Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Bila Orang Tua Kemaruk Cinta?

Posted by Hariz on Saturday, August 7, 2010

Pinjam Google Mungkin Gambar Ini Hanya Drama


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minta maaf jika entri ini agak kurang disenangi oleh warga ibu ibu dan bapa.
Berdasarkan apa yang Hariz tengok. Bila orang tua tidak kiralah 70tahun ke? 
90 tahun ke? 40 tahun ke? 50 tahun ke?
Bila bercinta habis bagaikan dunia ini mereka yang punya.
Tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa pun turut diabaikan.


Bila warga-warga ibu dan bapa ini bercinta tanpa ikatan yang sah. Mengalahkan anak muda.
Sebab apa berlaku sebegini? Mungkin mereka lebih berpengalaman?
Wallahualam. Tak pun  nafsu mereka mengalahkan ? Umm..
Susah mau cakap bila isu ini berlaku. Bagaimana mahu mendidik anak jika diri 
sendirik terasa macam belasan tahun ? tidak menghiraukan orang-orang 
sekeliling. anak-anak? jiran tertangga? masyarakat setempat?
dan meletakkan agama ditepi.


Bila ditegur? Mula naik angin? tidak menghormati mereka dan sebagaimana
Ikutkan hati Hariz kalau nak kupas tentang isu ini memang panjang lebar.
Dan sangatlah benci. bila melihat orang tua kemaruk cinta
Sanggup janda dan duda asalkan dapat ?
Sudahlah. terasa emosi sangat kalau nak cerita tentang isu ini.


Pandangan korang?

PH :  Bila Orang Tua Kemaruk Cinta Lebih Teruk Dari Anak Muda?
More about → Bila Orang Tua Kemaruk Cinta?

Agama Islam itu pengganas?

Posted by Hariz on Tuesday, August 3, 2010

Apabila seseorang yang beragama islam itu semakin lalai serta sibuk dengan tanggungjawab mereka, serta pentingkan kemewahan dibumi ini sahaja, sudah pasti semakin hari semakin ramai kita dengar dan lihat ada sahaja saudara-saudari kita yang beragama Islam itu bertukar agama.

Sebelum saya ulas lebih lanjut, inilah maksud Murtad atau Riddah
Riddah ialah terputusnya keislaman dengan sebab kekufuran. Riddah terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Riddah Qawliyyah (perkataan) seperti mencaci atau memaki Allah atau para nabi atau Islam meskipun dalam keadaan marah.
2. Riddah Fi^liyyah (perbuatan) seperti melempar mushaf al-Quran ke tempat-tempat yang kotor dan memijak mushaf al-Quran.
3. Riddah Qalbiyyah (hati) seperti beriktikad bahawa Allah itu adalah suatu jisim atau benda atau roh atau bahawa Dia duduk atau bersemayam di atas Arasy atau bahawa Dia mendiami atau berada langit atau di setiap tempat dengan zat-Nya atau berpegang bahawa Dia berada di suatu penjuru atau pihak.

Allah ta^ala berfirman:
وَلَقَدْ قَالُوا كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُوا بَعْدَ إِسْلاَمِهِمْ
Maknanya: “Dan sebenarnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka telah kafir setelah keislaman mereka”. [Surah al-Tawbah: 74]
Allah ta^ala berfirman:
لاَ تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ
Maknanya: "Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan". [Surah Fussilat: 37]
Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَهْوِي بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
Maknanya: “Sesungguhnya boleh terjadi seorang hamba mengucapkan perkataan (yang menghina Allah, para nabi atau syariat-Nya) yang dia tidak menganggapnya sebagai bahaya, (sedangkan perkataan itu) boleh menjerumuskannya ke dalam (dasar) neraka (yang kedalamannya) lebih jauh daripada jarak di antara timur dan barat”. [Diriwayatkan Muslim dan al-Bukhari]



Mengapa ya rakan-rakan? Murtad itu merupakan dosa terbesar dalam agama Islam. Pelbagai helah digunakan orang-orang yang bukan beragama islam untuk menarik kita semua menganut agama mereka. Didalam telefon bimbit yang kita pakai sahaja selama ini, pelbagai mesej yang bukan-bukan boleh kita dapati secara percuma yang dihantar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jikalau saudara rapat anda keluar daripada Islam, apakah yang anda akan buat?
More about → Agama Islam itu pengganas?

