31 Julai @ Hari Pahlawan

Posted by Hariz on Saturday, July 31, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Bersyukur ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan umur kita.
Selamat berhujung minggu sabtu.
Tahukah anda? 31 Julai merupakan Hari Pahlawan di Malaysia

Hari Pahlawan (Heroes' Day atau Warriors' Day) merupakan satu hari khusus 
untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan mempertahankan tanah air di 
beberapa negara. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang 
pahlawan, atau hari kepahlawanannya.

Pada 31 Mac lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa 
lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai 
akan dipindahkan ke Putrajaya.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh 
Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini 
yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai 
patung menyerupai manusia.

“Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri 
tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, 
Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

“Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan 
disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

PH : Begitu Besar Pengorbanan Pahlawan Kita.

{ 11 comments... read them below or add one }

kyo_9 said...

err.. jadi tugu tuh masih ade ke dah dirobohkan ek?

Gayahspears said...

teringin nak jd cam tugu tu..huhu

ardinihumaira said...

perwiiiiiraaaa..
dikaulah lalalala...
e eh dni nyanyi lak :D


kat khutbah jumaat semalam ada cite tentang hari pahlawan ni kan...----> bila masa dni g solat jumaat ni haisyyyy

senandung semalam said...

tq wahai perwira2..
sye syg anda..
;)

Cikbelog said...

terima kasih pahlawankuu~

Miss N™ said...

Sedekahkan Al-fatihah pada mereka yang telah terkorban demi negara kita..!

Al-fatihah..

Imran Azman said...

kita patut rasa berterima kasih kepada mereka~.. Alhamdulillah...

FCUTEAM said...

mereka berjasa besar... cuma kita sekarang ni hidup mau komplen sana sini.. ^__^ tul tak.. haaha




Aiz latest entry
Kes Rasuk beramai-ramai di PLKN

Hariz said...

@kyo_9 tugu masih ade cuma tmpt je diorg pindahkan :)

Hariz said...

@ardinihumaira wao dni solat jumaat :)
bagus2 Hehehe :P

Hariz said...

@senandung semalam sama2 saya sayang anda jugak :P

@dunspeak sama2

@Nurcita2 Al-fatihah....

@Imran : Ya betul2 alhamdullilah

@Aiz ya aiz tanpa mereka tiada kita di sini..

Post a Comment