Solat Jumaat |
Solat Jumaat adalah antara kelebihan yang diberikan khusus oleh Allah kepada umat ini yang akan memberikan kejayaan melalui kemuliaan yang ada pada hari tersebut.
Al-Bukhari & Muslim meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah ra :
"..Kemudian hari ini ( Jumaat ) adalah hari yang ditetapkan kepada mereka ( Yahudi dan Nasrani untuk mendekatkan diri kepada Allah ), tetapi mereka tidak mahu menerima, lalu Allah memberi petunjuk kepada kita ( agar menerima hari tersebut ). Hari bagi Yahudi ialah esok ( Sabtu ) dan bagi Nasrani pada hari lusa ( Ahad ).
Solat Jumaat difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi berhijrah tetapi tidak dapat dilaksanakan di Makkah disebabkan ketidakmampuan umat Islam berhimpun bagi mendirikannya.
Orang pertama yang menghimpunkan orang ramai bagi mendirikan Jumaat di Madinah sebelum Nabi berhijrah ialah As'ad bin Zurarah sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud.
Hikmah disyariatkan
Jumaat menjadi pertemuan mingguan umat Islam dalam sebuah kampung atau penempatan pada satu tempat iaitu di masjid.
Umat Islam bertemu untuk nasihat menasihati, menambahkan perpaduan dan tanggungjawab. Menambah rasa kasih sayang dan berkenal-kenalan. Juga menjadikan umat Islam peka dengan peristiwa semasa yang berlaku setiap minggu.
Hubungan mereka dengan pemimpin yang sepatutnya bertindak menjadi khatib dan pemberi nasihat kepada mereka dapat diperkuatkan.
Solat Jumaat merupakan muktamar mingguan; pada hari tersebut umat Islam bertemu dalam saf di belakang pemimpin yang menjadi Imam dan Khatib mereka.
Oleh itu, renunglah bagi maksud sabda Nabi saw bagi orang yang memandang ringan terhadap kepentingan solat Jumaat :
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali disebabkan memandang ringan terhadapnya, maka Allah memeterikan hatinya.
Dipetik dari Kitab Fikah Mazhab Syafie Juz 1. Tulisan Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji
Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ( ke masjid ) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan perniagaan. Demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” ( Al-Jumu'ah : 9 )
{ 5 comments... read them below or add one }
saper yg tak pergi tu elok suruh sunat lagi sekali huhu..pantang tul tngk laki tak pi solat friday ni huhu
Nice one!, Visit my latest, goin' to touch ur heart, hopefully ;D
@POSH76 Sunat lagi sekali =.=
kasikan diorg.. huhu
en.hariz,cik shabah nak tnya bole?kalo kaum hawa yg pegi solat jumat ni cne eh?cik shabah mushkil sket part yg ni.
*cik shabah da sehat tanpa memakan obat-obatan.he3 =)
nice entri..boleh gak kalu hariz masukkan hukum dengar khutbah time solat jumaat sebab kadang2 orang laki ni pi time nak2 solat je...huhu :)
Post a Comment