Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hariz
Hariz ingin berkongsi dengan pembaca. Mengenai
Ingat Mati Untuk Hidup!
Sebenarnya, orang yang mengingati mati, akan dianugerahkan dengan kehidupan. Orang yang melupakan mati akan mati sebenarnya. Mati hati sebelum mati jasadnya.
Dengan mengingati mati, kita akan sentiasa bersedia untuk meningkatkan amalan, memelihara diri dari dosa dan juga akan sentiasa mengajak orang lain membuat kebaikan.
Orang seperti ini akan sentiasa berusaha menyahut seruan Allah dan Rasul, dan jika kita menyahut seruan Allah dan Rasul, maka kita akan dianugerahkan dengan kehidupan sebenar. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-
Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan (surah al-Anfal ayat 24).
Hari ini, kenapa banyak manusia yang hidup tetapi jahat? Ia disebabkan dia tidak hidup sebenarnya, pada hakikatnya dia mati dan tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.
Itu yang berlaku hingga terjadinya kes pembuangan bayi, rogol, bunuh dan sebagainya.
Selagi mana mereka tidak menerima panggilan Allah, selagi itulah mereka tidak akan memperolehi kehidupan yang baik. Di dalam al-Quran Allah menyatakan lagi:-
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (839) dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (an-Nahli ayat 97)
Kita akan diiktiraf hidup oleh Allah jika kita beriman dan beramal soleh.
Semoga, kita sentiasa dianugerahkan hidup oleh Allah, dan jangan sampai kita mati sebenarnya, tetapi tidak perasan kita sedang mati.
PH : Ingat!!! Mati Untuk Hidup :)
{ 24 comments... read them below or add one }
hey, thanks view my blog!
and i view urs! ;)
amin...
hidup ni menuju mati... tapi ada yang lupa akan mati.. sedangkan kita perli ingati mati banyak2 dalam sehari... kan.. huhu ape nak jadi manusia sekarang ni...
betul tu hariz..kadang ni mnusia selalu lupa ngan kematian..sbb tu slalu buat kemungkaran..moga Allah akan segera beri petunjuk kat kita supaya tidak tersasar kan...hehe
@ardinihumaira Hehehe ye tapi saya sendirik yang tak ingat mati
dengan ini saya ingatkan diri saya serta rakan2 :)
@Ckin Kembaq Amin..
InsyaAllah~
apa jua yg kita lakukan didunia sebenarnya adalah untuk dibawa kelak ke akhirat. semoga setiap apa yg kita lakukan menjadi amal dan diterima allah :D
mmg betoi...tp masih ramai lg yg lupa & lalai...
semoga kita sentiasa dianugerahkan hidup oleh Allah.
amin. :)
mmg le..sbb tu kna saling mengingati kan..
insya-allah kita termasuk dlm golongan orang2 mukmin .
amin ya rabbal alamin..
haa...brsempena ngan nisfu syaaban hari ni banyak2kan lah istighfar naa...kalu tak smpt nak niat puasa pagi tadi,try istighfar byk2 and banyakkan baca Al=Quran...mana tau dosa kita akan diampunkan...insyaAllah..
like en3 nie.....tapi sayangnye orang yang suka buat jahat xbaca en3 nie...ner sempat nak baca kan,banyak benda jahat dalam otak dok nampak...just pendapat je...
setuju 200% heheh
huuuuu... moga2 kita sentiasa ingat mati
InsyaAllah Amin Ya Alllahhhh
Semoga kita termasuk ke dlm golongan yg sentiasa beringat ... Amin!!
dunia akhir zaman..
kbykn manusia lupa akn dosa dan phala
serta Maha Penciptanya..
wah
entry yang bagus
thumbs up untuk hang
moga2 ramai mendapat kesedaran selepas membaca
P/S : Rajnikanth Nak Datang Malaysia? Biar Betul?? Nak Kena Pergi Jumpa Nih!
beringat sebelum harinya tiba...
semoga apa yang dipaparkan akan menjadi peringatan kepada semua...amin
Amin Ya Allah...
Semoga Hati Kita Didekatkan Dengan Pencipta
thx bro sebab mengingatkan aku yang kadang-kadang lupa diri ni :)
aminnnn~~
byk pengetahuan yg nana dpt~ :)
thanx mengingati~ :)
thanks for the nice reminder and input... :)
mati itu pasti...
tp...adakalanya..sy pun tk ingt mati..huhu..
jom ke APA KATA HATI pulak,
DEAR FOLLOWERS
Post a Comment