InsyaAllah Selepas ini Kes Pembuangan Bayi Dapat Dikurangkan

{ 8 comments... read them below or add one }

Ayie said...

apsal gambar ni susunannya tak teratur??? hahahhaha

Unknown said...

alhamdulillah..
ini lah sebenarnye
yang orang ramai
tunggu sangat..
bayi pun manusia jugak..!
sayangi lah mereka..

cik shabah said...

nape letak gamba tuu...sedih cik shabah..=(

*memg patut dorg2 yg terlibat tu kne hkum gntg!

*sori TER-emo,cik shabah ni naluri keibuan sket.ha3

*cik shabah da sehat sket =)

ISZA said...

mudah2an segala langkah pencegahan yang diambil mampu mengurangkan segala kejadian..

manggosteen said...

semoga yang laen akan sedar dan insaf..

nyOng.is.me said...

hati bernafsu mngawal fikiran waras.

dlm otak masa wat xxx dlu, "eleh xper, nnt klu dh ada 'isi', boleh skolah kat skolah remaja hamil. xmalu sgt nk jmpa org, member pon ramai."

hurmmm... dunia.

slamat berpuasa...

Ckin Kembaq said...

mungkin depa igt buat baby tu sng kot..hmm waktu berseronok tak igt dunia,bila dah ada isi dlm prut baru nak menyesal..skang ni hari2 ada org buang bayi..agaknya kna hantar je remaja2 ni g duduk kat palestin baru ok kot..bia tgk mcm mana org bunuh org..

Gayahspears said...

tak lalu nak tengok gamabar tu.. siyes.. nak muntah... adesss :(

Post a Comment