Tazkirah Jumaat : Mencaci

Posted by Hariz on Friday, August 20, 2010

Tazkirah Jumaat



Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)


Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

{ 5 comments... read them below or add one }

izyantyPersonalTaste said...

tol le kan xleh mencaci org, walaupun org tu caci kita or mengata kita....diam adlah cara terbaik kan......thank's..utk kisah nie.


untuk perhatian semua...bermula kol 12- 5ptg nie nanti kat my blog ada 5 pkra aneh utk dikongsi bersama. harap dapat berkongsi ngan semua pembaca. TQ

Ckin Kembaq said...

Menginsafi kekerdilan diri...huhu

nazirulhazwanws said...

terbaik:) semua org ptt bace bende ni. tq for the info

jempot ke blog saye
http://nazirulhazwanws.blogspot.com/

senandung semalam said...

betol2...
;)

Hariz said...

InsyaAllah.. Biarlah orang nak buat apa pun kat kita. asalkan kita x buat kat orang kan :)
sangat hebat cerita ini..

Post a Comment