Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN ? Tahniah diucapkan sekiranya anda merupakan salah seorang daripada calon yang bakal menduduki peperiksaan online Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Gred 41. Memandangkan tarikh peperiksaan semakin hampir, tentunya anda sedikit sebanyak ada mengharapkan supaya hadirnya bantuan saat akhir yang boleh anda dapatkan terutamanya bagi membuat ulangkaji atau persediaan menduduki peperiksaan ini.
Suka untuk saya ingatkan bahawa format peperiksaan kali ini agak berbeza daripada peperiksaan lepas. Dengan adanya kewujudan satu seksyen baru dalam format terkini peperiksaan ini, pastinya keupayaan calon akan diduga hebat bagi memastikan hanya yang benar-benar bersedia sahaja berpeluang untuk lulus. Sekiranya anda di sini untuk memanfaatkan masa yang ada bagi membuat persediaan akhir sebelum peperiksaan, tahniah diucapkan kerana anda memang sedang berada di halaman yang sepatutnya!
Kategori Soalan-Soalan Yang Bakal Ditanya Dalam Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN
Dalam peperiksaan kali ini, terdapat beberapa pecahan bahagian soalan yang bakal diajukan kepada para calon. Berikut merupakan penerangan kepada beberapa bahagian berbeza dalam soalan peperiksaan yang bakal anda hadapi, beserta dengan contoh-contoh soalan yang bakal ditanya serta cara-cara bagaimana anda boleh menjawabnya dengan tepat :
Seksyen A : Pengetahuan Am
Tempoh masa : 40 minit
Masa peperiksaan bermula : 8.00pm
Masa peperiksaan tamat : 8.40pm
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Tempoh masa : 50 minit
Masa peperiksaan bermula : 8.55pm
Masa peperiksaan tamat : 9.45pm
Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Seksyen terbaru bagi sesi peperiksaan tahun 2017)
Tempoh masa : 20 minit
Masa peperiksaan bermula : 10.00pm
Masa peperiksaan tamat : 10.20pm
Pastikan anda bersedia dengan setiap turutan kategori yang bakal anda hadapi semasa peperiksaan berlangsung nanti. Sekarang mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang format soalan, bentuk soalan dan cara menjawab yang tepat bagi setiap seksyen tersebut. Adalah sangat elok sekiranya anda betul-betul memahami setiap penerangan di bawah supaya tidak timbul perasaan gementar atau kurang keyakinan semasa menjawab peperiksaan nanti.
Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen A : Pengetahuan Am
Bagi Seksyen A peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN, calon-calon akan diduga dengan bentuk soalan berupa pengetahuan am terhadap negara Malaysia. Soalan-soalan yang bakal diajukan bukan sahaja dalam skala am, malah soalan rumit yang terperinci juga akan akan anda hadapi, selain daripada soalan yang berkisar kepada perihal keadaan sekeliling anda. Format soalan bagi Seksyen A : Pengetahuan Am bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN terdiri dalam bentuk soalan objektif atau multiple choice questions di mana anda akan mempunyai aneka pilihan jawapan dan keupayaan anda akan diuji apabila anda harus bijak memilih jawapan yang paling tepat, sama ada pilihan jawapan A, B, C atau D.
Contoh-contoh soalan dalam Seksyen A : Pengetahuan Am bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN adalah seperti yang tertera di bawah :
1. Cukai kepenggunaan semasa adalah:
i. Cukai jualan
ii. Cukai pintu
iii. Cukai tanah
iv. Cukai perkhidmatan
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
(jawapannya adalah B. i dan iv)
2. Cukai Jualan diperkenalkan pada
A. 3 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 1 April 2015
D. 29 Februari 1972
(jawapannya ialah: D. 29 Februari 1972)
3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?
A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
(jawapannya ialah: A. Kementerian Kewangan)
4. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?
A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang
(jawapannya ialah: B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara)
Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B dalam peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN akan menguji anda dalam aspek memahami permasalahan yang dinyatakan serta seterusnya menduga kebolehan anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Soalan-soalan dalam seksyen kedua ini bertujuan untuk menguji kebolehan analitik para calon dan kemampuan menyelesaikan masalah terutama dalam kekangan masa yang singkat. Kebiasaanya soalan-soalan ini didatangkan dalam bentuk matematik dan juga soalan-soalan berasaskan logik. Seksyen ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kemampuan para calon berfikir secara kreatif dalam menganalisa permasalahan yang dihadapi seterusnya membuat keputusan yang paling tepat bersesuaian dengan kehendak soalan.
