Lesen judi Piala Dunia tidak akan dikeluarkan: Najib

Posted by Hariz on Saturday, June 26, 2010

2010/06/25

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan judi Piala Dunia kepada
Ascot Sport Sdn Bhd (Ascot Sport) dan keputusan itu disokong sebulat suara
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu mengambil kira pandangan
masyarakat keseluruhan selain dari segi agama dan kesan kepada politik.

"Selepas mengambil kira semua pandangan, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat
tidak setuju lesen itu diberikan kepada Ascot Sport.

“Oleh itu saya mengumumkan kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen itu tidak
akan dikeluarkan dan keputusan ini disokong sepenuhnya oleh MT," katanya selepas
mempengerusikan mesyuarat MT di sini, malam tadi.

PH: Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.
Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.
Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.
Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.
Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

{ 4 comments... read them below or add one }

hans said...

bagus lah tu

Hariz said...

Itulah.. :)

Azhari said...

tak silap kawan ada terbaca dalam paper dlu, judi berleluasa punca kerajaan china atau hongkong dikawal oleh booke2

Hariz said...

Iye Azhari...
Lagipun Allah Dah Mengatakan Judi Itu Harap..
Segala Yang Allah Halang Itu Memang Membawa Kepada Keburukan...

Post a Comment