Adakah segelintir perempuan yang beriman sekarang ini bodoh?

Posted by Hariz

Mungkin anda mengatakan bahawa orang islam dan orang yang beriman adalah sama sahaja. Tetapi, pada pendapat Hariz, ia adalah berlainan. Apakah anda benar-benar pasti bahawa orang islam itu semuanya beriman kepada Allah S.W.T? Cuba kita perhatikan pula apakah maksud orang yang beriman kepada Allah S.W.T. 


Orang yang beriman kepada Allah S.W.T akan menunaikan segala perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.

Cuba anda fikir-fikirkan tentang gambar-gambar yang berada dibawah ini. Adakah mereka beriman ataupun ataupun orang islam.?



Mungkin ramai ibu bapa zaman sekarang mendidik anak-anak perempuan mereka dengan salah. Maaf ya. Bukan apa, Hariz perhatikan sekarang ini, ramai ibu bapa mendidik anak perempuan mereka dengan membeli baju-baju yang terbelah sana sini. Fesyen kita ataupun fesyen barat yang kita ikuti?



Kalau memakai pakaian seperti dibawah ini tidak mengikuti dunia semasa kah? Hariz sebagai lelaki susah mencari seorang perempuan, inikan pula perempuan nak mencari lelaki sebagai pasangan hidup mereka.


Entri ini tidak mengatakan bahawa semua pihak itu sama sahaja. Tetapi, Hariz hanya menujukan entri ini kepada perempuan-perempuan yang sanggup memakai pakaian ketat serta terdedah sana sini hingga dapat lihat tetek mereka itu.
More about → Adakah segelintir perempuan yang beriman sekarang ini bodoh?

Dara Demi Cinta

Posted by Hariz on Saturday, July 31, 2010







Wah Romantiknya Budak-Budak Zaman Sekarang Bercinta kan?


Ramai remaja perempuan dikesan dengan "trend" mengelar tangan hingga
berdarah bagi menulis nama kekasih mereka(pakwe).. Kononya atas dasar cinta.


Mereka melakukakn perbuatan itu dengan pisau kecil atau dengan mencucuk lengan 
menggunakan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.


Perbuatan menoreh lengan itu membuktikan cintanya si gadis terhadap kekasihnya
itulah pengakuan mereka.




Melakukan tatu itu dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. 
Ia adalah haram ke atas orang yang minta dibuatkan tatu dan orang yang membuatkan tatu dan ia tergolong 
dalam dosa-dosa besar.


Kerana Cinta Aku Sanggup Korbankan Apa Sahaja.
Tidak Mustahil Selepas Ini "Trend" Dara Demi Cinta?


Dipetik Dari Harian Metro.


PH : Cinta perlukan pengorbanan kan?
More about → Dara Demi Cinta

Ada Apakah Padanya?

Posted by Hariz on Monday, July 26, 2010



MENGENALI BULAN SYAABAN 

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.
  
ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN
 

1. Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

3. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah. 

  
ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN
 

Memperbanyakkan Puasa Sunat
 

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.
(Riwayat Nasaie).

Melazimi Berzikir dan Berdoa
 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat al-Tirmizi).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar
 

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).




KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN
 

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN
 

Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.

Beliau berkata lagi:
Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.

Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

  
PENUTUP
 

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.



Sumber Dari : http://buluh.iluvislam.com/?p=29

PH : Semoga Bermanfaat
More about → Ada Apakah Padanya?

Terumbu karang Malaysia mula mati

Posted by Hariz on Thursday, July 22, 2010


LANGKAWI - Sebanyak 12 lokasi pelancongan - sembilan pulau taman laut dan tiga pulau lain yang kesemuanya di Kedah, Terengganu dan Pahang - terpaksa ditutup sehingga 31 Oktober ini berikutan kejadian pelunturan karang.