Contoh-contoh soalan dalam Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN adalah seperti yang tertera di bawah :
1. Dalam sebuah jabatan yang menpunyai 1,500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setip hari ialah
A. 1.33 %
B. 2.67 %
C. 4.00 %
D. 5.33 %
(jawapannya ialah: A. 1.33%)
2. Susun kembali huruf-huruf di bawah sehingga menjadi perkataan yang mempunyai makna dan pilih kumpulan bagi perkataan tersebut.
MASALAHH
A. Minuman
B. Makanan
C. Bandar
D. Kenderaan
(jawapannya ialah: C. Bandar, kerana MASALAHH sekiranya disusun semula akan jadi SHAH ALAM)
3. Pilih nombor yang terawal daalam susunan di bawah
18 27 36 45 54 63
A. 7
B. 8
C. 9
D. 10
(jawapannya adalah C. 9, kerana nombor-nombor tersebut adalah nombor gandaan 9)
Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kebiasaannya didatangkan dalam bentuk subjektif, Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan seksyen yang akan menguji sejauh mana kebolehan calon untuk memahami situasi yang diberikan dalam kedua-dua bahasa ini. Berdasarkan satu teks yang diberikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, calon akan diajukan soalan-soalan berkisarkan teks tersebut. Di sini, calon hendaklah berupaya memahami konteks teks yang diberikan bagi membolehkan calon menjawab soalan dengan tepat. Berikut merupakan contoh soalan dalam Bahasa Inggeris :
Contoh-contoh soalan dalam Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN adalah seperti yang tertera di bawah :
- In your opinion, why do you think that there are individuals in Malaysia do not own a house?
- The price of properties in Malaysia is continually growing year by year. What would you do if you have yet to purchase any property or have not owned a property?
- What is the highest Base Lending Rate (BLR) ever recorded?
- What are the drawbacks or liabilities that you will encounter if you are buying a house?
- If you were to buy a house, what sort of house would you prefer as a start, and why?
Kenapa anda wajib lulus peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN?
Sudah tentu anda menduduki peperiksaan dengan niat untuk lulus dengan cemerlang bukan? Sekiranya anda lulus peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini, anda bukan sahaja akan mendapat kenaikan pangkat dan menduduki tangga gaji yang baharu, malah anda juga akan menerima pengiktirafan sebagai Pegawai Eksekutif, di mana jawatan ini bukan sebarangan orang yang mampu mencapainya lebih-lebih lagi di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kejayaan anda dalam peperiksaan ini bukan sahaja bakal menjadi penentu rezeki anda dari segi gaji dan elaun yang lebih mantap, tetapi ia juga menjanjikan anda cabaran kerja yang lebih mendalam serta peluang untuk berkhidmat dengan lebih baik bagi kerajaan Malaysia.
Kenapa anda perlu bekerja dengan Kerajaan Malaysia?
Ini merupakan persoalan lazim yang banyak menghantui minda para penjawat tidak kira awam mahupun swasta. Mengapa perlunya saya berkhidmat dengan kerajaan Malaysia? Adakah tidak cukup apa yang saya perolehi di sektor swasta? Kelebihan apakah yang perlu saya bandingkan antara berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta? Sebenarnya, ramai yang memikirkan bahawa dengan jawatan yang sama di kedua-dua sektor ini, mereka mampu mendapat lebih pendapatan sekiranya berkhidmat dalam sektor swasta kerana gaji yang ditawarkan mungkin lebih tinggi. Walau bagaimanapun, tidak semua tahu dengan mendalam tentang kelebihan berkhidmat dalam sektor awam dan tidak ramai juga yang sedar tentang betapa banyaknya peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan di negara kita.
Tahukah anda bahawa kita mempunyai lebih daripada 20 kementerian dalam negara Malaysia, dan kiraan ini belum lagi meliputi sektor badan-badan beruniform seperti polis, tentera dan pertahanan awam. Berbanding sektor awam, memang menjadi kebiasaan bagi sektor swasta dengan menawarkan gaji permulaan yang sedikit tinggi tetapi dari segi kemudahan perubatan yang ditawarkan, pekerja sektor swasta hanya mendapat kemudahan ini bagi diri sendiri sahaja dan ianya mempunyai had tahunan. Begitu juga dengan elaun dan gratuiti di mana tidak semua sektor swasta akan memberikan kelebihan ini kepada pekerja mereka. Kenaikan pangkat juga tidak semudah yang diharapkan bagi pekerja sektor swasta berbanding di sektor kerajaan. Sektor swasta bertindak menggantikan kelebihan-kelebihan ini dengan memberikan gaji permulaan yang lebih tinggi. Jadi, apakah kelebihannya sekiranya anda bekerja dalam sektor kerajaan di negara ini?
