Showing posts with label ucapan raya aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label ucapan raya aidilfitri. Show all posts

Pos Kad Raya Hanya 50 Sen

Posted by Hariz on Wednesday, August 18, 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Kad Raya. Sudah sinonim bagi setiap musim perayaan. Tidak Kira Musim Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. 
Sebut sahaja perayaan pasti akan ada Kad.
Kad Raya untuk apa? Sudah Pastinya ia adalah untuk ucapan sempena perayaan.
Walaupun dunia sudah maju dengan pelbagai inisiatif untuk beri ucapan kepada keluarga dan sahabat handai kita.
Lebih indah orang cakap guna kad macam surat kan? 
Kena beli kad, kemudian kena tulis dan pergi ke pejabat pos.
Biar rumit baru bermakna kan?

Sebenarnya Hariz nak kongsi dengan rakan-rakan semua.
Pejabat Pos Malaysia buat promosi sebanyak 25 % bermula 1 Ogos lalu hingga 28 Februari tahun depan itu adalah bagi mana-mana destinasi di seluruh negara.

KUALA LUMPUR – Hanya 50 sen dikenakan bagi orang ramai menghantar kad ucapan perayaan dalam pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50 gram.
Harga biasa yang dikenakan adalah 70 sen.
Kadar promosi 25 peratus oleh Pos Malaysia yang bermula 1 Ogos lalu hingga 28 Februari tahun depan itu adalah bagi mana-mana destinasi di seluruh negara.
Ia meliputi empat perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.
Ketua Sokongan Operasi Pos Mel, Zaidi Hussain berkata, promosi satu kadar rata yang julung kali diadakan itu dijangka dapat menggalakkan orang ramai khususnya generasi muda untuk menghantar kad ucapan.
“Penghantaran kad ucapan pada masa ini semakin berkurangan berikutan perkembangan teknologi Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Kita yakin dengan promosi hebat ini, lebih banyak kad ucapan perayaan kepada rakan dan keluarga akan dihantar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
PH : Jadi Tunggu Apa Lagi? Meriahkan Ucapan Dengan Kad Raya
More aboutPos Kad Raya Hanya 50 Sen