Assalamualaikum doa dan video ini membuatkan aku meremang bulu roma dan air mata membasahi pipi. SubhanaAllah.
Begitu hebat cintamu ya Rabb.
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu, agar tidak terjatuh
dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam akhirMu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia padaMu
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
PH : Aku jauh darimu ya Allah :(
Home » jika aku menikmati cinta » Jika Aku Jatuh Hati
{ 5 comments... read them below or add one }
terpaku... hebat kamoo berbicara...
Nak jodoh yang solehah or soleh?
Amalkan doa nih..
Surah Yusuf:4.
Inni roaitu ahada 'asyaro kaukaba wassyamsa walqomaro roaituhum lisajidin. Kemudian, niatkanlah dlm hati..
"Ya Allah,sekiranya jodohku jauh,maka dekatkanlah,sekiranya jodohku sukar,maka permudahkanlah,Kau pertemukanlah aku dengan jodoh yang soleh dan solehah".
p/s : amalkan tiap hari naa..dpt dari ustazah siti norbahyah..
penuh makna..
@Ckin Kembaq Terima Kasih Ckin
sama-sama.. n_n
Post a Comment