Bulan Gerhana

Posted by Hariz on Thursday, June 24, 2010



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog Hariz..
Pada entri kali hariz ingin berkongsi dengan pembaca dengan apa yang Hariz
baca di hmetro mengenai Gerhana Bulan Sabtu Ini iaitu Pada 26 Jun 2010 nanti,
akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak
dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir.
Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut,
ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Baik sebelum itu hariz menceritakan serba sedikit bagaimana
Gerhana bulan boleh berlaku...
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.
Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama,
dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama,
atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung
pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.


Petikan Artikel Dari Hmetro
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa
antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.

Gerhana bulan itu akan bermula jam 4.57 petang tetapi
orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan
penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.

Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada jam 7.22 malam,
kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa), semalam.

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh
dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Januari lalu.

Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam
menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam
hingga 10 malam di planetarium Negara.

PH: Siap sedia kamera DSLR anda. Fenomena gerhana merupakan satu kejadian langit yang amat mudah untuk dirakam.

{ 4 comments... read them below or add one }

Cik Yana said...

waa~
da rmai la follower cik hariz,,
blog pun makin smart,,
;))

Hariz said...

Xdelah Cik Yana..
Hariz Masih Dalam Proses Pembelajaran :)
Banyak benda yang xtahu nie :)

Anonymous said...

byk bnda xtahu..u copy n ikot jer brita dlm paper..ha3

Hariz said...

Bhahaha..
Kenalah Ikut Isu Semasa :)
Jika Tidak ketinggalan Bagaimana Nak Ambek P.AM ~

Post a Comment