Showing posts with label Bomoh Bertindak. Show all posts
Showing posts with label Bomoh Bertindak. Show all posts

Cinta Ditolak, Bomoh Bertindak

Posted by Hariz on Monday, June 28, 2010

"Cinta Ditolak, Bomoh Bertindak"
Sudah menjadi sinonim dengan pepatah ini bagi sebahagian remaja 
yang mabuk asmara..


Ada dua perkara yang perlu kita sangkal dalam slogan ini. 
Pertama, cinta yang salah penerapan. Ketika orang berbicara tentang cinta, 
maka yang terfikir di otak para remaja adalah couple, dating, tengok wayang, 
dan macam-macam lagi kegiatan yang mendekati zina. 
kedua, ketika kepentingan hawa nafsu mereka tidak terpenuhi, maka automatik mereka lari kepada 
para dukun yang menceburkan mereka ke dalam dosa yang jauh lebih berat iaitu 
syirik dan kekafiran. Ini tidak jauh dengan ungkapan, "Lepas dari gigitan singa, terjatuh ke mulut buaya". 




Allah SWT berfirman (yang ertinya), “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia berkenan mengampuni dosa lain di bawah tingkatan syirik bagi orang yang dikehendaki-Nya.” (An-Nisaa’: 116).




Inilah sekelumit gambaran tentang dunia ramal meramal dan perbomohan yang telah meracuni atmosfera kehidupan. Jalan keluar darinya adalah dengan kembali  kepada bimbingan al-Quran dan as-Sunnah yang menuntun kita untuk mencuci bersih hati kita dari segenap kotoran keyakinan..


PH: Perlukah lakukan perkara sebegini? hanya cinta manusia ditolak?



More aboutCinta Ditolak, Bomoh Bertindak