HADITH MENGENAI WANITA

Posted by Hariz on Friday, July 30, 2010







1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 

Sekian, Wallahu a'lam.
Sumber ILuvIslam
PH : Jika para pembaca mendapati mana-mana hadis di bawah adalah hadis palsu @ bukan hadis,mohon diperbetulkan di bhgn komen. Terima kasih.

{ 17 comments... read them below or add one }

Sharinginfoz said...

memang kagum dengan wanita yang beragama

ardinihumaira said...

no 19---> ujian tu kebanyakannya menyebabkan ibubapa menyisihkan anaknya kan? kebanyakannya la...

Gayahspears said...

terbaik.. mmg bagus sgt wanita sepeti itu...

senandung semalam said...

sye ske jd perempuan...
;)
n akn uasaha perbaiki dri...

Bukan Eciz said...

alangkah bagusnya jika bonda ku membaca ini. dia serupa membenci anak perempuannya ini....

cik shabah said...

tak sabar nak mengandung...*ha3,tetiba je*

Unknown said...

perghhh...detail~nak cari yg fit the bill...tapi agak2nya aku mcm tak layak je~huhu
Latest post:Inikah pujian?

miss lolly a.k.a luvfareda said...

eciz, kenapa cakap gitu syg ?


cube menjadi yg terbaik untuk diri dan agama :)

nuriz said...

cuba menjadi yang terbaik..dari hari ke hari..walau tak banyak sikit2 dulu..betul dak prof

yanmie said...

Thanks for sharing :)

Hariz said...

@Bukan Eciz Kamu Jangan Cakap Camtuh Ye :) InsyaAllah jika amalkan apa yang dituntut oleh islam
segalanya terbaik
banyakkan berdoa :)

Hariz said...

@nuriz Ye Betul Tuh Biarkan yang sikit itu berpanjangan ye

Hariz said...

@senandung semalam Amin Ya Allah

Hariz said...

InsyaAllah Semoga Bermanfaat :)

nabilah_2908 said...

bertuahnya menjadi wanita... :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
AWSOME PHOTOGRAPHY - PART 2

Jannah said...

salam penulis,

pertama kali jejak ke sini.best blog ni.teruskan menulis. :)

tapi kena hati2 jugak la apabila kita mencoret sesuatu apatah lagi bila kita menyandarkan ia pada Rasulullah saw.kalau yang ditulis tu tidak benar,maka kita ni dikira berdusta atas nama Rasulullah yg bakal menyebabkan kita masuk neraka.

utk selamat,kita tak perlu tulis apa yang kita tak tahu jika ia melibatkan agama. :)

Hariz said...

@Jannah Salam :)
ye terima kasih atas ingatan anda :)
semoga sama2 diberi pentjk oleh illahi

Post a Comment