Puasa Adat

Posted by Hariz on Monday, August 9, 2010

Puasa Adat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi sesetengah orang, Ramadan dianggap seperti bulan lain, cumanya bulan itu umat Islam berpuasa, jadi mereka pun turut berpuasa.
Perbuatan berpuasa yang mereka lakukan sekadar mengikut orang lain tanpa mahu ambil tahu pahala dan keberkatan berpuasa sepanjang Ramadan.


Bagi golongan ini, berpuasa adalah adat, bukan hukum sedangkan Allah mewajibkan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan.
Kekeliruan itu menyebabkan ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat sebarang pahala puasa, sekadar letih dan dahaga.


Persoalannya, adakah berpuasa pada bulan Ramadan itu adat atau hukum?
Ramadan semulia-mulia bulan, penuh kerahmatan, keberkatan dan keampunan, malah Allah memberikan ganjaran paling istimewa.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Ahmad)
Ramadan bulan 'festival' bagi umat Islam beramal ibadat. Di samping mengutamakan ibadat fardu, siang berpuasa, malam bersolat sunat Tarawih serta bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah dan iktikaf di masjid.
Pendek kata, manifestasi keberkatan, kemuliaan dan keagungan Ramadan dirasai di setiap penjuru dunia.
"Wahai orang beriman. Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa." (Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 183)

Puasa adalah ibadat yang difardukan ke atas umat Islam sebagaimana umat terdahulu dan ia satu daripada Rukun Islam. 
Ia setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah. Pelaksanaan ibadat itu bukan saja menandakan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhan, malah menguji keikhlasan dalam amalan.
Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, dalam keghairahan beribadat, sesetengah masyarakat Islam keliru di antara hukum, iman dan adat, sehingga Ramadan tidak memberikan sebarang pengertian, datang dan berlalu begitu sahaja.

Pengisian sebulan Ramadan tidak meninggalkan kesan kepada mereka. Berpuasa dan beribadat tidak lebih sekadar mengikut adat masyarakat turun temurun, manakala iman dan hikmah yang ada padanya tidak dicapai.
Nabi Muhammad s.a.w ada mengingatkan persoalan ini dalam sabdanya yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga."
Rugilah mereka yang berlapar dan dahaga sepanjang hari seperti yang lain, tetapi ibadat puasanya itu tidak diberikan ganjaran.

Menyorot pengimarahan Ramadan dalam masyarakat Islam Malaysia, apakah bentuk amal ibadat mereka seperti puasa, solat sunat Tarawih dan budaya berbelanja benar-benar berkonsepkan hukum dan keimanan atau tidak lebih sekadar adat?
Ramai masyarakat Islam di Malaysia berpuasa mengikut adat, bukannya keimanan.
Buktinya, fasa pertama Ramadan mereka memenuhi masjid dan surau tetapi menjelang pertengahan bulan, ia berkurangan jemaah, sehinggalah minggu terakhir, jumlahnya amat ketara.

"Contoh puasa adat lagi ialah berlakunya pembaziran, sedangkan perbuatan membazir itu dilarang dan dikira amalan syaitan.
"Tetapi yang kita lihat, ramai menyerbu bazar Ramadan membeli beraneka jenis juadah, sedangkan isteri di rumah menyediakan menu, tidak habis dimakan.


Orang yang berpuasa mengikut adat tidak sabar menanti 1 Syawal untuk bergembira, malah dada menjadi lapang apabila berakhirnya Ramadan, sedangkan orang beriman menangisi pemergian Ramadan.

Pada akhir Ramadan, banyak berlaku kes maut kemalangan jalan raya kerana masing-masing sibuk balik kampung, seolah-olah kena mati dahulu sebelum beraya.
"Mengapa berebut balik beraya, sampai masing-masing tinggalkan masjid dan surau, malah tinggal puasa.
"Sepatutnya, pada akhir Ramadan, umat Islam digalakkan kerap meluangkan waktu di masjid dengan iktikaf,"

Berbuka puasa pula, ada sesetengah yang tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w, iaitu tidak memulakan dengan tamar(kurma), kerana adatnya dengan menu lain yang lebih mengenyangkan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka puasa dengan beberapa biji buah tamar. Jika kamu tidak mendapat buah tamar, hendaklah berbuka dengan air."
Tamar walaupun buahnya tidak setanding dengan yang lain dari segi saiz, khasiatnya dipersetujui pengkaji Timur dan Barat, malah dengan kadar magnesium yang tinggi mampu mencegah kanser. 
Di sini, terserlah rahsia kebaikan amalan sunnah itu.


Credit hmetro

PH : Apakah kita melaksanakan ibadat puasa atau adat puasa?

{ 18 comments... read them below or add one }

Ckin Kembaq said...

puasa adat selalu orang Melayu la..kan?mak ayah dulu2 didik yg bila bulan puasa dah dtang,wajib makan sahur..kalu tak,nanti lapar...and tak bleh makan...ustazah cakap..

Unknown said...

Puasa biar betul2 jgn puasa yang yok...hehe

Gayahspears said...

pose jgn x pose..huhuhu...

Seindah.Bidadari said...

Selamat berpuasa....setkan azam untuk ramadhan ni..(^^)..moga2 amalan kita kekal walaupun selepas ramadhan..=)

tiafazunia said...

selamat berpuasa hariz ! :)

Nur Areefah said...

selamat menunaikan IBADAH PUASA :)

tengkorakemas said...

good entry, thanks atas peringatan tentang puasa adat,

Unknown said...

Thanks...gentle reminder for me~TQ very much.Love this post!Saya nak update blog hari-hari.Mind to read? :)

nabilpotter said...

selamat berpuasa bro :)
tenet slow..sbb tu lama tak BW...huhu

Hariz said...

@All selamat menjalani ibadah puasa..
thanks you all~

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK.

Miss N™ said...

selamat mjalani ibadah puasa..=)

*mood: xsabar nk mula bpuasa =)

wanie m'nJ said...

slm ramadhan!!~

miss lolly a.k.a luvfareda said...

salam ramadhan :)

jgn buka periuk siang2!!!

Unknown said...

selamat berpuasa bro, semoga kita peroleh keberkatan, aminn :)

izyantyPersonalTaste said...

selamat berpuasa...tanam niat dalam hati ibadat puasa...tapi banyak gak zaman sekarang orang fikir cam adat, salah sape tu ek....puase tp x solat..camna tu ek

kulanz said...

Selamat berpuasa..

orang dulu-dulu memang ada yang puasa ikut adat.. pernah terdengar ada orang tua cakap puasa cukup dengan hanya dilakukan pada hari pertama, pertengahan dan hari terakhir.. tapi itu dulu-dulu, mungkin ilmu masih kurang..

Azfarul said...

Ramadhan ialah bulan yang paling istimewa!!
Sambtlah dengan segala ibadat!! :)

FCUTEAM said...

betui3.. laa ni manusia puasa adat.. puase sekarang dah jadi pesta makanan




Aiz latest entry
Lelaki pink nampak cool or nyah?

Post a Comment