Kelebihan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia
Terdapat beberapa kelebihan atau faedah-faedah tertentu yang bakal anda nikmati sekiranya berkhidmat sebagai staf kerajaan Malaysia :
Elaun rumah - sebagai penjawat awam, anda akan menerima elaun rumah setiap bulan bagi membantu meringankan beban membayar ansuran perumahan atau pun sewa rumah kediaman yang anda duduki
Elaun sara hidup atau COLA (Cost of Living Allowance) - sesuai dengan namanya, elaun ini dikhaskan bagi tujuan menyara kehidupan anda dan jumlah yang ditawarkan adalah berbeza mengikut tempat dan lokasi pekerjaan anda. Bertujuan untuk mengurangkan beban taraf hidup, sesetengah kawasan menawarkan elaun COLA yang tinggi bergantung kepada kawasan tempat kerja anda.
Kenaikan gaji secara konsisten - berbanding sektor kerajaan, sekiranya anda berkerja dalam sektor swasta kenaikan gaji anda bergantung kepada keadaan ekonomi, kadar keuntungan yang dinikmati oleh syarikat atau pun berdasarkan penilaian prestasi kerja tahunan anda. Terdapat juga pekerja sektor swasta yang tidak pernah merasa nikmat kenaikan gaji. Akan tetapi, sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, kenaikan gaji adalah secara konsisten setiap tahun bagi membantu anda menghadapi kos sara hidup yang berubah-ubah setiap tahun.
Faedah perubatan - sebagai penjawat awam, anda akan menikmati kemudahan perubatan percuma di semua klinik dan hospital kerajaan. Kemudahan ini bukan sahaja untuk anda seorang tetapi ia juga merangkumi pasangan anda sekiranya anda telah berkahwin, anak-anak anda sekiranya anda telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, dan juga untuk ibu bapa kandung anda. Bagi pekerja sektor swasta, faedah perubatan hanyalah untuk diri sendiri, mempunyai had dari segi peruntukan tahunan (RM) untuk kos rawatan serta kadangkala turut memerlukan pekerja membayar sendiri kos perubatan dan seterusnya membuat tuntutan di kemudian hari.
Simpanan hari tua - penjawat awam mempunyai pilihan sama ada untuk menerima pencen atau menyimpan dalam KWSP. Kebanyakan memilih pencen kerana ia berfungsi sebagai jaminan sumber pendapatan setelah bersara kelak.
Kemudahan pinjaman - penjawat awam diberi kemudahan untuk meminjam wang di bawah kerajaan Malaysia terutamanya bagi pembelian kereta dan rumah. Kelebihan ini merupakan sesuatu yang tidak mudah untuk didapati sekiranya berkhidmat dalam sektor swasta.
Selain itu, banyak lagi kemudahan yang boleh anda dapati sekiranya berkhidmat dalam sektor awam. Antaranya ialah bonus, peluang melanjutkan pengajian, peluang kenaikan pangkat dan banyak lagi yang tidak senang untuk anda perolehi dalam sektor swasta. Selain itu, berkhidmat dalam sektor awam juga boleh memupuk semangat bangga dan cintakan negara kerana tentunya anda ingin memberi yang terbaik buat Malaysia.
Kelebihan Berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
LHDN bertindak sebagai salah satu lembaga terpenting di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Fungsi utama LHDN adalah sebagai agensi yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara. LHDN merupakan ejen kerajaan yang berkhidmat dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan segala cukai lain yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian, LHDN amat memerlukan barisan penjawat yang berdisiplin dan amanah dalam menjalankan tugas agar misi dan objektifnya tercapai selaras dengan visi LHDN sebagai Pentadbir Cukai Terunggul Yang Menyumbang Kepada Pembangunan Negara.
Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
Sebagai calon peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41, tentunya anda berazam untuk membuat persediaan terperinci dan menyeluruh sebelum tibanya hari peperiksaan. Adakah anda bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang format-format, contoh soalan serta tips menjawab peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dengan betul?
Jangan lepaskan peluang akhir untuk anda dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 sekarang! Inilah jalan penyelesaian paling padat dan mudah yang sedang menanti anda, tunggu apa lagi? Rebut peluang ini sementara masa masih menyebelahi anda!
