To Pregnant

Posted by Hariz on Saturday, July 3, 2010

Soalan : SAYA berumur 30 tahun dan ingin mendapatkan cahaya mata kedua.
Saya amat tertarik ingin memiliki bayi kembar.

Latar belakang keluarga saya dan suami memang tiada yang mempunyai anak kembar.
Adakah daripada segi perubatan, kami boleh mendapat anak kembar?

Rakan saya mencadangkan pengambilan Clomid dengan mendapatkan nasihat pakar.
Sejauh manakah kebenarannya? Harap puan dapat memberikan pandangan.





Ini Adalah Gambar Saya Dan Kembar Saya :) Semasa Berapa Tahun Ye?



Jawapan : SECARA amnya, kehamilan kembar berlaku satu dalam setiap 80 wanita. Cuma, kini peratusannya bertambah akibat 
penggunaan ubat kesuburan dalam rawatan kesuburan, terutamanya kaedah persenyawaan tabung uji (IVF). 


Tanpa sejarah keluarga, kehamilan kembar lebih kerap berlaku di kalangan golongan usia lebih meningkat 
(40 tahun ke atas) terutamanya kembar tidak seiras. Dengan pengambilan ubat subur, kehamilan kembar 
boleh berlaku pada mana-mana wanita. 


Prinsip rawatan ubat kesuburan adalah untuk merangsang pembesaran satu atau lebih telur matang yang 
berpotensi untuk disenyawakan. 


Clomid atau mana-mana pil lain yang mengandungi bahan clomiphene citrate boleh memberikan kesan sedemikian. 
Bagaimanapun, ia tidak dapat mengehadkan bilangan telur seperti yang dikehendaki dan kesannya tidak sama untuk semua wanita. 

PH : Siapa tidak mahu anak kembar kan?

{ 4 comments... read them below or add one }

Norul Malakiah Sidek said...

saya mahu!! haha

Muhammad Anaz said...

Adik angkat kembar aku x mahu...Hariz dah cukup

senandung semalam said...

nk sgt2 anak kemnar..
spe ade genetic nye sile bgtaw...
hahaaa

Hariz said...

Biahaha..
Saya Genetik Kembar :P

Post a Comment