Yang Hidup Pasti Akan Pergi

Posted by Hariz on Sunday, August 1, 2010

Gambar Google

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, tak kira lah muda, tua, cantik dan lain-lain. 
Yang pasti! kematian pasti akan menjelma apabila tiba masa dan ketikanya..

Pada pukul 5.00pm tadi  1 Ogos 2010 Hariz digemparkan dengan kehilangan Ustaz Othman 
iaitu bapa kepada seorang sahabat baik Hariz namanya Syukri Othman.
Hariz sedih kerana Hariz dapat tahu berita ini amat lewat
kerana jenazah bapanya berada di masjid baru Hariz tahu.
Minta maaf Syukri kerana Hariz dapat tahu berita ini amat lewat
mungkin Hariz tidak alert terhadap penduduk kampung?

Takziah pada keluarga Syukri Othman Semoga tabah hadapi musibah ini. 
Semoga roh Bapanya ditempatkan dikalangan para suhada dan solihin Amin

Yang hidup pasti akan mati. Giliran kita entahkan bila mungkin esok mungkin lusa hanya Allah swt yang tahu. Sekadar untuk peringatan untuk diri ku.

Ingat! setiap hari 5 kali kubur menyeru kita

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran,
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam,
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan,
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar dan
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Minta pendapat patutkah Hariz pergi malam ni kerumah Syukri? ucap takziah 
pada keluarganya? Hariz takut malam macam tidak sesuai kan? Jenazah telah dikebumikan


PH : Al-Fatihah. 

{ 8 comments... read them below or add one }

senandung semalam said...

takut mati...

[z@ck] said...

al-fatihah..

hans said...

pergi esok lah

P/S : Milah Hot Tapi Aku Lagi Hot!

Mat Gebu said...

Al-fatihah untuk arwah dan takziah pada keluarga mereka....

Muhammad Fikri said...

pegi je mlm ni.. Xla lewat sgt.. Ko sbgai kwn kena ada ngan dia..

ardinihumaira said...

pada pandangan dni, beter haris ke sana malam ni... pastu kalau hariz nampak macam beliau gelisah nak bersendirian, hariz duk kejap je jangan duk sana lama2.. kalau hariz nampak macam dia perlukan support, hariz berlama-lama dengan dia... tak semua orang gemar bertemu dengan orang dalam keadaan macam ni. so, hariz tengoklah keadaan dia. setidak-tidaknya dia tahu hariz peka dengan keadaan dia...

salam takziah...

ISZA said...

alfatihah..

mati yang pasti..

sokong dini..

Hariz said...

@All Terima Kasih sesangat. . Hariz harap syukri baik-baik sahaja. . Harap roh dikalangan roh2 yang beriman. . Amin amin amin ya allah.

Post a Comment