Doa Berbuka Puasa Yang Boleh Diamalkan

Posted by Hariz on Tuesday, July 9, 2013

Antara lafaz Doa Berbuka Puasa Yang Boleh Diamalkan, dan ia datang dari hadith yang bersanad ialah:

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت / Allahumma Laka Shumtu Wa `Ala Rizqika Aftartu

Terjemahan: Ya Allah keranaMu aku berbuka puasa dan atas rezqi dariMu aku berbuka. 

ataupun

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله / Zhahabazh Zhaama wabtallatil `uruqu wa tsabatal ajru insyaAllah

Terjemahan: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkong /urat-urat, dan telah tetap ganjaran/pahala, InsyaAllah

Walaupun kedua-dua lafaz doa ini sanadnya adalah lemah/dhaif, namun ia mempunyai asalnya dalam hadith dan ia datang kepada kita dengan bersanad, walaupun sandaran asal itu lemah, iaitu sanad itu lemah, beramal dengan dua lafaz doa ini jauh lebih baik dari lafaz yang entum biasa amalkan yg tidak mempunyai sanad langsung dan tiada asalnya langsung.

Dan doa-doa yang datang dengan sanad yang lemah/dhaif ini boleh diamalkan dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.

Dan yang penting jangan lupa untuk membaca doa yang sahih dari Nabi SAW ketika hendak makan sebagaimana yang diriwayatkan dalam al-Sahihain, iaitu menyebut "Bismillah" , amalan yang sahih ini jangan dilupa.

Allah hu'alam

Sumber : Doa berbuka puasa, adakah yang sahih?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment