Apa Itu Leptospirosis

Posted by Hariz on Wednesday, August 4, 2010

Leptospirosi kena mengena dengan saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum saya berkongsi dengan virus yang disebut-sebut oleh media massa kebelakangan ini
Mari kita kenal dahulu.
Apa itu Leptospirosi ?


Leptospirosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria leptospira yang biasanya menjangkiti tikus...

PENYEBAB

Tikus merupakan perumah pertama yang dikenalpasti sebagai pembawa bakteria ini. Leptospirosis kemudiannya merebak kepada manusia secara terus melalui air kencing haiwan ini yang telah dijangkiti oleh bakteria leptospira atau melalui perumah kedua iaitu haiwan mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, tupai dan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda dan kerbau yang telah dijangkiti oleh penyakit ini. Leptospirosis juga boleh merebak kepada manusia lain melalui darah yang dijangkiti virus ini dan juga cecair badan.


Bakteria Leptospera

GEJALA

Seseorang yang dijangkiti bakteria leptospira biasanya akan mengalami gejala seperti demam yang tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah dan merah mata. Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang tidak mengalami gejala yang disebutkan dan ini menyukarkan diagnosis.

Penderita Leptospirosis yang parah akan mengakibatkan kepada kegagalan ginjal, kerosakan hati yang mengakibatkan penyakit kuning (jaundice), pendarahan kulit serta boleh mengakibatkan pembengkakan selaput otak (miningitis). Pesakit akan menunjukkan simpton ini dalam tempoh 4-14 hari tempoh matang. Kematian akan berlaku sekiranya pesakit lewat menerima rawatan.

PENCEGAHAN

Untuk individu yang berinteraksi secara langsung dengan pesakit atau haiwan peliharaan :

1. Gunakan pelindung seperti sarung tangan, masker, pelindung mata, jubah steril dan kasut kedap air;
2. Tutup luka pada kulit;
3. Bersihkan badan setelah melakukan sebarang aktiviti (mandi, cuci tanga dan kaki);
4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.

Kepada yang lainnya :

1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor kerana dikhuatiri tercemar oleh bakteria leptospira;
2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan tanah, air atau lumpur;
3. Cuci tangan dan tempat makan sebelum digunakan;
4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar tiada genangan air dan jauhkan barang-barang dari tikus.

Segera lakukan pemeriksaan di hospital berdekatan sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di atas.

PH : Mencegah Lebih Baik Dari Merawat.

{ 12 comments... read them below or add one }

senandung semalam said...

xske tikus..
geli...
hehee

izyantyPersonalTaste said...

anak buah akak mininggal masa kecil sebab penyakit nie...nak copy pasal penyakit nie..boleh??

tengkorakemas said...

thanks for sharing..perlu berjaga-jaga ni

Edda said...

thank sharing... kene tau nieh

nuriz said...

tikus ratatouille takpa, yg rat ni bahaya huhu

Unknown said...

bagusla info ni..me too kalu nampak tikus I larik dulu huhuu

joegrimjow said...

xpernah tahu pon pasal ni!

Hariz said...

@nuriz rat? cam mn tuh ye?

Hariz said...

@joegrimjow perkara nie dah lama bro joe. cuma kita terlepas pandang dan di malaysia blom menular dgn sepenuhnya lagi. Hehehe~

Ckin Kembaq said...

bawu ja msuk berita pasal kat Lata Bayu smalm..kebetulan jugak,kwn ckin yang praktikal kat cni pun baru jugak balik dari tmpt tu...alhamdulillah dia tak kna apa2 simptom,,thanks for sharing...n_n

Hariz said...

@Ckin Kembaq Alhamdullilah :)

afzalsukasuki said...

so cuci semua bekas makanan sebelum guna

Post a Comment