Terumbu karang Malaysia mula mati

Posted by Hariz on Thursday, July 22, 2010


LANGKAWI - Sebanyak 12 lokasi pelancongan - sembilan pulau taman laut dan tiga pulau lain yang kesemuanya di Kedah, Terengganu dan Pahang - terpaksa ditutup sehingga 31 Oktober ini berikutan kejadian pelunturan karang.

Fenomena yang menunjukkan tanda-tanda karang tertekan dan mungkin akan mati itu semakin meluas, malah ia mencapai status 90 peratus bagi sesetengah kawasan terumbu yang terjejas.
Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Abdul Jamal Mydin berkata, antara lokasi itu ialah Teluk Wangi, Pantai Damai dan Coral Garden di Pulau Payar di sini.
Beliau menambah, di Terengganu, kawasan yang terjejas ialah sembilan lokasi di Pulau Redang, dua di Pulau Perhentian Besar serta masing-masing satu di perairan Pulau Lima dan Pulau Tenggol.
Di Pahang, tiga lokasi yang dikenal pasti terletak di Pulau Tioman, Pulau Chebeh dan Pulau Tulai.
Pada masa yang sama, tiga pulau lain di Pahang iaitu Pulau Rengis, Pulau Tumok dan Pulau Soyak turut ditutup.
"Ini adalah kali kedua berlaku kelunturan karang dan ia lebih teruk berbanding kes pertama kali semasa fenomena El-Nino pada 1998,'' kata Abdul Jamal pada sidang akhbar di sini semalam.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Abdul Jamal berkata, antara punca berlaku kelunturan karang di semua perairan itu ialah pemanasan global.
Tambahnya, serentak dengan itu, sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan dengan disertai pelbagai jabatan termasuk Kementerian Pelancongan, Jabatan Kerja Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan badan-badan bukan kerajaan.
Abdul Jamal berkata, setiap tahun taman laut di Malaysia dikunjungi lebih 500,000 pelawat dalam dan luar negara.
Beliau juga mengumumkan langkah mengehadkan jumlah pelawat ke Taman Laut Pulau Payar daripada 400 orang kepada 200 orang sehari bagi mengurangkan tekanan terhadap terumbu karang.
Sumber : Kosmo!
PH : Macam-Macam Benda Dah Pupus Sekarang Ini.. =.=

{ 9 comments... read them below or add one }

durrah said...

terumbu karang kat pulau tioman tu dahla cantik.. mmg tak jaga lam sekitar betul lah manusia zaman sekarang ni...

Amal Asyura said...

abis tourism malaysia

tiafazunia said...

'______'

pemanasan global pon effect kt karang ?
*sigh

My MiRa said...

akhir zaman la katakan..

Hariz said...

Itulah..
Pemanasan Global Begitu Memain Peranan Pada
Kehidupan Di Bumi~

tyra raudah said...

ya ALLAH..:'(

Hariz said...

@tyra raudah Itulah Kenyataan Yang Perlu Terima..

Cipina said...

dah jadi baru nak ambil tindakan.


Jom tengok gambar sampai muntah..

zara aluwi said...

Salam,

Litofit yg berwarna biru itu, tapak sulaiman ke? atau ada nama lainnya. Rasanya, tapak sulaiman inilah yang memusnahkan terumbu karang. Jom cari litofit ini...

Post a Comment