Tuesday, August 10, 2010

Lafaz Niat Puasa (Video)

Facebook Share
AHLAN wa sahlan ya Ramadan! 

Lafaz Niat Puasa Ramadhan:



"nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa"

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz Niat berbuka puasa :



"allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"


Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.


Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan.


نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ 


“Nawaitu souma syahri ramadhana hazihissanati kullihi lillahi taala"


Maksudnya :Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala” 






Di dalam Mazhab Maliki ada pendapat yang mengatakan boleh diniatkan puasa ramadhan satu bulan dengan sekali niat sahaja.


bagi mereka (ulamak mazhab Maliki), puasa Ramadhan merupakan amalan yang dilakukan secara whole atau satu pakej, maka boleh diniatkan dari mula-mula kita diwajibkan memulakan puasa tersebut (1 ramadhan). 


Bagi kita pula yang bermazhab Syafie, diwajibkan berniat setiap hari. Namun kita tetap disunnahkan juga untuk berniat untuk puasa sebulan, seperti yang diajar di dalam Mazhab Maliki.






Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..

Tapi kena faham konsep niat itu sendiri..walaupun terdetik sedikit pun dalam hati "puasala esok kerana Allah" sudah dikira niat..tak perlu niat panjang-panjang dan terlalu mengikut skrip niat "sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam bulan Ramadhan kerana Allah taala". Simple-simple sempoi jer.





Wallahu A'lam






PH : Islam ni mudah tapi jangan permudahkan Islam

21 comments:

  1. selamat menjalani ibadah puasa hariz!
    ;)

    ReplyDelete
  2. selamat menunaikan ibadah puasa

    ReplyDelete
  3. dulu aku hafal niat posa dari iklan time kecik2..smpai skrg pon ingat lagi skali ngan lagu2nye..haha..slamat berposa!!!

    ReplyDelete
  4. ya betul!, yg penting buat ape2pun niat kerana Allah Taala..

    tp ade jugak yg amik kesempatan tak puasa sebab terlupa nak niat..padehal dia tau yg bulan tu bulan puasa.. =P

    ReplyDelete
  5. wah... cumel video nih.. sore ala2... hihi....
    camat pose gak..lalalaala

    ReplyDelete
  6. samat berpose =)
    jgn lupe niat pose sebln n sahur

    ReplyDelete
  7. info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

    ReplyDelete
  8. Aminnn moga2 puasa tahun ni penuh lah mcm sebelum2 ni aminnnn...

    ReplyDelete
  9. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga mendapat Rahmat daripadaNya. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  10. salam,apa yang Amir tahu..niat sebulan nie..tak boleh laa.. Sebab kita mazhab Syafie..kan?

    Kalau boleh,solat zohor pun boleh..
    "Sahaja aku solat zohor..selama sebulan...kerana....."..-ustaz Amir cakap..semalam..hehe..just info je..kan?

    btw,selamat berpuasa..hehe..malam nie terawih x?

    ReplyDelete
  11. @All Marhaban..Marhaban...Ya Ramadhan...
    Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dapat menambahkan barakah dalam hidup kita dan menjadi ramadhan yang terbaik dalam hidup InsyaAllah
    AHLAN wa sahlan ya Ramadan! Ramadhan Karim

    ReplyDelete
  12. @Amir Izzat kan sudah jelas di atas itu.
    solat mmg tidak boleh tapi puasa ini mcm whole atau satu pakej. maka boleh diniatkan sebulan.
    kita mazhab syafie disunahkkan juga ntok berniat untuk puasa sebulan. tidak salah :)

    wallahualam~

    ReplyDelete
  13. Selamat berpuasa bro.. sahur tak nanti? :D

    ReplyDelete
  14. cOmelnyer upin & ipin tu
    selamat berpuasa!!

    ~_^

    ReplyDelete
  15. bro.. ^__^ selamat berpuasa.. betul ayat last tuh.. jangan permudahkan islam.. ayat yang mendalam



    Aiz latest entry
    Jom tengok video aiz beatbox (Music Gune mulut)

    ReplyDelete