Fenomena yang menunjukkan tanda-tanda karang tertekan dan mungkin akan mati itu semakin meluas, malah ia mencapai status 90 peratus bagi sesetengah kawasan terumbu yang terjejas.
Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Abdul Jamal Mydin berkata, antara lokasi itu ialah Teluk Wangi, Pantai Damai dan Coral Garden di Pulau Payar di sini.
Beliau menambah, di Terengganu, kawasan yang terjejas ialah sembilan lokasi di Pulau Redang, dua di Pulau Perhentian Besar serta masing-masing satu di perairan Pulau Lima dan Pulau Tenggol.
Di Pahang, tiga lokasi yang dikenal pasti terletak di Pulau Tioman, Pulau Chebeh dan Pulau Tulai.
Pada masa yang sama, tiga pulau lain di Pahang iaitu Pulau Rengis, Pulau Tumok dan Pulau Soyak turut ditutup.
"Ini adalah kali kedua berlaku kelunturan karang dan ia lebih teruk berbanding kes pertama kali semasa fenomena El-Nino pada 1998,'' kata Abdul Jamal pada sidang akhbar di sini semalam.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Abdul Jamal berkata, antara punca berlaku kelunturan karang di semua perairan itu ialah pemanasan global.
Tambahnya, serentak dengan itu, sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan dengan disertai pelbagai jabatan termasuk Kementerian Pelancongan, Jabatan Kerja Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan badan-badan bukan kerajaan.
Abdul Jamal berkata, setiap tahun taman laut di Malaysia dikunjungi lebih 500,000 pelawat dalam dan luar negara.
Beliau juga mengumumkan langkah mengehadkan jumlah pelawat ke Taman Laut Pulau Payar daripada 400 orang kepada 200 orang sehari bagi mengurangkan tekanan terhadap terumbu karang.
Sumber : Kosmo!
PH : Macam-Macam Benda Dah Pupus Sekarang Ini.. =.=
More about → Terumbu karang Malaysia mula mati

Internet Di Tapis..

Posted by Hariz on Wednesday, July 21, 2010


KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.
Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.
RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.
Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.
Sumber : Kosmo
PH : Amat bagus dengan mengadakan sekatan sebegini..

More about → Internet Di Tapis..

Gejala Jahiliah Moden

Posted by Hariz on Friday, July 9, 2010

APALAH dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan.
Apa sudah jadi dengan remaja kita tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi. Lebih menyedihkan lagi, media melaporkan ada bayi yang didagangkan semata-mata mahu mengejar kekayaan duniawi yang sementara ini.

Kes itu dipercayai antara ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.

Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, "Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (Riwayat Bukhari).

Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada 83 kes berkenaan, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Manakala empat kes pembuangan janin.

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu adalah untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas melakukan perzinaan.
Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.

Pada zaman jahiliah, mereka membunuh kerana khuatir anak mereka diperkosa atau berzina. Bagaimanapun, pada zaman jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan. Kemudian menambah bilangan dosa dengan menyeksa bayi berkenaan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.

Firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah patut bagi manusia apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka." (Surah al-Ahzab ayat 36). Kepada remaja, sedarlah hidup pada zaman remaja hanya sementara. Pilihlah kehidupan yang baik. Pilihlah kawan yang baik. Anda sudah cukup bijak memilih. Anda bertanggung jawab ke atas perbuatan anda. Jangan salahkan sesiapa atas tingkah laku anda.

Kepada ibu bapa jika berlaku perkara yang tidak diingini, sama-sama pikul tanggungjawab. Jangan biarkan remaja bersendirian. Sedangkan Nabi maafkan umatnya. Jangan pula ditambah dosa dengan membiarkan remaja melakukan pembuangan bayi yang dilahirkan. Jika anda rasa bayi berkenaan malu dan menyusahkan, anda berhubunglah dengan anggota kebajikan masyarakat yang bertanggungjawab dan memahami masalah anda. Ramai ibu bapa lain yang memerlukan bayi untuk dijadikan anak angkat.


INFO : Credit To Harian Metro
More about → Gejala Jahiliah Moden