{ 3 comments... read them below or add one }
Terimakasih sudah sharing artikel ini, sangat batlgus dan menarik. Say tau gak kalau kita hidup pada era di mana anak-anak remaja tidak lagi bercita-cita menjadi guru, polisi, tentara, atau dokter. Banyak di antara mereka yang lebih memilih menjadi youtuber terkenal, freelancer, traveller dan pekerjaan aneh-aneh yang lain yang dirasa gak menjanjikan
Baca artikel menarik lainnya dari MantuIdaman Blog
- Tips Naik Bromo
- Generasi Milenial
- Wisata Kabupaten Semarang
- Wisata Sejarah Kabupaten Semarang
Salam hangat, dari
Latifah
Saya Pak:Laha Pengunjung Baru Di Blog Ini Ingin Mengucapkan Terima Kasih Banyak Kepada Aki Wali Sentono Karna Berkat Bantuan Pesugihan Putih Sebesar 250,Jt Yang Aki Berikan Saya Tidak Tau Harus Berbuat Apa Untuk Membalas Kebaikan Aki Wali Sentono Awalnya Saya Kurang Yakin Dengan Adanya Pesugihan Tapi Dengan Ekonomi Tidak Perna Bercukupan Di Tambah Hutang Lagi Menumpuk Sudah Berapa Banyak Paranormal Yang Saya Hubungi Tidak Ada Satupun Yang Berhasil Malahan Hutang-Hutang Saya Bertambah Banyak Cuma Aki Wali Sentono Yang Memberikan Hasil Melalui Bantuan Pesugihan Putihnya Akhirnya Saya Bisa Sukses Kini Kehidupan Saya Sudah Jauh Lebih Baik Dari Sebelumnya Ini Semua Berkat Bantuan Aki Wali Sentono Bagi Teman-Teman Semua Punya Masalah Ekonomi / Terlilit Hutang Mau Sukses Seperti Saya Silahkan Hubungi Atau Wa Di No. 0823-9369-4699 Aki Wali Sentono Atau Kunjungi Website Untuk Info Lebi Jelas >>=> [ KLIK DISINI PESUGIHAN UANG GAIB ] Saya Akui Beliau Paranormal Yang Bisa Di Percaya Karna Betul-Betul Memberikan Hasil Inilah Kisa Nyata Dari Saya Pak:Laha Tidak Ada Unsur Kebohongan Dalam Hal Ini Terima Kasih..
INFO PESUGIHAN UANG GAIB KLIK >>=> https://uanggaib999.blogspot.co.id
Saya Pak:Laha Pengunjung Baru Di Blog Ini Ingin Mengucapkan Terima Kasih Banyak Kepada Aki Wali Sentono Karna Berkat Bantuan Pesugihan Putih Sebesar 250,Jt Yang Aki Berikan Saya Tidak Tau Harus Berbuat Apa Untuk Membalas Kebaikan Aki Wali Sentono Awalnya Saya Kurang Yakin Dengan Adanya Pesugihan Tapi Dengan Ekonomi Tidak Perna Bercukupan Di Tambah Hutang Lagi Menumpuk Sudah Berapa Banyak Paranormal Yang Saya Hubungi Tidak Ada Satupun Yang Berhasil Malahan Hutang-Hutang Saya Bertambah Banyak Cuma Aki Wali Sentono Yang Memberikan Hasil Melalui Bantuan Pesugihan Putihnya Akhirnya Saya Bisa Sukses Kini Kehidupan Saya Sudah Jauh Lebih Baik Dari Sebelumnya Ini Semua Berkat Bantuan Aki Wali Sentono Bagi Teman-Teman Semua Punya Masalah Ekonomi / Terlilit Hutang Mau Sukses Seperti Saya Silahkan Hubungi Atau Wa Di No. 0823-9369-4699 Aki Wali Sentono Atau Kunjungi Website Untuk Info Lebi Jelas >>=> [ KLIK DISINI PESUGIHAN UANG GAIB ] Saya Akui Beliau Paranormal Yang Bisa Di Percaya Karna Betul-Betul Memberikan Hasil Inilah Kisa Nyata Dari Saya Pak:Laha Tidak Ada Unsur Kebohongan Dalam Hal Ini Terima Kasih..
INFO PESUGIHAN UANG GAIB KLIK >>=> https://uanggaib999.blogspot.co.id
Post a Comment