Adakah Ini Pelajar LEPASAN SPM

Posted by Hariz on Monday, May 31, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Haaaaaaaa... Pasti korang tertanya-tanya kan? Apa yang saya nak cerita..
Baiklah... Sebenarnya begini, adakah ini pelajar lepasan SPM?


Pada waktu sekolah kurus.. lepas sahaja spm sementara tunggu result..
Semuanya Auchhh... Berisi.. Pasti perkara ini berlaku kepada korang kan..
Sebelum itu seseorg itu dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur
dalam BMI (Body Mess Index),
ukuran BMI berdasarkan ketinggian.

Jikalau dahulu 3G adalah merupakan kod berkaitan komunikasi telefon mudah alih
Maxis dan Celcom, kini 3G sudah membawa maksud baru iaitu gebu, gempal dan gemuk
pula. Setiap kali membaca artikel berhubung kegemukan di akhbar, hati tercuit
juga untuk menceritakan antara punca terpenting mengapa kini ramai orang di
dunia menghadapi masalah serius iaitu gemuk.

Menurut Dr. Che Romzey Che Din, kegemukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya

Gen atau Baka - Mereka yang mempunyai sejarah keluarga ada yang gemuk
dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.

Gaya Hidup Tidak Sehat - Hari ini ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tidak ada masa untuk bersenam
mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh,
sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.

Pemakanan Tidak Sihat - Kecenderungan masyarakat sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan
serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian dan makan ikut selera,
bukan keperluan juga penyebab utama orang menjadi obesiti.

Hormon Tidak Seimbang - Ramai tak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga
adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal.
Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.

Emosi Tidak Stabil - Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu boleh stres dan depres.
Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi stresnya.

Pengambilan Ubat-ubatan - Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga,
hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.

Persekitaran - mereka yang bekerja di kantin di dapur-dapur lebih tinggi peluang mendapat obesiti berbanding yang bekerja dipersekitaran lain. Ini kerana mahu atau tidak setiap hari
mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.

Di samping itu.. Di sini saya sertakan tips untuk mengelakkan kegemukan..

1. Jangan makan terlalu banyak. Ikut sunah Nabi, berhenti sebelum kenyang.

2. Elakkan makan “in between meal”

3. Makan 3 kali sahaja iaitu pagi, tengahari dan malam

4. Makan malam dalam kuantiti sedikit kerana hendak tidur bukan hendak buat
kerja. (Jangan “skip dinner”)

5. Elakkan makan kulit ayam, lemak ayam dan daging, hanya makan dagingnya sahaja

6. Kurangkan makan makanan berminyak

7. Elakkan makan produk dari margerin termasuk kek dan krim pada biskut 8.
Elakkan makan produk dari krimer termasuk coffee mate dan susu pekat manis

9. Elakkan minum minuman manis selepas makan nasi (dalam tempuh 40 minit)

10. Elakkan makanan segera termasuk KFC, burger, sosej, naget dan sebagainya

{ 3 comments... read them below or add one }

Ayie said...

wahhh entri yang mantap... terima kasih kerana sudi berkongsi informasi ini yer hariz

Hariz said...

Sama2 Abam Ayie :)

tyra raudah said...

ab0ut 3G t0e kan..hnya 1 je yg bkait ngan sye..
gemuk-tidak
gempal-tidak
gebu-ye
hahahaha..manyak prasan..:p

Post a Comment