Showing posts with label sahur. Show all posts
Showing posts with label sahur. Show all posts

Puasa Tapi Tidak Solat

Posted by Hariz on Thursday, August 12, 2010

Puasa Tapi Tidak Solat


Soalan:
Apa hukum puasa bagi seseorang yang meninggalkan solat apakah puasanya sah?
Jawapan:
Pendapat yang rajih (majoriti, utama, berat), orang yang meninggalkan solat secara sengaja, ia menjadi kafir dengan kekufuran yang nyata. Karena itu, puasanya tidak sah, demikian pula ibadah-ibadah lain yang dilakukannya sampai ia bertaubat kepada Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi,
“Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (QS. Al-An`am: 88)
Tetapi ada beberapa ulama` yang mengatakan; bahwa orang yang meninggalkan solat, ia tidak menjadi kafir kerananya, sehingga puasanya tidak batal, demikian pula ibadah-ibadah lainnya. Dengan ketentuan, saat meninggalkannya ia tetap meyakini kewajipan solat tersebut, dan meninggalkannya hanya kerana malas dan meremehkan. Namun, yang benar adalah pendapat pertama, bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, ia menjadi kafir meskipun ia meyakini kewajiban solat tersebut. Pendapat ini berdasar pada banyak dalil, diantaranya sabda nabi yang berbunyi:
“Garis yang memisahkan antara seorang lelaki dengan syirik atau kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Diriwayatkan Imam Muslim dalam sahihnya dari Jabir bin Abdillah)
“Perjanjian antara kita dengan mereka adalah mengerjakan solat. Maka barangsiapa yang meninggalkannya, sungguh ia telah kafir.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ahlus sunan yang empat dengan sanad yang sahih dari Buraidah bin Hushoib Al-Aslami).
More aboutPuasa Tapi Tidak Solat

Hari Pertama Berpuasa

Posted by Hariz on Wednesday, August 11, 2010

Hari Pertama Berpuasa


Assalamualaikum,
Alhamdullilah Segala puji-pujian bagi Allah.
Kita telah pun berjaya berpuasa 1 hari. InsyaAllah masih tinggal lagi 29 hari.
Hariz bersahur seawal 5pagi dan berbuka 7.33PM.
Walaupun agak mencabar permulaan puasa ini.. Amat dahaga siang tadi tekak ya Allah
punyalah kering. Sebaik berbuka Hariz dengan penuh nafsu meminum 4gelas air.(bukan berturut-turut)
Nasi pun tidak jalan.. Hahaha. Sekarang perut terasa mengah dengan kandungan air 
yang banyak. Bagaimana pula dengan hari pertama berpuasa korang?

Tahukah korang
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:
"Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang 
seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. 

Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :
" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan 
meninggalkan makan kerana Aku" 

Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan 
gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu 
lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

PH : Jom Tarawih. InsyaAllah nanti kita BW naa :)
More aboutHari Pertama Berpuasa

Bangunlah Sahur Walaupun Seteguk Air

Posted by Hariz




Buat Alarm Kejut SAHUR






Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam Hadis Nabi bermaksud:

“Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) 
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa 
walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.


Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: 
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani). 


“Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)


Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda SAW :
Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari


Q: Apakah makanan yang sebaik-baiknya diambil ketika bersahur. Untuk menjawab pertanyaan ini saya bawakan sepotong hadith :

Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:
Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)


“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)


Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. 
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .


Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab).
Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” 


PH : Inilah keindahan Islam sebagai Rahmat sekalian alam.
More aboutBangunlah Sahur Walaupun Seteguk Air