Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Hariz.
Tinggal kenangan penjara pudu yang telah berdiri teguh selama 118 tahun,
mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892.
Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800-an).
Sekeras-kerasnya Hariz amat tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dewasa ini..
Bangunan Sejarah dirobohkan.. Sistem pembelajaran UPSR PMR ingin digubal?
Tidakkah sepatutnya pihak kerajaan perlu mengubal sesuatu yang baru?
bukannya buang khazanah negara sebelum kelahiran kita..
Petikan Daripad Harian myMetro
KUALA LUMPUR: Ribuan penduduk ibu kota berkumpul di hadapan Penjara Pudu, menghadap Jalan Pudu, di sini,
bagi menyaksikan operasi bersejarah merobohkan tembok penjara berusia lebih 100 tahun sejak kira-kira jam 9 malam tadi.
Malah, ramai penduduk memenuhi pekarangan penjara yang menyimpan seribu kenangan itu
meskipun kerja meruntuh oleh Tetuan Pertama Makmur Sdn Bhd hanya memulakan operasi tepat jam 10 malam.
Ada pihak yang mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pintu masuk penjara dan tidak kurang juga
merekod detik dua jentolak memulakan aksi meroboh tembok di bahagian menara kawalan penjara. Dalam pada itu,
kelihatan beberapa orang ramai mengutip serpihan batu tembok sebagai cenderahati kenang-kenangan.
Pelukis Pelan, Ramlan Osman, 44, berkata dia memang berhajat mengambil serpihan batu tembok Penjara Pudu
untuk koleksi peribadinya. “Saya datang semata-mata mengutip serpihan batu tembok ini kerana ini saja
kenangan ada selepas Penjara Pudu dimusnahkan,” katanya. Tembok Penjara Pudu sepanjang 394 meter dengan
ketinggian 4.5 meter terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kerja pembinaan laluan bawah tanah dan
pelebaran jalan raya di persimpangan antara Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah.
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
2010/06/22
Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya,
janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita..
Seorang pelancong dari Filipina, Farancisco B. Lopez, 49, berkata
Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti
penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.
"Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini merupakan
salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada
era (penjajahan) Britain pada tahun 1800," katanya. BERNAMA
Apa pendapat anda? Bukankah negara telah kehilangan sebuah binaan peninggalan sejarah?
PH: Selepas ini apakah yang bakal digubal? dirobohkan? dan dilakukan..
Wallahualam...
{ 3 comments... read them below or add one }
Urmm..
saya bersetuju dengan pandangan anda..
Sewajarnya tinggalan ini dijadikan bahan sejarah untuk generasi akan datang.. Bukan sibuk memikirkan pembangunan baru.. Bangunan lama ni, tinggi nilainya pada negara..
Ya, mungkin ada yang mengatakan perobohannya sesuatu yang wajar atas alasan penjara itu berhantu dan sebagainya, tetapi saya sendiri agak terkilan memandangkan saya sendiri tak pernah melihat penjara pudu itu..
Itulah Cik Sara..
Saya amat sedih dengan apa yang berlaku sekarang ini..
sepatutnya mereka pelihara penjara itu seperti
melaka dan pulau pinang..
umurnya sudah 1 Abad... sedih2..
tapi apa boleh buaT?
sebuah nostalgia milik Kuala Lumpur sudah pun lenyap di bawah runtuhan batu dan pasir.
Aiz Batu Campur - Tips Nak Tahu Anda Seorang Paranormal
Post a Comment