Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan dan Tips Interview

Posted by Hariz on Sunday, April 5, 2015

Tercari-cari Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan Soalan dan Panduan ? Disini ada panduan untuk anda bagaimana untuk Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan dan Tips Interview yang sangat ekslusif. Rugi sekiranya anda tidak manfaatkan betul-betul.



Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan



Sebelum Temuduga


1) Pastikan anda menyusun semua sijil-sijil kelayakan dalam folder secara teratur. Jika boleh cari file folder yang "hard cover" & nampak agak mahal. Penemuduga selalunya akan sentiasa merujuk, membelek-belek folder anda itu. 



Sikit sebanyak file folder yang menarik akan memberikan tarikan kepada penemuduga kepada anda. 
Pastikan juga sijil-sijil kelayakan di susun ikut Kepenting :- 

Mula dengan sijil kelayakan akademik (Ijazah, Dip, SPM, & seterusnya). Kemudian sijil perakuan tempat belajar (sijil berhenti sekolah) dan sijil kokurikulum (letak yang paling gempak dahulu kemudian barulah disusuli dengan yang lain)

2) Resume (jika tak perlu sila abaikan) - Pastikan resume jelas, ringkas, padat & menarik. 

3) Pakaian - Pastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan keperluan temuduga. 



Contoh : Pakaian baju kemeja lengan panjang, tali leher, kasut kulit gelap, stoking hitam, seluar panjang. Carilah warna yang sesuai dan nampak jelita lagi menawan! (tak terlalu "striking", dan tak la jugak nampak kelam macam baru balik berkabung!) Jangan lupa gosok cun-cun pakaian tu (kecuali kasut ya!)

4) Lakukan solat hajat mohon kepada Allah s.w.t moga diberikan ketenangan, hilangkan rasa gugup, diberikan keyakinan, bersemangat & berkeyakinan. Doalah juga mintak Allah bukakkan pintu-pintu hati penemuduga-penemuduga yang bakal menemuduga kita. Manalah tahu kalau Allah bagi muka kita nampak sejuk sahaja.terus penemuduga tu cair dan bagi lulus terus..

5) Tidur secukupnya supaya esok kita bertenaga!


Semasa Interview


1) Masuk dengan beri salam dan ucapan sejahtera (kalau interviewer tu non-muslim)

2) Duduk dengan sopan. Kaki rapat. Tangan pegang hujung Peha Senyum 

3) Muka manis. Jangan masam mencuka

4) Kalau rasa nervous, baca selawat. Teruskan senyum! 

5) Semasa ditanya, jawab dengan nada yang jelas (bukan menjerit), terang supaya semua boleh dengar. Melontarkan suara yang jelas terang dan nyata ni secara psikologinya dapat memberikan keyakinan kepada kita. Senyum & senyum!

6) Kurangkan pergerakan badan ketika bercakap. Bukan tak boleh, tetapi tak payahlah sampai macam gaya berdebat kat parlimen ye. smile!

7) Banyak-banyak ingat Allah dalam hati...

8) Ucapkan terima kasih & bagi salam sejurus selesai interview. Senyum!.

Tentang format dan contoh soalan ni,  mintak maaf tak dapat nak bagi. Sebab selalunya perkara ni subjektif. Penemuduga ni akan tanya apa-apa perkara yang terlintas dalam fikiran mereka. Tujuannya bukan nak tahu betul atau salah apa yang anda cakap, Tetapi lebih kepada nak tengak confident level anda semasa bercakap.

Kesimpulan daripada Tip di atas :-

1) Banyakkan maklumat tentang organisasi tempat yang kita bakal bekerja.
2) Pastikan jugak kita ada knowledge tentang jawatan yang kita bakal kerja tu.
3) Saya sarankan membaca surat khabar, online portal atau apa-apa saja maklumat tentang isu-isu semasa dalam & luar negara.


Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan


Anda perlu menjawab semua soalan yang diajukan oleh penemuduga dengan tepat, tanpa sebarang jawapan yang mengarut/ dan melalut atau seangkatan dengannya..

Anda mesti memikirkan sebarang (semua keperluan) kriteria yang panel penemuduga inginkan daripada anda. Sebagai contoh, ini kita menganggap mereka meletakkan keperluan A, B dan C.

Anda mesti memikirkan samada kemahiran yang anda miliki boleh memenuhi kehendak mereka (A,B dan C tadi). Anda mesti bijak untuk menjawab soalan sebegini, dengan menghubung-kaitkan antara kemahiran sebagai contoh X,Y dan Z yang anda miliki dengan semua kriteria yang diingini oleh panel penemuduga.

(A, B, C) + (X, Y, Z) =JAWAPAN

Selepas itu, dinasihatkan anda memberikan ulasan dan contoh yang bersesuaian bagaimana anda menggunakan kemahiran anda dalam kehidupan sebenar. Semua orang boleh mengatakan yang mereka mempunyai kemahiran, tetapi, individu yang boleh mengaitkan kemahiran mereka dalam situasi professional akan lebih berjaya.

Contoh yang diberikan dari aspek kerjaya lebih diutamakan. Contoh-contoh lain adalah dari segi akademik dan aktiviti luar seperti hobi dan sukan yang anda ceburi.

Untuk Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan saya cadangkan anda terus mendapatkan Pakej Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma !

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment