Tidur awal dapat atasi perubahan iklim

Posted by Hariz on Friday, June 25, 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
pada entri kali ini hariz ingin berkongsi
dengan artikel yang hariz baca dari harian metro..
haa... tidur awal dapat atasi perubahan iklim


TOKYO: Penduduk Jepun digalakkan tidur sejam lebih awal daripada biasa
bagi membantu menyeimbangkan perubahan iklim.
Kerajaan Jepun melancarkan kempen menggalakkan penduduk tidur dan
bangun lebih awal bagi mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dalam isi rumah.
Kempen Cabaran Pagi dianjurkan Kementerian Alam Sekitar itu dibuat
berdasarkan premis yang menjimatkan kegunaan elektrik pada waktu malam dan
menggantikannya dengan pancaran cahaya matahari dapat mengurangkan
pembebasan karbon dioksida di negara itu.

Berdasarkan kempen, sebuah keluarga mampu mengurangkan pembebasan
karbon dioksida sebanyak 85 kilogram (kg) setahun jika setiap
orang tidur dan bangun sejam lebih awal.
Kuantiti pembebasan karbon dioksida yang dapat dijimatkan apabila
sebuah keluarga itu tidur sejam lebih awal bertepatan dengan 20 peratus
pengeluaran tahunan karbon dioksida daripada kegunaan elektrik.
Kebanyakan rakyat Jepun membazirkan elektrik pada waktu malam dengan
menonton televisyen hingga lewat malam, jurucakap kementerian
melaporkan kepada The Daily Telegraph. – Agensi

Sumber : Harian Metro

PH: Harap selepas ini malaysia pun melancarkan kempen tidur awal
agar dapat mengurangkan pembebasan karbon dioksida..
Jadi Apa Lagi.... :)

{ 4 comments... read them below or add one }

Mr.J said...

Dapat ke tiduerawal time deman Bola nih.>~

www.pengeRindu.com

Hariz said...

Bhahaha.. Itulah Bro c(:

Anonymous said...

ye ke :-?

Hariz said...

Haruslah Ini Fakta :)

Post a Comment