Rahsia Khusyuk dalam Solat

Posted by Hariz on Wednesday, July 21, 2010

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat 
2. menyesali dosa yang dilakukan 
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 
7. meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.



Sumber : www.iLuvislam.com oleh: huda00


PH : SubhanaAllah Indahnya Apabila Kusyuk Dalam Solat

{ 9 comments... read them below or add one }

Uruchimaru @ kf said...

Sukar tapi die maha mengetahui

dak eina (◕‿◕) said...

thnx 4 sharing ;)

Amir Izzat said...

assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian ini

@juera said...

salam..good info..*__^

Hariz said...

Waalaikumsalam :)

InsyaAllah Semoga Bermanfaat Kepada Kalian :)

aremierulez/Amirul said...

bagus info nih. thanks

fatinmmj said...

hi, hafiz...thanks for da info...bgus info2..mcm ini..bgi sma2 berigt..fatin pun kdg2...byk tersilap dlm solat..tpi cbe prbaiki..sdkit..dmi sedikit..=)

fatinmmj

Hariz said...

@fatinmmjHarizzz Lah :p

Okay2 InsyaAllah hariz cuba memperbanyakkan lagi
InsyaAllah~

Bidadari fiza said...

syukran..=)

Post a Comment