Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”
Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….
“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)
{ 13 comments... read them below or add one }
Entri yang cukup indah. Sungguh cantik Islam itu. Suka sesuatu yang mendekati Tuhan-Nya. Dan menyebarkannya kepada manusia ;p
Sharing is caring.
@aZLiNa aZiZ InsyaAllah
Semoga Bermanfaat :)
semoga penulis sentiasa hidup dibawah rahmat-NYA:)
thanks for entry y mengingatkan sy ttg malam nisfu syaaban.ehe
http://nazirulhazwanws.blogspot.com/
ade entry baru :) check it out
great entry..semoga dgn lembaran buku baru ini,kite sama2lah perbanyakkan amalan utk bekalan akhirat..amin..=]
jom bace yassin ..=]
blog ni y paling actv kan ,, hehe follow.. =)
teruskan memberi info ilmiah cengini ...
@K2r~90 InsyaAllah Selagi Termampu :)
semoga kehidupan kita umet Islam diberkati Allah swt..
Terima kasih kerana mengingatkan. Aku melayu yang mudah lupa.
nice nice info~~!!! thanks tmbahkan ilmu aku
tenangnya saya baca entri ni.. terima kasih :)
dah buka buku baru.
hurm, mane banyak eh ? bahu kiri ke kanan ? hmmmm
@miss lolly a.k.a luvfareda Wallahualam
Rasanya Buku lama banyak kiri
semoga buku baru ini lebihkan kanan
InsyaAllah~
Post a Comment