Tips Untuk Jawab Exam Online Pegawai Psikologi S41

Posted by Hariz on Friday, March 20, 2015

Saya sedar ramai Calon Exam Online Pegawai Psikologi S41 bagi tahun 2015 ini. Oleh itu saya mahu berkongsi tips untuk menjawab exam online bagi memastikan anda tidak kelam kabut semasa peperiksaan dijalankan pada 25 March 2015 nanti.



Tips Menjawab Exam Online Pegawai Psikologi

Semua tips yang akan dikongsikan oleh saya ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Dimana sudah dua kali saya menduduki peperiksaan online pada tahun lepas. Oleh itu, saya fikir tips ini amat berguna untuk anda manfaatkan.

1) Pastikan capaian internet stabil sebab sistem bila-bila masa je boleh ada gangguan. Pastikan tulis nombor angka giliran exam di sebelah anda. Jika wujud gangguan boleh cepat2 daftar masuk semula nanti.

2) Pastikan ada alat sokongan, contoh ada PC / laptop / tab / Ipad bersama-sama juga telefon yang boleh online jika terdapat gangguan pada mana2 satu alat capaian internet semasa exam.

3) Pastikan tiada gangguan luar atau kurang gangguan. Terutama jika melibatkan kuasa atau bateri alatan yang digunakan, keadaan tersebut boleh ganggu tumpuan. Gangguan lain dari persekitaran juga perlu dikurangkan terutama ketika menjawab soalan penyelesaian masalah. (minta kerjasama orang sekeliling untuk tidak menganggu, sebaiknya buat di bilik atau kawasan terasing sedikit)

4) Bagi soalan yang perlu pengiraan siap sedia alat tulis dan keperluan lain disebelah macam kita betul2 nak exam bertulis. Jangan pandang mudah persediaan ini, sebab bila exam emosi akan cepat terganggu terutama yang sangat berharap untuk jawatan tersebut.

5) Yang penting kalau tak cukup masa tembak je jawapan yang ada. Jangan biar kosong. Sentiasa perhatikan baki masa yang tertulis di sistem sebab mungkin soalan boleh hilang pada minit-minit terakhir tanpa kita sangka berpunca dari capaian internet kita mungkin lambat sedikit dari tempoh masa yang tertera. (sila lebih berhati-hati)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment