
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bersyukur ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan umur kita.
Selamat berhujung minggu sabtu.
Tahukah anda? 31 Julai merupakan Hari Pahlawan di Malaysia
Hari Pahlawan (Heroes' Day atau Warriors' Day) merupakan satu hari khusus
untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan mempertahankan tanah air di
beberapa negara. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang
pahlawan, atau hari kepahlawanannya.
Pada 31 Mac lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa
lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai
akan dipindahkan ke Putrajaya.
Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh
Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini
yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai
patung menyerupai manusia.
“Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri
tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan,
Polis Diraja Malaysia dan Jakim.
“Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan
disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.
PH : Begitu Besar Pengorbanan Pahlawan Kita.