Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Pawagam Ke? Kedai Mamak?

Posted by Hariz on Sunday, July 18, 2010


17Jul Sabtu Hariz pergilah suatu tempat di  Kedah pergi tengok movie
MANTRA! Ya Allah.. bertapa hapraknyer wayang. sound system teruk.
Gambar takde kualiti. sit macam kedai mamak dan &*@(&!)!@#!&. 

Dah Le tiker harga sampai RM9. Eeeeeeee!
Ikutkan hati nak je bakar wayang itu. Uhhhh!


Memang marah benar Hariz. Kalau bab-bab keluarkan duit poket.
Hariz perlukan kepuasan. Walau pada dasarnya kawan yang 
berlanja Hariz dan kawan-kawan 

Hariz tertanya-tanya bagaimana penduduk di.. Boleh tengok movie?
dalam keadaan sebegitu indah bagaikan di *****





PH: Biarlah CONCESSION Pertama dan Terakhir.
More aboutPawagam Ke? Kedai Mamak?

Lagenda Budak Setan TERBAIK!!!!!!!!

Posted by Hariz on Saturday, June 5, 2010



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Okeh kawan2.. Hariz dah pergi tengok movie Lagenda Budak Setan di Sunway Carnival
dengan kawan Hariz.. Tiket Hariz pada pukul 9.20p.m Sebelum itu Hariz tengok Movie Kecoh Betul pada pukul 7pm. . Pada pendapat Hariz.. Lagenda Budak Setan Memang Terbaik..
Kena dengan jiwa Hariz... Kepada kawan-kawan yang masih belum tengok lagi filem LAGENDA BUDAK SETAN.. Pergilah tengok.. Tak rugi pun...
Untuk korang yang tak pernah baca novel Budak Setan, ini ada sedikit sinopsis tentang filem Lagenda Budak Setan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Nasihat Hariz, jangan lupa bawak tisu secukupnya semasa menonton filem ini nanti.

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

More aboutLagenda Budak Setan TERBAIK!!!!!!!!